Author: haikal ambri
•00.32


aKu aNaK LauT..



Badai menghempas menyulam duka
dalam benak hati yg sentiasa rindu akan belaiNya
rindu yg takkan pudar walau dipanah sepi masa
walau dinoda gerimis dunia
walau diinjak riak suasana
alhamdulillah
hati ini masih bercambah akar kudus cahaya
masih berpaksi pada tauhidnya
berbunga mekar syahadahnya yg masih setia pada
ahad...ahad..ahad..

hidup umpama layarnya sebuah bahtera
tetapi aku bukan nakhodanya
bukan juga pembantunya
aku hanya kelasi kelas bawahan
yg masih kurang ilmu kelautan
tapi masih setia pada jalanNya
jalan yg satu
setiap pahit rakus badai telah aku telan
setiap dendam kesumat guruh aku hadamkan
setiap awan hitam yg berlalu aku tempis
bagai gerimis syahdu yg akhirnya
membuahkan bunga ketenangan
dari akar tulus kejora iman

kadang2 aku lemas dalam kebiruan laut ini
puas aku terkapai mencari tempat berpaut
sering aku tertanya di manakah sinar mentari
sering juga aku tenggelam dan timbul kembali
namun aku cuba gagahkan diri
berpegang pada tiang tekad
bersandar pada panji2 hikmat
berpijak pada lantai hakikat
bahawa aku hanya seorang hamba
yg hanya meminjam nikmat
yg hanya menadah berkat
untuk ubati onak kesumat

sesungguhnya aku sedar
aku hanya anak laut
yang masih kurang ilmu kelautan
namun aku takkan berputus asa
badai raksasa ini akan aku duga
walau seganas mana pun onak nodanya
kerna sudah menjadi kewajiban aku untuk menuntut
agar aku tidak takut
untuk tidak jadi kedekut
dalam mencari keredhaanmu..





Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•20.23

nota 1: saja je post untuk perkongsian bersama

nota 2: rasa mcm berkurun je tak buka blog ni..dah berhabuk jadinya

nota 3: sama2 kita bermuhasabah diri..nilai diri kita sebenarnya berada di golongan mana.pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita..cepat bertaubat..jgn tangguh..nanti lupa =)


Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•09.21



lemahnya diri ini
baru sedikit Allah menguji
sudah rebah tak mampu berdiri


lemahnya diri ini
baru sahaja bayu dunia menyapa pipi
sudah melayang tak sedar diri
lemahnya diri ini
baru sekelumit keindahan wajah diberi
sudah mula lupa diri

lemahnya diri ini
baru sedikit kejayaan diberi
sudah lupa siapa yg beri
lemahnya diri ini
baru sedikit lakukan kebaikan
riak dan ujub bersorak riang

lemahnya diri ini
bila suatu kebajikan dimulakan
tak berdaya nak teruskan
tiada istiqamah dalam amalan
lemahnya diri ini
baru diuji dgn seseorang
iman sudah bisu menyepi
nafsu pula mengawal diri

lemahnya diri ini
jalan dakwah nak ditempuhi
baru sahaja melangkah kaki
beberapa tapak sudah berhenti
lemahnya diri ini
nikmat anugerah ilahi
biar sudah tak terhitung lagi
tetapi masih lupa mensyukuri

lemahnya diri ini
asyik lagha dgn urusan duniawi
tak pernah khuatir amalan diterima atau dipaling
lemahnya diri ini
bagaimana nak sahut seruan jihad?
baru sedikit dilukai
sudah menangis meratapi

lemahnya diri ini
lupa matlamat lupa syaria't
terkejar2 yg tak pasti
leka dibuai syaitan terlaknat
lemahnya diri ini
asyik ketawa tak kering gusi
lupa menangis ingati mati

Ya Allah...lemahnya diri ini
Kami pohon kekuatan daripadaMu
tuntunilah langkah kami biar hanya mampu merangkak
itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku
berikan kami peluang
merentasi jalan yg engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam
atas kejahilan kami mengenal makna..
Kasih sayangMu..
Ya Rabbal'alamin


Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•08.00

gambar hiasan



rasa mcm dah lama je tak buka blog ni
bnyak yg nak dikongsi tapi tak berkesempatan
bnyak betul perkara yg berlaku minggu ni
sungguh menguji kesabaran jiwa ini..
baik suka atau duka
namun digagahkan juga


perasaan takut, lelah, gembira, marah,terkilan..
dan mcm2 lagi warna2 jiwa
bergilir2 ibarat pasang surutnya laut
memuntahkan rasanya satu demi satu mengisi ruang kosong jiwa
tawa senyum yg digambarkan
kadangkala dirasakan ibarat topeng
yg hanya menutup luka2 duka jiwa
bagilah aku kekuatan ya rabb..
agar aku terus istiqamah di landasan ini
tak terbabas dan tergelincir walau setapak pun


aku takut..
senandung episod duka ini
membawa aku jauh darimu..
hanya engkau tempat curahan rasa jiwa ini
kdg2 aku malu ya rabb..
seringkali aku berbuat salah dan dosa
dari segala sudut pancainderaku
yg terkesan secara zahir dan batil
dan setiap kali itulah aku kembali kepadamu..
mengharap belasmu dari dosa lalu..
sungguh aku tak bersyukur..

aku rasa sungguh lemah
tak berdaya..
segala kesongsangan yg berlaku di depan mata
tak mampu aku tegah
aku umpama buih2 kecil dilautan
terumbang ambing tanpa arah
tak berdaya untuk menghempaskan diri
dan akhirnya musnah
dalam keganasan badai dunia


seringkali aku menjadi saksi kepada kehipokritan manusia
sehingga seringnya timbul pertanyaan
masih adakah lagi manusia yg jujur??
bukankah mereka tau apa itu dosa
dan apa itu pahala..
tetapi aku masih tidak faham..
mengapa jalan gelap yg penuh noda jadi pilihan
adakah mereka tidak diberi fikiran atau
adakah kurniaan nikmat akal itu engkau beza2kan tahapnya??


Ya Allah ya Rabb..
sesungguhnya lindungilah aku dari kejahatan diriku
dan kejahatan sekelilingku
lapangkan hatiku dalam mencari keredhaanmu
bantulah aku dalam membuat pilihan
supaya aku tidak sesat di simpang2 kesesatan..







|
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•23.51


Syukran saya ucapkan kepada sahabat blogger saudari insalina kerana sudi memberi award ni pada blog saya yg tak seberapa ni.Sama2lah kita terus mekar berkarya di jalan Islam.Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yg buruk datang dari kesilapan saya sendiri.Teruskanlah bertandang ke blog saya dan jgn lupa tinggalkan komen dan cadangan untuk perbaikan penulisan saya untuk di masa akan datang.Insyaallah :)
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•15.18


SRK Assunta 2 ditutup seminggu


KUALA LUMPUR: Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2, Petaling Jaya, menjadi sekolah kedua diarah tutup selama seminggu bermula semalam selepas seorang lagi muridnya dijangkiti virus influenza A (H1N1).

Tiga sekolah lagi � Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Batu 9 Cheras; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 Shah Alam; SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, � diarah menutup satu kelas mulai semalam hingga Jumaat, manakala satu kelas SM Wangsa Maju diarah tutup sehingga Khamis ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata SRK Assunta 2 diarah tutup apabila seorang murid perempuan berusia 11 tahun disahkan positif H1N1 semalam, apabila mendapat jangkitan itu daripada murid sekolah berkenaan yang baru pulang dari Melbourne.


Wanita mangsa maut pertama selesema H1N1


MANILA: Seorang wanita Filipina berusia 49 tahun menjadi mangsa maut pertama penyakit selesema H1N1 di negara itu dan Asia dengan jumlah mereka yang dijangkiti terus meningkat di seluruh rantau ini.

Kematian itu yang secara rasmi dilaporkan sebagai akibat kegagalan jantung, menandakan kes maut yang kedua di rantau Asia Pasifik dikaitkan dengan selesema babi, selepas seorang lelaki di Australia maut Jumaat lalu.

Setiausaha Kesihatan Filipina Francisco Duque III berkata penyakit kronik jantung wanita itu diburukkan akibat radang paru-paru. Mangsa mula menunjukkan tanda mendapat selesema seperti batuk kering, demam, kesejukan dan sukar bernafas dua hari sebelum kematiannya Jumaat lalu.


Satu calitan tetak mendedahkan mangsa turut dijangkiti virus selesema H1N1.

Duque berkata pihak berkuasa kesihatan tidak dapat membuat kesimpulan kematian disebabkan virus H1N1.

Yolanda Oliveros, pengarah jabatan kesihatan bagi kawalan penyakit memberitahu media, wanita itu juga mempunyai penyakit hati.

Filipina melaporkan 17 lagi kes selesema H1N1 semalam, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 445 walaupun 84 peratus sudah pulih.

Pihak berkuasa Australia kelmarin berkata lelaki berusia 26 tahun yang maut di bandar selatan Adelaide ‘disyaki’ maut akibat selesema H1N1. Walaupun lelaki itu disahkan positif menghidap virus, pihak berkuasa ragu-ragu ia menyebabkan kematiannya kerana mangsa turut menghidap penyakit kronik lain.

Di selatan China, pihak berkuasa menutup sebuah sekolah rendah selepas 30 pelajarnya jatuh sakit akibat selesema H1N1, lapor media tempatan.

Pelajar dari Sekolah Rendah Bandar Shipai di bandar Dongguan di wilayah Guangdong dilaporkan dalam keadaan stabil oleh kerana penyakit mereka agak ringan, lapor agensi Xinhua lewat kelmarin. - AP



nota rasa 1: kawan2 semua sama2lah kita doakan kesejahteraan bumi Malaysia tercinta.Saya sgt takut setiap kali membaca berita mengenai musibah yg menimpa negara ni.

nota rasa 2: tak semestinya kita duduk jauh dari Malaysia( jauhlah sgt :p) kita tak perlu ambil tau..ingatlah bahawa di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung..berbaktilah kepada negara selagi termampu

nota rasa 3:perkara begini memberi impak sedikit sebanyak kepada student overseas yg ingin pulang ke Malaysia.Ada sumber yg mengatakan bahawa jika dilihat ada penumpang yg menunjukkan gejala selsema dan tanda2 influenza, mereka tidak akan dibenarkan menaiki pesawat dan akan segera dihantar ke hospital untuk ujian lanjut untuk screen H1N1..minta2 dijauhkan..

nota rasa 4: semoga Allah permudahkan..dan melindungi kita di bawah payung rahmatnya..amin


Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•01.23


bayu segar berhembus lembut
menerpa dan memenuhi rongga rasa
kelihatan dedaun rambai dihadapan sebuah rumah putih yg tersergam indah
melambai2 seolah menyambut kedatanganku
kelihatan beberapa ekor burung terbang riang sedondon
mentari hari tu menyebarkan kilauannya tanpa ku rasa bahangnya sedikit pun
deru angin yg menghembus bergeser2 antara zarah2 sehingga
tergetarnya alunan muzik alam yg menjadi halwa telingaku




Alam seperti berkata2 dgn aku..
hatiku berasa sgt girang seolah2 satu perasaan yg tak pernah ku alami
beberapa ketika ku terlihat seorang wanita yg berwajah lembut
mewujudkan diri di hadapan beranda rumah itu
wajahnya samar2 dan
hatiku tertanya2 siapakah wanita itu
ditangannya ada semangkuk bekas penuh berisi air
lalu dgn lemah gemalai dihayunnya air itu
ke arah pohon2 bunga yg tersusun di hadapannya
aku seolah2 dapat merasakan nikmat kesegaran dari siraman air itu


langkahku terhenti
aku memerhati dgn tajam dari jauh
aku cuba mengamati wajah itu dgn tekun
dgn tiba-tiba pandangannya teralih ke arahku
matanya yg bercahaya
seolah2 mendamba sesuatu
diukirnya senyuman paling indah yg tak pernah ku lihat
seolah2 penantiannya selama ni tercapai
dengan kehadiranku


disampingnya kulihat sepasang tangan sasa
yg merenung aku dgn penuh kasih sayang
tangan itu memegang erat wanita tadi dengan penuh rasa cinta
rasa sayu tiba2 menjengah di lubuk hati..
aku menambah hayunan langkahku..
untuk menghampiri mereka
siapakah mereka??
aku seolah2 tidak dapat berfikir
fikiranku terganggu
tetapi yg amat aku pasti aku sgt mengenali mereka..
Ya Allah..apa yg terjadi kepadaku..
aku mengeluh dalam benak fikiran
aku yg berada beberapa meter dari rumah indah itu terhenti
langkahku seolah2 tertahan oleh sesuatu yg tak dapat ku lawan
kenapa?dan mengapa??



aku cuba melawan..
naluriku kuat merasakan untuk berada dalam dakapan mereka
dengan tiba2 kurasakan seolah2 aku semakin jauh..
walaupun aku tidak mengorak langkah sedikit pun..
seolah2 satu kuasa kuat menarikku pergi..
aku memberontak dalam hati..
"tidak.."
namun aku tak berdaya..
ternyata kuasa itu menginkan aku pergi dari situ
dgn tiba2 aku tersentak dan tersedar..


astaghfirullahalazim..
aku tersedar dari lamunan..
aku masih berada di atas katil di Jatinangor..
pantas ku terpa jam yg berada di atas meja study
Ya Allah...sudah 3.14 ptg..
asar sudah menjelmakan diri..
tanpa aku sedar..dgn tiba2 pipiku basah dgn air..
aku terfikir...apakah tanda air mata ini??
air mata sedih atau gembira??
aku sendiri tak dapat mengetahuinya..
mungkin itu semua petunjuk Allah..


dua wajah yg takkan luput dari ingatan..



kerinduan ini yg membawa aku ke dimensi itu..
mungkin belum tiba masanya..
sabar Haikal Ambri..pujuk hatiku
selesaikan dulu urusanmu di sini..
banggakan mereka dan pulanglah dgn kejayaan
itu sahaja hadiah dan balasan kepada penat lelah mereka..
bangkit saja dari katil..
aku mendapat semangat baru..
semangat yg ku dapat dari dua jiwa suci
yg sgt berjasa dalam hidupku



Alhamdulillah..
di saat semangatku hampir pudar
kau dtgkan aku semangat baru..
aku bersyukur dilahirkan sebagai anak kepada bonda dan ayahandaku..
aku sgt sayangkan mereka
aku akan berbakti kepada mereka selagiku bernafas
dan nyawa dikandung badan
Ya Allah..
panjangkanlah umur mereka dan rahmatilah mereka selalu agar mereka
sentiasa berada di bawah lembayung rahmatmu
amin.

nota rasa 1:
inilah akibatnya kalau terlebih tidur lepas OSCE.Sampai asar masuk pun tak sedar..heheh

nota rasa 2:
ini sekadar perkongsian dan luahan rasa saya.Hargailah ibu bapa kita selagi mereka bernafas di dunia ini.Jgn hampakan mereka.

nota rasa 3:
dah lama rasanya tak balik malaysia sampai terbawa2 dalam mimpi.Haish..tak sabar nk jumpa keluarga dan sahabat handai..

nota rasa 4:
gud luck kepada sahabat2 ku untuk OSCE.Semoga result anda gempak2 semuanya..dan teruskan perjuangan untuk BHP esok..gambateh!




|
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•03.00




A : Apa matlamat hidup kau?



B : Matlamat hidup? Aku sekarang ni hidup demi anak-anak. Mereka perlukan aku.



A : Kau?




C : Aku nak balas budi mak ayah aku. Nak beri kesenangan pada mereka. Dah lama mereka susah.



A : Bagaimana dengan kau?



D : Aku nak capai kejayaan dalam karier aku. Nak buktikan yang bangsa kita juga boleh maju. Nak sumbangkan sesuatu untuk negara.



A : Ok. Kau pulak?



E : Entah. Aku hidup dengan seadanya. Selagi bernafas, selagi itu aku akan berusaha capai yang terbaik. Aku lebih suka ikut arus. Kita mana tahu apa yang ada di masa depan, kan?




A : Ye ke tak tahu? Aku ingat semua orang tahu apa yang akan berlaku dimasa depan.




C : Mana ada ahli nujum yang mampu meramal segalanya. Kalau yang diramal itu berlaku, itu hanya kebetulan saja.




D : Betul. Aku setuju.




E : Kau sibuk tanya orang, bagamana dengan matlamat hidup kau?




A : Matlamat aku adalah pengakhiran hidup aku.



B : Tak faham. Apa maksud kau?



A : Sedar atau tidak, distinasi kita satu. Matlamat kita sepatutnya sama.



Semua terdiam.



A : Yang hidup akan mati. Itu pasti. Penghujung satu kehidupan adalah kematian. Bukankah itu sebenarnya yang patut dilabelkan sebagai distinasi? Pengakhiran untuk semua usaha untuk mencapai matlamat lain yang hanya bersifat duniawi. Jadi matlamat kita seharusnya bersedia menuju kematian.



B : Maksud kau kita kena beribadat dan lupakan dunia?



A : Bukan sampai lupakan dunia. Tapi kita kena jadikan dunia sebagai jejantas selamat untuk kita menuju kematian, agar syurga mampu kita sentuh tanpa luka dari dosa akibat kelalaian kita pada tuntutan agama.








Nota : Intipati diambil dari tazkirah. Entah kenapa tiba-tiba saya teringat kata-kata seseorang yang mengibaratkan dunia ini sebagai titian Siratul Mustaqim. Apa yang dibuat didunia ini, adalah gambaran perjalanan kita menuju ke syurga. Mahu merangkak, berjalan atau berlari, sebenarnya kita yang memilih.Apapun yang saya pilih, saya tak mahu rasa lelah.
Anda bagaimana?'Ya Allah... bantu daku ya Tuhan!'


psst: ini saja yg dapat saya kongsikan buat masa sekarang dari nukilan rasa saya..sebenarnya post ni dah lama terperap dalam draft..tak berkesempatan nak di post..
Doakan kejayaan saya untuk final exam ni yg bermula 3 jun..
Kepada kawan2 saya di Malaysia..tak sabar untuk berjumpa anda semua..Insyaallah nanti kita jumpa lepas final exam ni :)
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•21.20



Rasulullah saw telah bersabda, "Pandangan itu panah diantara panah-panah iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, akan diberi iman yang dapat dirasakan hatinya."




Pernah ditanya kepada Platon, "Manakah diantara keduanya yang lebih membahayakan hati? Pendengaran atau penglihatan?" Dia menjawab, "Bagi hati, keduanya ibarat dua sayap burung yang tidak boleh naik mahupun turun tanpa salah satu darinya. Jika sayap itu kuat, mampulah dia terbang tinggi, tetapi jika salah satunya dipotong, tentulah dapat melemahkan yang lainnya."






Telah berkata Ali bin Abi Talib ra, "Mata itu perangkap syaitan. Melahap seluruh anggota dengan cepat. Jika nafsunya menyuruh anggota untuk taat kepada Tuhannya, sampailah angan-angannya. Namun jika anggota badan memperturutkan nafsu mendapatkan kelazatannya, sungguh rosaklah amalnya."



mata haiwan yg tiada noda....




Menjaga penglihatan dan pendengaran begitu penting untuk memelihara peribadi. Kata orang 'dari mata turun ke hati' tapi sebenarnya bukan itu saja yang perlu dijaga tapi telinga juga. Mungkin perlu dicipta satu pepatah baru, 'dari telinga turun ke jiwa' (ish... tak sedaplah, memang tak sesuai langsung tapi tak kisahlah), kerana manisnya kata yang dihalwakan ke telinga mungkin akan membuatkan jiwa yang lemah semakin lemah dan mudah tergoda.

melihat melalui naluri..





Hakikat manusia yang penuh dengan kelemahan, punya keinginan dan nafsu yang terkadang mengatasi pertimbangan akal. Apa yang terhidang dimata dan telinga mungkin menghilangkan kewarasan yang cuba dipelihara. Tapi kita ada Allah yang sentiasa ada untuk menjaga kita, sentiasa bersedia untuk kita bergantung kepadaNya, lalu mintalah pertolonganNya.



pandangan kambing....hehe(teringat plak seorang teman ni yg memang suka sangat kambing) jgn marah cik dudu...

Kita harus berusaha untuk menghidangkan minda kita dengan ilmu yang mampu menyelamatkan kita dari terpedaya. Sentiasa percaya bahawa tetap ada cara untuk kita menjauhi keburukan dunia jika kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segala tipudaya syaitan yang menyesatkan.


cubalah menikmati saujananya alam ciptaan tuhan ini dgn pandangan hati...


"Ya Allah, Ya Samii' Ya Allah Ya Basir, peliharalah penglihatan dan pendengaranku daripada menjadi alat untuk syaitan mempengaruhi dan melemahkanku. Aku lemah tanpa pertolonganMu, lalu bantulah aku Ya Tuhan.


Ya Allah, hiasilah mataku hanya dengan airmata kekesalan terhadap segala dosa yang pernah aku lakukan, hidangkanlah telingaku dengan bacaan puji-pujian terhadapMu dan juga suara dari kalam yang Kau turunkan, semoga dengan itu terjagalah hatiku dari segala pengaruh kemaksiatan yang hanya akan membawa aku jauh dari rahmatMu. Bantulah aku Ya Allah, ampuni daku ya Tuhan. Amin."
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•21.20


Tertarik dengan entry dalam satu blog yg saya baca tentang merokok, saya ingin memetik satu jawapan ringkas bila ditanya kenapa merokok.


"Best... Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa."


Saya lebih suka mentafsirkan kata-kata itu sebagai 'merokok membuatkan seseorang itu kehilangan perasaan (feel) atau deria rasa.' Bukan nikmat namanya kalau tak boleh menjelaskan kenikmatan itu!


Saya pernah berjumpa dgn ramai perokok. Saya memang bukan jenis yg suka bertanya walaupun nak tahu, apatah lagi kalau ianya soalan yg mungkin menaikkan kemarahan...kadang2 je kalu rasa nak tnya baru saya tnya.Mungkin itu kebaikan dan mungkin juga keburukan saya.


Tapi saya suka membayangkan jawapan yang diberikan jika ditanya kepada individu tertentu yang merokok.


Doktor : Saya merokok sebab tekanan kerja. Pesakit banyak sangat bercerita tentang masalah mereka. Masalah saya, sapa nak dengar. Lagipun saya sibuk sehingga tak ada masa untuk diri sendiri. Merokok adalah masa untuk diri.


Ustaz : Saya ni manusia biasa. Ada masalah jugak. Merokok sekadar suka-suka je, bukan bermaksud apa-apa, bukan niat nak mempengaruhi sapa-sapa.


Guru/Ibubapa : Saya beli rokok dengan duit sendiri aper. Kenapa sibuk nak menyoal? Kalau tahu asap rokok tak elok, pegi duduk jauh-jauh. Kalau tahu merokok tak baik, jangan le ikut.


Itu mungkin jawapan daripada orang-orang yang dirasakan paling patut menjauhi rokok kerana mereka adalah role model dalam masyarakat kita. Apa jawapan dari golongan profesional atau yang biasa-biasa? Apa pula alasan mereka?


Penulis : Saya merokok untuk mendapatkan idea. Bila otak rasa beku je, merokok boleh mencairkan idea dan dengan itu saya lebih mudah menulis.


Engineer / Arkitek : Beban kerja banyak. Masalah duit, diri dan keluarga.


Buruh / Tukang kebun : Letih buat kerja buruh ni. Merokok sebab nak rehat.


Pelajar IPT : Banyak assignment! Tension!


Pelajar sekolah : Saja nak try. Best je tengok orang merokok ni...I


tu hanya sebahagian dari jawapan yang akan diberikan jika ditanya kenapa mereka merokok. Mungkin ada banyak lagi jawapan yang saya lebih suka mengkategorikan semua jawapan itu sebagai alasan.


Apa sekalipun alasan yang diberikan, tapi kenapa rokok yang dipilih? Bukankah kita ada Allah untuk mengadu dan merintih? Bukankah Dia sentiasa ada untuk kita menagih bantuan meringankan beban?


Merokok bukan saja merosakkan kesihatan sendiri, tapi juga kesihatan keluarga tersayang atau teman terdekat. Kejamkah kalau perokok dikatakan pembunuh? Bukankah hanya mereka yang tidak berperasaan sahaja yang sanggup menjadi pembunuh...? Lalu salahkan tafsiran saya tentang jawapan yang diberikan oleh salah seorang perokok diluar sana?


Bagi saya merokok adalah satu tindakan yang boleh dikatakan membunuh diri sendiri dan orang lain. Antara penyebab kematian yang boleh dielakkan.


Memang semua orang akan mati tak kira perokok atau tidak. Terdedah kepada asap rokok meningkatkan lagi risiko kematian. Tapi adakah orang yang merokok itu ingat tentang mati? Mengingati mati adalah satu cara untuk mengubati hati sepertimana sabda Rasulullah. Tapi adakah ia membuatkan perokok lagi kuat beribadat? Lalu dimana kebaikan merokok? Tak ada!!..


Malah rokok mungkin menjadikan hati seseorang tu keras sehingga tak mempedulikan nilai dan nikmat kesihatan yang Allah berikan. Tanpa sedar mereka menjadi insan yang tidak prihatin terhadap orang lain. Boleh juga dikatakan perokok tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan sehingga melakukan pembaziran setiap kali asap dihembuskan.

Bayangkan.... Nilai rokok itu boleh membeli makanan untuk si fakir yang kelaparan, boleh mengubah masa depan bila ia digunakan untuk menjelaskan yuran peperiksaan, boleh menyembuhkan sakit ibu yang malang yang mungkin sedang menahan kesakitan.

Kerana sayang, prihatin dan simpati... saya ingin sekali menyeru kepada perokok hentikanlah tabiat yang tak elok itu. Kuatkanlah azam untuk mengubah diri. Kepada yang mengenali perokok, berikanlah galakan pada mereka agar berhenti merokok.

Mungkin tulisan saya tak begitu bernas sebab tak ada fakta dan data ttg keburukan merokok dan pandangan merokok dalam Islam.Semoga dengan maklumat yang diberikan, akan tercetus keinginan untuk berhenti merokok. Bacalah walaupun tak suka kerana yang pahit itu banyak baiknya.

Saya pernah terbaca tentang khasiat Asma Ul-Husna dalam usaha penyembuhan penyakit. Dan antara yang menarik, ialah beramal dengan Asma Allah Al-Khabiir. Masalah ketagihan kepada sesuatu bukan senang untuk disembuhkan. Mengamalkan nama Allah yang ini amat disarankan kerana ia juga merupakan satu kaedah rawatan pemulihan. Bukan itu saja, ia juga boleh mencerdaskan minda bagi sesiapa yang masih belajar.





psst:Kalau kempen kerajaan tak menjadi, biarlah kita kempen sesama sendiri. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.... lalu, apa pilihan anda?Maaf kalu ader yg terguris dgn artikel ini..ini sekadar coretan rasa saya.Sama2 lah kita ingat mengingati..
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•06.06




"Orang yang banyak ketawa itu, kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menghormatinya. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya terjaga." (Umar Al-Khattab r.a)





"Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia." - Saifulislam





Psst: Kita bagaimana? Ada yang kata ketawa itu awet muda, tapi kita tak akan muda selamanya. Kematian akan datang bila-bila masa saja. (Asyik-asyik mati... mati.. mati... kata kawan saya...) Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin jugak malam ini kita akan mati. Siapa tahu, kan?




Cuba bayangkan malam ini kita tidur kekenyangan tanpa sempat berdoa dan mengucap. Esoknya kita tak bangun lagi. Sedar-sedar kita berada di alam sempit dan terhimpit. Di ikat kemas dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, tertimbus oleh tanah.




Mungkin tangisan masa tu tak lagi mengeluarkan airmata. Suara juga telah hilang. Tangisan yg dulunya murah, mudah mengalir walaupun sekadar menonton drama Korea kini telah tiada. Suara yg dulu digunakan untuk bergelak ketawa dan bercerita, kini tak kedengaran lagi. Semua dah tak ada lagi.




Merenung kata-kata di atas, memang telah membuatkan saya menilai kembali diri saya. Sikap saya bila bercakap dan berbicara, bercerita dan berjenaka. Bagaimana diri saya bila berada dalam keadaan suka dan gembira, duka dan menderita... Segalanya.





Saya mungkin berbeza dengan apa yang saya tulis. Mungkin juga sama. Yang pasti saya tak sempurna. Walaupun itu yang saya harapkan, yang saya mahukan, saya tahu saya banyak sekali 'kecacatan' dan kekurangan. Apa yang mampu, saya sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Lebih matang seiring dengan hayat yang semakin berkurang.




Semua orang tahu dan sedar bahawa masa yg berlalu tak mampu diputar kembali, semua orang tahu bahawa hidup hanya sekali dan tak akan berulang lagi, tapi kenapa masih tegar untuk berubah?




Apa pilihan kita? Apa pilihan saya? Masih mahu menyintai dunia sehingga lupa akhirat yang harus dijadikan matlamat utama, atau mahu bertaubat sebelum terlambat?






Moga Allah memudahkan laluan saya untuk menjadi diri yang saya mahu jadi. HambaNya yang punya keupayaan untuk ceria bila bersama teman dan keluarga, dan menangis, merayu, meratap hiba bila berbicara dengan Al-Khaliq, Yang Maha Pencipta.




"Ya Allah, perbaikilah perlakuanku dan amalanku. Jauhi daku dari segala keburukan yang ada pada diri dan juga pada ciptaanMu yang lain. Aku mohon padaMu ya Allah, lindungilah daku dari cinta dunia yang melalaikan...."
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•10.40


Hari ini...
hari yg biasa...
sekali lagi bermulanya kembara ku di alam fana
Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaanNya


Alhamdulillah...
Aku masih bernafas, masih terjaga dari lena,
bangkit segar menyedut udara
dari ihsan yg Maha Esa


Alhamdulillah...
Kesihatanku Kau pelihara sentiasa,
nikmatnya tak terungkap dengan kata-kata


Alhamdulillah...
Kurniaan rezeki sentiasa ada,
cukup untuk diriku,
malah boleh dikongsi keluarga


Alhamdulillah...
Laluan ilmu sentiasa Kau buka,
Kau permudahkan,
seiring berpimpin kami mengejarnya


Alhamdulillah...
Kau kurniakan langit mendung tetapi
dihujungnya terpancar sinar bahagia,
Saat kebenaran terpalit kepalsuan,
Diam lebih bermakna..kerana aku yakin kebenaran adalah raja
dan aku yakin kau tau segalanya..


Alhamdulillah...
Saat kesedihan meragut jiwa
terkilan menunjang suasana
kau pelihara aku dari duka
kala terluka Kau sembuhkan segera


Alhamdulillah...
Tenang dijiwa sentiasa ada,
syukur dihati melimpah sentiasa
'Lalu nikmat Allah yang mana hendak didustakan?'


Terlalu banyak senarai disedia
Aku malu untuk meminta
Tapi kugagahi juga
Kerana Engkau Maha Pengurnia



Ya Allah Ya Wahhab, Ya Fattah, Ya Azim...
Moga kurniaanMu,
pemberianMu kekal hingga ke hujung usia,
bertambah dan melimpah setakat yang terdaya aku memikulnya


Ya Allah Ya Ghaffur, Ya Waliyy, Ya 'Affuww
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Jauhilah aku dari keburukan dalam diriku dan sekitarku
Agar kesilapan tak berulang lagi seperti dulu
Aku pasrah ya Allah
Ini keputusanku
Moga ia yg terbaik bagiku



Ya Allah Ya Sami', Ya Syakurr, Ya Shabur...
Jadikanlah aku hambaMu yg sentiasa bersyukur...
Amin..
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•10.53





Semenjak dua menjak ini saya rasa tertarik untuk berkongsi dgn anda semua tentang PHD.Bukannya (Doctor of Phylosophy) tetapi penyakit hasad dengki.


Setiap orang yang mempunyai perasaan dan berakal memang mengetahui apa yang dinyatakan sebagai hasad dengki. Malah, kita mungkin pernah mengalami perasaan ini, iaitu satu perasaan irihati terhadap orang lain yang memiliki kebaikan atau kelebihan. Perasaan ini mungkin bersama dengan harapan untuk mendapat kebaikan atau kelebihan yang dimiliki oleh orang tersebut. Dan pada masa yang sama juga mungkin iri hati itu bersama cita-cita untuk melihat kejatuhan orang yang diirihatikan itu. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi;


Yang bermaksud: Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan, maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan, maka merekapun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut. (Surah al-Imran: 120)


Apakah pandangan Islam terhadap perasaan ini? Jika dilihat dari aspek sejarah kehidupan manusia, dengki ini sebenarnya telahpun lahir sejak zaman Nabi Adam a.s. sebagaimana kisah yang terdapat di dalam al-Quran. Allah berfirman;


Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Nabi Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu!. Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. (Al-Maidah: 27)


Kisah ini mengenai konflik yang berlaku di antara dua orang putera Nabi Adam a.s., yakni Qabil dan Habil. Apabila Allah menurunkan perintah agar mereka ini mempersembahkan korban, maka Habil menerima perintah tersebut dengan lapang dada dan memilih binatang ternakannya yang paling berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah dengan mengharapkan keredaan Allah s.w.t. semata-mata. Sebaliknya pula, Qabil menerima perintah Allah dengan rasa terpaksa. Maka Qabil pun, mempersembahkan hasil pertanian yang paling buruk kepada Allah s.w.t. Dengan dua bentuk korban yang persembahan kedua-duanya amat berbeza, maka tentulah Allah memilih korban yang baik dan dipersembahkan dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan sebagai seorang hamba. Lantaran itu, Allah s.w.t. pun memerintahkan api untuk memakan korban yang dipersembahkan oleh Habil. Bagaimanapun, Qabil tidak merasa senang dengan keadaan tersebut dan merasa iri hati terhadap Habil. Perasaan iri hati yang meluap-luap, akhirnya menimbulkan rasa dendam di dalam diri Qabil.



Selain Qabil berdendam dengan Habil kerana korbannya yang terpilih, Qabil juga turut mendendami Habil kerana ayahanda mereka menjodohkan Habil dengan saudara kembarnya yang lebih cantik berbanding dengan saudara kembar Habil. Sebaliknya, Qabil pula dijodohkan dengan saudara kembar Habil yang berupa paras lebih sederhana.

Apabila Qabil mempunyai kesempatan untuk melepaskan dendamnya, maka diapun menemui Habil dan menyatakan, Sesungguhnya aku mahu membunuhmu. Habil pun bertanya dengan perasaan yang amat hairan, Mengapa engkau mahu membunuh aku? Jawab Qabil dengan hasad yang terbuku di dadanya, Kerana Allah menerima korbanmu dan menolak korbanku, dan engkau akan menikahi saudara perempuanku yang cantik sedangkan aku pula harus menikahi saudara perempuanmu yang hodoh, sehingga orang lain akan berbicara bahawa engkau itu lebih baik daripadaku dan keturunanmu akan berbangga kepada keturunanku.

Apabila Qabil berjaya membunuh Habil, timbul rasa menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Walau bagaimanapun, penyesalan tersebut hanya sia-sia kerana apabila Nabi Adam mengetahui mengenai peristiwa tersebut, baginda tidak mahu menerima kembali anaknya itu dan diapun dihalau. Dalam keadaan yang terbuang, Qabil telah menerima hasutan dan pengaruh iblis yang akhirnya menjadikan dirinya sesat dan melakukan pelbagai perkara yang keji. Lantaran itu, Allah telah memusnahkan keturunannya ketika zaman Nabi Nuh a.s.



Pengajaran yang boleh dapati berdasarkan kisah dua putera Nabi Adam ini ialah, hasad dengki menyebabkan seseorang boleh bertindak tanpa rasional yang boleh menyebabkan penyesalan yang tiada kesudahan. Hasad dengki juga mendorong seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang sesat. Telah dinyatakan bahawa;


Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.


Rasulullah s.a.w. bersabda;


Yang bermaksud: Sesungguhnya pada nikmat Allah taala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.


Perasaan buruk ini boleh wujud di dalam hati manusia disebabkan manusia itu mempunyai rasa permusuhan dan kebencian. Dalam erti kata yang lain, dia tidak merasa bahawa berbaik-baik sesama manusia dan sayang-menyayang dengan saudara seislam adalah keperluan bagi kekuatan umah, yang menyumbang rasa bahagia bagi jiwa seorang muslim. Orang yang berada dalam lingkungan ini sudah pasti tidak gemar untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain ataupun mendengar kebahagiaan yang dimiliki oleh saudaranya (seislam).


Saya tertarik untuk berkongsi kata-kata hikmat ini yang mengatakan;


Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.


Jika dilihat kepada akibat yang bakal diterima oleh mereka yang mempunyai perasaan ini, maka kerugian yang perlu ditanggung amat besar nilainya. Jadi, tentulah amat malang bagi mereka yang tidak melakukan apa-apa untuk menahan daripada perasaan ini wujud. Islam memberi panduan dan pedoman bagi mereka yang mahu menyelamatkan diri dari belenggu dosa ini.


Ilmu dan takwa adalah senjata sebenar yang dapat melawan perasaan yang boleh menjahanamkan manusia ini. Ilmu yang dimiliki oleh manusia dapat memberi amaran tentang akibat-akibat yang bakal diterima sekiranya perasaan ini diamalkan. Peminggiran dari aspek sosial sebenarnya adalah kerugian yang amat besar bagi seseorang manusia yang ingin diterima masyarakat. Melalui ilmu juga, seseorang manusia akan berusaha untuk mencapai darjah ketakwaan.


Ketakwaan seorang hamba pula akan menjadikan seseorang manusia itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini. Di dunia ini, sebagai seorang khalifah dia diperintahkan untuk memakmurkan muka bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. Dia akan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Dia meyakini bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertakwa kepada Allah.


Kesimpulannya, hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya dan kepada agama Islam sendiri. Bagi individu yang memilikinya, dia akan terpinggir dari hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan akan menyebabkannya melakukan perkara-perkara yang lebih keji. Apabila dia berada di akhirat, akan menanggung kerugian yang lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira kerana tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat dan tidak ditempatkan dalam tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan, yakni syurga. Walaupun kerugian itu ditanggung secara personal oleh pengamalnya, akan tetapi ia juga memberi kesan yang tidak baik kepada ukhuwwah islamiyyah. Umat Islam akan menjadi tidak bersatu dan tidak akan menjadi sebuah umat yang kuat sekiranya sifat ini diamalkan oleh orang-orang Islam. Akhirnya, umat Islam secara keseluruhannya yang akan rugi.



Walaupun demikian, sebenarnya terdapat sedikit ruang atau keringanan dalam perkara dengki. Sebenarnya, tidaklah jatuh haram atau berdosa sekiranya seseorang itu merasa iri hati apabila memandang kelebihan dan kebaikan yang dimiliki oleh orang lain tanpa harapan atau cita-cita untuk melihat kelebihan tersebut hilang dan lenyap dari pemiliknya.



Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari penyakit ini.Marilah sama2 kita menyucikan hati kita agar sebersih kelopak bunga melor ini.Buang yg keruh dan ambil yg jernih.Sesungguhnya masih ader ruang untuk kita perbaiki diri kerana Allah maha pengampun..terima kasih dan tahniah kerana berjaya habis baca entry ini..maaf sebab panjang :)
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•21.45


Sekian lama aku mencari jalan pulang. Langkahku kaku, badanku lesu. Aku tak mampu melangkah tanpa di papah. Dulu, sesekali hati berdoa, agar akan ada insan yg mampu mampir, memujuk hati yg mati. Menyiram rasa dlm diri, agar sedar mampu mekar dan segar. Agar diri akan kembali melangkah, meredah duri mentah yg sering menagih darah, menunjukkan arah berbekal cahaya cerah.... Sungguh aku mahu pulang! Pulang ke daerah aman yg mampu membekalkan aku kekuatan kasih Ar-Rahman!



Entah dari mana bermula, aku memulai langkah PERTAMA. Mengharapkan agar yg pertama ini akan mengubah arah hidupku. Mengisi diri dengan apa yg mampu, agar kekosongan hidup akan berlalu.



Aku resah, hatiku gundah... sungguh aku pasrah... Dalam mencari makna cinta yg gagah, aku masih rebah. Bangun berdiri, cuba berjalan dan berlari sendiri, tapi soalan tentang masa depan yang tak pasti sering menghimpit hati.


Berpandukan cintaMu yg telah diserah, berbekalkan keyakinan tentang kuasaMu Tuhan Al Fattah, doaku melimpah ruah. Beralaskan keikhlasan yang dibentangkan, aku cuba mencari jawapan tentang rahsia kehidupan, tentang apa yg harus ku lakukan.



"Ya Allah Ya Hadii... Untuk setiap keputusan yang ku buat, untuk setiap langkah yang ku atur, untuk setiap tindakan yang ku pilih, berikanlah petunjukMu, agar aku tidak tersalah laluan, agar aku tidak tersilap jalan." Saban masa aku berdoa... dan sungguh hanya itu yang aku lakukan. Agar Dia yg akan membuat keputusan, membetulkan apa yang mungkin terpesong, membaiki apa yang mungkin melencong.



Sungguh aku tak takut lagi pada kehilangan. Aku redha bersendirian dan kesepian jika itu yang Kau takdirkan. Namun aku tak idamkan perpisahan. Aku cuma bimbang hati ini terdorong untuk kembali pada kegelapan bila kesunyian yang mengjimpit membuahkan bisikan dari syaitan yang kejam. "Ya Allah Ya Waliyy... lindungilah daku dari kejahatan yang Kau ciptakan untuk menguji iman hambaMu yang amat lemah ini..."




"Ya Allah A Aziiz... Kuatkanlah hatiku. Aku mahu mengejar impian untuk menjadi hambaMu yang teguh iman, mencari jalan pulang, bersumbukan cahaya keikhlasan, menumpang kasih dan cinta insan, berpaksikan panduan dariMu, ya Tuhan."




Aku yakin... dengan keikhlasan, aku mampu menahan kesakitan, pedih hati aku akan beransur hilang. Aku akan mampu memiliki kekuatan, aku mampu mengejar impian dalam diam. Kerana suara hatiku, tak akan ada yang tahu kecuali Allah Yang Satu.


Aku cuma insan yg dulunya sesat dlm perjalanan, mencari kekuatan sebagai bekalan, kerana sedar lambat laun diri ini harus mengadap Tuhan. Aku mahu berusaha melengkapkan diri sebagai hamba pada Yang Abadi, agar pulangku padaNya nanti dengan wajah berseri. Aku tahu diri tak layak sebagai penghuni syurga, tapi aku tak mahu menjadi penghuni neraka.



"Aku ingin berjuang untuk agamaMu Ya Rahman, berjihad dgn cara yang sesuai mengikut kemampuan dan zaman. Ingin disokong dan menyokong, ingin didorong dan mendorong. Memberi dan menerima, berkongsi kekuatan jika ada."






Pengalaman hidup yang silam, ingin sekali dicurahkan, mengharapkan yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, kesilapan lama di perbetulkan, agar hidup melimpah dgn keberkatan, kerana sesungguhnya kita manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan.



"Ya Allah Ya Azhiim... Ya Allah Ya Mujiib... Aku sujud padaMu Ya Rahiim, dengan kejernihan titisan airmata aku berdoa bersama keikhlasan yang memenuhi dada, berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat pada kami semua.... Doa yang ku seru bagi diriku dan setiap insan yang kukenali, kabulkanlah selagi ia membawa kebaikan, jangan Kau perkenankan doaku kalau ianya membawa keburukan... Sesungguhnya Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaMu...



Ku mohon padaMu Ya Akhiiru Ya Waduud, terimalah kepulanganku ke sisiMu dan bersihkanlah hatiku dengan cintaMu..... "




psst: maaflah kalu entry kebelakangan ni mcm sedih skit..huhu.Saya sedang mencari semula titik kestabilan hidup.Doakan saya berjaya..amin
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•11.23



Pilihan.
Setiap dari kita selalu berdepan dengan persoalan pilihan.
Nak... Tak nak
Selagi kita ada masa...
Selagi nafas mampu dihela...
Selagi kita bernyawa dan berjiwa...
Persoalan pilihan tak pernah luput.
Tak pernah surut.


Kita sentiasa punya pilihan.
Namun pilihan yang ada, mungkin terhad, malah terbatas.



Pilihan wujud bersama persoalan.
Bersama andaian.
Bersama harapan.
Bersama kemungkinan.
Ketidakpastian.
Risiko. Bersediakah menghadapinya?
Akibat. Mampukah menerimanya?



Pilihan.
Allah kan ada.
Mintalah petunjuk dariNya.
Istikharah.
Itu cara kita.
Jangan lupa.
Kita ada Dia.





Psst: Tak tahu nak tulis apa. Ini saja yang sempat dan terlintas di minda. Bukan sajak, bukan puisi, dan tentunya bukan cerpen. Sekadar satu ingatan bersama.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•09.47

Mulla Nasruddin mempunyai seekor kuda jantan dari baka yang amat baik. Seorang menteri yang datang melawat desanya tertarik kepada kudanya dan menawarkan untuk membeli kuda tersebut.


"Mulla, jualkanlah kuda itu kepadaku. Aku berikan cek kosong, tinggal kamu isi saja, berapa juta pun tak kisah." Pujuknya dengan harapan.


"Tidak tuan, kuda ini bukan untuk di jual." Tegas Mulla. Menteri itu kesal, tapi tak mampu memaksa kerana media baru saja menyiarkan berita tentang dakwaan rasuah keatasnya dan dia tidak mahu memburukkan keadaan.


"Ah Mulla. Kamu bodoh sebab menolak tawaran sebegitu lumayan." Kata orang kampung bila tahu kisahnya yang dikatakan menolak tuah.


"Kuda itu kudaku. Jual atau tidak, itu keputusanku. Jangan kamu pertikaikan." Jawab Mulla tidak kesal.


Esoknya kuda itu hilang dari kandang Mulla.


"Lihat Mulla, itu hasil kebodohan kamu. Kalau kamu jual kelmarin, pasti kamu tidak rugi seperti sekarang." Tempelak penduduk kampung.


"Sudah saya katakan, jangan kamu pertikaikan keputusanku. Kerugian atau kehilangan, saya yang menanggungnya. Kamu tak usah ambil tahu." Jawab Mulla tenang.


Beberapa hari kemudian kuda itu kembali. Bersamanya, ada beberapa ekor kuda liar sejenis dengannya. Rupanya kuda itu terdengar perbincangan antara Menteri dan tuannya. Sebagai tanda terima kasih, kuda itu kembali ke hutan dan membawa keluarganya bersama.


"Waahh... Bertuahnya kamu Mulla. Beberapa hari lalu kamu hanya memiliki seekor kuda, dan sekarang kamu telah memiliki beberapa ekor kuda. " Kata penduduk kampung cemburu.


"Semalam kamu kata saya rugi, sekarang kamu kata saya untung pula. Sudahlah, untung atau rugi, itu rezeki saya. Usah kamu menghitungnya." Kata Mulla tenang.


Putera tunggal Mulla diserahkan tugas untuk menjinakkan kuda liar itu. Semasa berusaha menjinakkan kuda tersebut, anaknya dicederakan. Tendangan kuda itu telah menyebabkan kaki putera Mulla patah.


Penduduk desa mendatangi Mulla lagi dan berkata;"Kuda tu membawa sial dan malang pada nasib kamu nampaknya. Lihatlah, satu-satunya anak lelaki kamu patah kaki kerana kuda itu.


"Dengan tenang Mulla menjawab;"Saya tak faham apa maksud kamu yang sekejap mengatakan saya bertuah dan beruntung... dan kini mengatakan saya bernasib malang pulak. Mungkin sebaiknya kamu tidak usah ambil kisah tentang saya, kerana ini semua ketentuan Allah."


Belumpun genap masa seminggu, negara telah diserang oleh musuh yang datangnya dari negara tetangga. Memandangkan tentera musuh sangat kuat, anak-anak muda yang berumur 16 tahun keatas telah diarahkan menyertai pasukan tentera dan menjalani latihan ketenteraan sebagai persediaan, kecuali anak lelaki Mulla yang patah kakinya.


Penduduk kampung sekali lagi mendatangi Mulla dan berkata;"Mulla, untungnya kamu kerana anak kamu tak perlu masuk tentera kerana kecederaannya."


Mulla masih tetap tenang seperti biasa dan berkata;"Sekali kamu katakan saya bodoh dan menolak tuah. Kamu katakan saya malang. Kemudian kamu kata saya bertuah. Lepas tu katamu lagi, saya ni sial dan malang. Dan sekarang kamu kata saya beruntung pula. Sudahlah. Jangan kisah tentang saya. Biarkan saja saya ini."




Pengajaran


Setiap musibah, kegagalan, kedukaan dan penderitaan yang dialami saat ini merupakan satu dugaan untuk kita perolehi sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Terimalah segalanya dengan tenang dan ucapkan 'inna li Allahi wa inna ilahi raji'un'. Percayalah bahawa di sebalik segala kejadian, ada rahmatNya. Rahmat yang tak mampu kita lihat dengan pandangan mata kasar.


Jika kita hadapi seribu satu persoalan tentang kehidupan yang sesekali dirasa begitu meletihkan, kembalilah pada Allah, bukan kembali pada diri. Mintalah bimbinganNya untuk mencari jawapan dan penyelesaian. Percayalah kepada Dia yang memberikan kehidupan.



Nota : Petikan dari buku Kecerdasan 99 oleh Sulaiman Al-Kumayi, penulis dari Indonesia. Telah dibahasa Malaysiakan untuk kesesuaian pembacaan.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•01.30

Saya baca kisah tentang agenda Zionis di laman ini. Hati saya berdegup kencang, penuh bimbang. Saya tahu mungkin ramai yg dah membacanya, melalui email yang di forward dan melalui laman sesawang (saluran maklumat yg semakin sebati dengan masyarakat kini) tapi ramai juga yang tak ambil peduli. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membuka hati.
Saya manusia mudah lupa. Kalian juga manusia. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk saling mengingatkan. Paling penting dan utama, saya perlu ingatkan diri saya sendiri agar tak menjadi penyumbang kepada kejayaan Zionis.
Apa yang saya baca di sini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan artikel yang dikumpul berkenaan protokol Zionis. Dan ya... entry ini adalah copy paste saja.
Protokol ke 10 Zionis mengandungi 8 perkara:
1. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan atau Inggeris yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Zionis.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana, di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh zionis laknatullah......
3. Smoke....
Rokok. Menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok dari filem P Ramlee). Ciss yahudi... berjaya lagi kamu.... (Jom ramai-ramai kita jayakan kempen anti rokok)
4. Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan, hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah, akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Zionis gol lagi.... Sampai ada ulamak kata, kerana sukan, sembahyang boleh tangguh. Masya-Allah...
5. Fun..
Hiburan. Di mana-mana pun kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang. Dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Zionis terhibur lagi....
6. Female...
Perempuan. Tawaran Zionis yang amat mengasyikkan, terutama dalam iklan. Iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan, tapi tetap menggunakan perempuan sebagai penarik. Kalau kita ke kedai bateri kereta, di hadapan bateri terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Zionis bersorak lagi.....
7. Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang sampai menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut, mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah, malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Zionis ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Zionis....
8. Food...
Lagi satu kegilaan umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , KFC , Pizza Hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah seolah dipandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan je. Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky, rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah umat Islam yang bukan perangai saja macam zionis... tetapi berfikiran pun macam zionis...Nauzubillah.....Zionis makan Islam lagi...
psst: 4S dan 4 F. Itu baru protokol yang ke 10 dari 24 protokol semuanya. (Protokol Zionis adalah satu perancangan terperinci dan teliti, ianya adalah hasil satu kongres Yahudi antara bangsa yang telah berlangsung di bandar Bal di Swizland pada tahun 1897, yang dipengurusi oleh Teodur Hardzal). Protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.
Kalau kita sayangkan dan cintakan Islam, sayang dan cintakan Allah dan Rasul, kenapa kita mesti biarkan Zionis berjaya dalam segala agenda mereka? Cinta bukan sekadar ungkapan, tapi juga perbuatan.
Persoalannya ialah kenapa kita biarkan hati kita buta oleh cinta pada yg tak sepatutnya? Ya Allah... Bantulah kami, selamatkan kami... Bukakan pintu hati kami akan cahayaMu menyinari ruang hati.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•09.05

APRIL FOOL

Assalamualaikum..ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.Setiap kali menjelang 1 april sesetengah daripada orang kita begitu taksub dgn budaya pandang ke barat sehingga mereka dikaburi dari fakta sebenar disebalik perayaan ini.


RIBUAN tahun lampau, Sepanyol berada di bawah pemerintahan islam. Ketika itu, kuasa umat islam di Sepanyol cukup hebat dan sukar ditewaskan malah amat disegani kawan dan lawan. Iri hati dengan kegemilangan pemerintahan islam ini, kaum nasrani di Barat berhasrat untuk merampas bumi Sepanyol itu daripada tangan umat islam sebagaimana negara-negara lain yang telah dikuasai dengan cara yang zalim dan penuh tipu muslihat.


Walaupun telah pelbagai usaha telah dilakukan untuk memenuhi hajat kotor itu, namun kegagalan demi kegagalan ditempuh disebabkan kekuatan iman umat islam ketika itu. Akhirnya, mereka telah menukar strategi dengan menghantar beberapa orang perisik untuk mengkaji kekuatan umat islam di Sepanyol.



Memang jelas, mereka menerima hakikat bahawa kekuatan umat islam terletak pada ketakwaan mereka. Maknanya, penghayatan mereka terhadap ajaran islam cukup tinggi di samping mengamalkan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah menerusi al-Quran. Pendek kata, al-Quran bukan saja dibaca, tetapi yang lebih penting ialah mengamalkan ajaran yang dikandunginya.Kesannya, umat islam yang memiliki kekuatan iman ini tidak terpengaruh dengan hiburan yang boleh melemahkan jiwa serta menjauhi arak dan semua perkara yang diharamkan oleh islam.Puak nasrani akhirnya menemui helah yang dikatakan mampu melemahkan umat islam iaitu dengan membekalkan alkohol dan rokok ke Sepanyol secara percuma (free of cost). Teknik ini memberikan hasil yang mereka hajati iaitu melemahkan keimanan generasi muda Sepanyol.



Teknik ini telah berjaya menghapuskan pengaruh islam dan menawan seluruh Sepanyol sekali gus memecahkan sejarah kegemilangan pemerintahan islam selama 800 tahun dengan kejatuhan Kota Gradana pada 1 hari bulan April. Sempena tarikh ini, puak nasrani merayakan April Fool atau ‘Hari Bodoh’ yang mana merak telah berjaya menipu umat islam.


Menurut sumber lain, April Fool’s Day’ dipercayai disambut selepas kejatuhan kerajaan Sepanyol. Penduduk islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam ruamh masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera nasrani bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang islam dari Sepanyol. Maka bermula teknik dusta kaum nasrani apabila memberitahu umat islam bahawa dibenarkan berlayar keluar dari sepanyol dengan selamat bersama harta benda menggunakan kapal-kapal di pelabuhan.Orang –orang islam yang risau dengan tawaran itu telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati , mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada waktu itu, tentera nasrani menggeledah kediaman umat islam dan kemudian membakar mereka hidup-hidup. Kapal –kapal pun turut dibakar.



Pihak nasrani kemudiannya menyerang muslimah dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera nasrani saban tahun di seluruh dunia.Tragisnya, orang islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut sama meraikan April Fool ’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seakidah.






psst: renung2 kan..buat tauladan kita bersama..wallahualam
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•23.04
~Allah selamatkan aku,Allah selamatkan aku,Allah selamatkan aku dari prank diaorang...hahahah..allah selamatkan aku..(weh korang..tak baik prank orang tau...)

Alkisahnya begini..(flashback)
Pada hening subuh 28 mac 1989 telah dilahirkan seorang bayi lelaki anugerah dari tuhan kepada dua orang makhluk tuhan yg amat saya sayangi di dunia ni.Dgn penuh kasih sayang beliau atau saya dinamakan dgn HAIKAL AMBRI b ROSLE( yg bermaksud kesuburan).Dikatakan nama tu berasal dari seorang wartawan mesir yg berwibawa suatu masa dulu.Saya amat bersyukur dilahirkan di dalam keluarga ni walaupun tak kaya secara keduniaan tetapi kami kaya dgn sifat syukur dan kasih sayang.(alhamdulillah).Dilahirkan sebagai anak ketiga dan kelahiran ini amat ditunggu setelah lapan tahun tidak beranak kecil.Segala kasih sayang dicurah tanpa berbelah bg dan dididik dgn tanggungjawab dari kecil dan ditambah dgn kesedaran bebanan dan tahap kemampuan keluarga pada masa itu telah mematangkan saya serba sedikit.

Saya tidak pernah meminta2 seperti anak2 lain.Kalau mahupun sesuatu cukuplah dgn mengumpul wang sendiri.Handphone pertama juga adalah hasil titik peluh saya.Sejak berumur 7 tahun lagi saya sudah mula mencari wang lebih dgn menjual gula2 dan sticker.Sungguh besar harapan ibu dan ayah terhadap anakandanya bertiga dgn harapan dapat membawa perubahan dalam keluarga.Masih terngiang2 kata bonda.."blajar betul2 ye haikal ambri, kita ni tak de ape2 sgt berbanding orang lain, dgn ilmu je kita bleh maju..banggakan mak n abah.." tulah kata2 semangat yg menjadi pendorong saya.Banggakan ibu bapa..ye..gagahkan saya ya rabb..

Tetapi..sebenarnya masih bnyak impian yg saya rancangkan untuk kedua permata dalam hidup saya ni..antaranya saya ingin menghantar mereka berdua menunaikan rukun islam ke lima iaitu menunaikan haji dgn wang dan titik peluh saya sendiri.Ya allah..panjangkanlah umur mereka agar mereka dapat merasa kesenangan dari titik keringatku..Segalanya yg aku lakukan sesungguhnya untuk mereka..Saya telah berjanji dgn diri biarlah kesusahan saya di masa sekarang akan menjadi kesenangan bg mereka di masa hadapan.Tak tau mcmmana lagi nak balas jasa mereka..Ya allah aku sgt sayangkan mereka sepenuh jiwa raga aku..

27 mac 2009(9.25mlm waktu indonesia)
Dalam keasyikan mendengar nyanyian nasyid kumpulan alunan murni,Tetibe bergegar kantung kocek dan segera diangkat panggilan yg dtgnya dari malaysia."hello assalamualaikum, selamat hari jadi..semoga panjang umur dan murah rezeki...belajar elok2..ni abah nak cakap dgn awak.." Suara inilah yg menjadi muzik dalam hidupku setelah sekian lama,suara yg mengalun ayat2 suci di telingaku untuk mententeramkan jiwa bayiku dulu,suara yg menyejukkan hati minda dan jiwa saat terbakarnya dgn nyalaan dunia,suara lembut yg menjadi nadi penggerakku..emak.."Assalamualaikum haikal, ni abah..selamat hari jadi..semoga panjang umur n murah rezeki..abah wish awal2 ni sebab mlm ni abah nak keluar ke laut..takut tak sempat.." sebak saya mendengar..kasih bapa yg walaupun dah 55 tahun masih gagah mencari rezeki.Walaupun beliau baru sembuh dari demam campak masih nak gagahkan diri demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.Pengorbanan inilah yg membakar lagi jiwaku..Bapaku yg satu ni sanggup meredah gelora n bertarung dgn gelombang demi mencari rezeki.Selalu saja waktu dulu aku terfikir bagaimanakah nasib ayahku dilaut, hanya berlantaikan papan bot dan berlangitkan langit meluas..ya allah engkau selamatkan beliau..pergi dan pulang kembali..


27 mac 2009 (11.04 waktu malaysia)
Kring...kring...kring.. tersentak saya seketika dari lamunan di jendela.Sedang asyik merenung kerdipan lampu cantik yg menghiasi gelap mlm tiba2 dikejutkan dgn panggilan.Segera berjalan ke meja dan mencapai handphone.Tertulis perkataan private di screen hp.."Hello..assalamualaikum.."balas saya.Kedengaran sayup2 suara tetapi sgt familiar suara tu."wasalam...happy besday awak..dah tua ek..".
Teman dari ktt yg masih bergelut dgn a level memperkenalkan diri..Terharu sebab dlm kesibukannya, masih teringat akan diri ini yg berada di perantauan..Kami menyambung perbualan setelah lama tidak bertanya khabar.

28 mac 2009(12.01 waktu indonesia)
Bertali-tali sms masuk ke inbox hp saya.Teman dari Malaysia dan Indonesia semuanya mengucapkan selamat hari jadi..saya hanya mampu tersenyum.Terasa diri ini dihargai.Terharu dgn keprihatinan rakan2..terima kasih..masih sempat mengutuskan kata2 bermakna dalam kesibukan masing2.

masih teringat satu sms ni dari teman rapat di malaysia..
"demi sahabtku, aku sanggup menggadaikan kreditku yg tak seberapa ni..semoga panjang umur n murah rezeki..dikurniakan ramai anak..hahah".

"salam..selamat hari tua..semoga jadi anak soleh."..teman dari UNPAD08

"Salam..haikal,hepi besday..sweet 2o ya..semoga ko sentiasa mendapat yg terbaik dari Allah"..teman dari UGM

"Happy besday..moga kamu panjang umur!sentiasa diberi petunjuk n hidayah Allah.amin.."..ucap seorang teman baik

dan paling tak dilupakan..
"Selamat harijadi sayang yg ke 20 tahun.dah besar anak mak.Panjang umur n murah rezeki dan diberkati Allah dunia dan akhirat."..sangat bermakna.Takkan saya delete msg ni..Tak kisahlah orang panggil ank mak ke..Tak rasa bangga ke untuk menyayangi mak kita, yg telah bersusah payah selama 9 bulan mengandungkan kita??kenapa perlu berasa malu? ye saya mengaku saya nak mak dan saya berasa bangga..inilah kata2 perlu ader dalam diri setiap manusia.Hargailah mereka selagi mereka ada, saya tak mahu penyesalan jadi titik noktah..bagaimana anda??

ini saja untuk entry kali ini..penceritaan tentang diri saya ini bukanlah untuk meluahkan isi hati untuk simpati atau yg berkaitan.tetapi adalah untuk tauladan teman2 dan untuk berkongsi pengalaman.Sesungguhnya kepayahan hidup bukan bererti anda tidak bleh maju dan gagal sebaliknya jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk terus mendaki tangga2 kejayaan.Chaiok3x...

psst: Insyaallah akan saya sambung entry ni nanti dgn azam2 baru saya..bnyak ni..


Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•20.53

~Artikel ni saya dapat dari teman saya melalui email.Kisah benar untuk perkongsian kita semua~



gambar hiasan




Kisah ni berlaku di Seremban.

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut..Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan. Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat. Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengingati Allah.



Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.



psst: Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita.


Insya-Allah.


Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•20.39



Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.




Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.

Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."




Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"




Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."




Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".



psst: sama-samalah kita ambil pengajaran dari cerita ni.Moga dapat terselit secebis rasa keinsafan dalam diri kita untuk bertaubat,Masih belum terlambat..
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•23.29




THE PURPOSE OF LIFE!!





So what's the purpose??
Well today suddenly..i realised the answer..its like suddenly and
abruptly, the answer hit me in the head.. Its like u suddenly wake up
and remembered where u put something which u thought u have gone
missing..
well anyway enough of suspense..
the purpose of life is..




TO LIVE.




Sounds corny huh??
It might appear that way but i tell u it is not so..
coz the purpose of life must be something u can't do
if u're not alive right?
Maybe if u're dead u can still pursue ur dream, you can still enjoy, you
can still love....








gambar hiasan








but u can't LIVE.. right??
so since LIVING is the only thing that separates us from the DEAD>>
THEN surely our purpose as a LIVING human being is to LIVE!!..huhu..
My old friend used to say that..if u think like that..
u are no difference from a pathetic cockroach who is running all day long
to avoid big feet
who is steping around to live, to survive...
is it?? like that??hurm....




Then..i start to think n think..
finally i got the answer from a ceramah by our senior
in "Jom Ke Masjid" programme organised by our batch...
he said..what is the purpose of life??
in This beautiful religion of Islam..
Allah as the creator already simplify and provide every essential things to live
for us!!
He already provide us guidelines(al-quran) to follow and it's already complete
in al-quran itself already stated in surah adz-Dzariyat...
the purpose of life..



"aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.."(ayat 56)





So..in al-quran already highlighted the word "ibadah" as the main key point.
everything that we do in our life must be in the right path where ibadah are the main priority..
others are just the spices that make our life become more colourful
remember also iman,akhlak and akidah..
3 important elements that build up a strong mukmin..
last but not least..
remember where u step on n where u breath..there's always creator n for us
there's only one..
which is Allah..
choose Islam as your pathway for a greater life
insyaallah...
Link ke posting ini