Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,"Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh.Apabila kepala sudah terpotong maka tidak ada lagi kehidupan dalam tubuh."(Al-Fawa'id, hal.95)
Salam Ziarah..
'Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa...'
Benarkah begitu?
Mungkin benar dan mungkin juga tidak.
Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa,
lalu menilai kesannya pada hati dan jiwa.
Kemudian akan wujudlah pilihan samada untuk mengingati atau melupakan.
Yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara yg tersendiri.
Aku insan biasa yang cuba menyelongkar dan melakar kisah insan yg mampu dijadikan pengajaran kerana itulah caraku...
itulah suara ku...
suara dari hatiku.
cara melayan anak.
-
oh makcik, anda belum berkahwin, bagaimana pula anda sudah berfikir cara
melayan anak? tsk tsk tsk. matilah i'm so ready to be a mum. yes. all i
want is to...
Important!
-
There was once I clerked a patient for a case report. The patient was
retarded and aged 40+. (So, I didn't clerked her, her family instead). Her
activities...
KFC xbole dimakan
-
Saya ada menerima emel dibawah ini. Saya ingin mendapat kepastian daripada
pihak tuan. Sekian terima kasih KFC - Haram dimakan... Persoalannya
sekarang buk...
Muhasabah Awal Tahun 1432 Hijriyah
-
[image: image681611x]
Hakikatnya, pergantian tahun tidak ada bedanya dengan pergantian bulan,
minggu, hari, jam, atau detik. Bagi seorang muslim, semua p...
Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu ?
...Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah)
Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa: 1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi. 2. Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur. 3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.
KEJADIAN MANUSIA DARI TULANG SULBI
Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel, ia membelah menjadi 2 sel dan setiap sel masing2 membelah lagi dan lagi. Struktur yang mula2 dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor. Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).
Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).
TULANG SULBI TIDAK AKAN HANCUR
Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih utuh seperti biasa.
Maha suci Allah..begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu-ribu tahun lamanya.
Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siamg ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27).
Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.
dunia adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita(isteri) yg solehah..
Duhai seseorang disana..
Bila Allah mengizinkan kita bertemu kelak..
Bila Allah mewujudkan takdir pernikahan kita kelak..
Dan bila kemudian disaat kita hidup bersama, lantas terlihat sisi salah pada diriku,
semoga Allah mengkuniakanmu kemampuan untuk melihat sisi baikku. Sungguh Allah SWT yang mempertemukan dan menyatukan hati kita.
Sedarkah engkau bahwa tiada manusia di dunia ini yang sempurna segalanya? Bukankah engkau tahu bahwa hanyalah Alllah yang Maha Sempurna. bukankah kurang bijaksana bila kau hanya menghitung-hitung kekurangan pasangan hidupmu? Janganlah engkau mencari-cari kesalahan pasangan hidupmu, padahal ia telah taat kepadamu.
Duhai Calon Isteriku…
Tahukah engkau anugerah yang akan engkau terima dari Allah di akhirat kelak? Tahukah engkau pula balasan yang akan dianugerahkan kepada isteri-isetri yang berlaku baik dan taat terhadap suami-suami mereka? Renungkanlah bahwa,
“Mereka yang berlaku adil, kelak di hari kiamat akan bertahta di singgasana yang terbuat dari cahaya. Mereka adalah orang yang berlaku adil ketika menghukum, dan adil terhadap isteri-isteri mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya.” [HR Muslim].
Ku berdoa bahwa engkaulah yang kelak akan menjadi permaisuri di istanahku tersebut, dan aku adalah yang menempati singahsana itu. Semoga engkau selalu mendampingiku dalam mendidik putra-putri kita dan bertakwa kepada Allah
"Ya Allah…
Aku tidak meminta orang yang sempurna,
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata-Mu
Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna"
Amin..
psst: sekadar perkongsian buat semua..copied from Abu Hanifah n_n
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
bilakah tiba saat ini?sudah bersediakah kita?
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
pengantinn...
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
ni baru bos "dunia", mcmmana pulak dgn bos kat "akhirat" nanti?
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
ishk3..jgn makan lahap sgt mcm baby ni..huhu
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
ishk3..jgn tiru mcm ni... ^_^
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
bulan puasa....ramai yg makan tak ingat dunia..bila dah kenyang mulalah susah nak bergerak..
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
kapankah bisa ke sini??.....hurmmm
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??
kalau nak exam semua stress...agak2nya nanti bila dpt tau tak dpt masuk syurga mcmanalah hebatnya stress kita ye?
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapatbaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
bila dunia dijunjung akhirat ditanjung.....
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
ciri-ciri wanita solehah...
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri ituberhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
handphone mcm pisau boleh guna untuk membunuh atau potong sayur..tergantung kepada tuannya
11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kitamaka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
indahnya jika menjalin ukhuwah atas sandaran kalimat laillahaillallah
Bismillahirrahmanirrahim.. segala puji bg Allah s.w.t tuhan sekali alam Tuhan yg Maha pengasih lagi Maha penyayang selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w Alhamdulillah hari ni kita masih diberikan peluang sekali lagi untuk bernafas dan menikmati segala nikmat yg tanpa henti mengalir deras dlm jasad kita seperti darah, denyutan jantung dan kerdipan mata yg berkelip tanpa henti pernahkah kita terfikir? jika Allah nak menguji kita dan mengambil salah satu nikmat ini.. apakah yg mungkin terjadi pada diri kita? Adakah Allah terlalu kejam jika berbuat begitu? bagaimana pula dgn kita? tidakkan kita lagi kejam kepadaNya.. Setelah berlimpah nikmat yg Allah berikan Beginikah caranya kita menyatakan rasa syukur dgn segala mcm nikmat yg Allah kita bukan tidak tahu tetapi saja buat2 tak tahu mengapa menzahirkan "syukur" ini dgn maksiat?kemungkaran?perbuatan keji? kenapa tidak dgn zikrullah,puji-pujian serta berbuat baik terhadap ibu bapa serta insan lain? Nikmat apa lagi yg hendak kamu dustakan? Saya tinggal anda semua dgn persoalan ini.. agar kita semua dpt berfikir sejenak tentang hakikat kehidupan dan syukur tepuk dada, tanya iman anda ^_^
Ukhuwah bagai seutas tasbih bukan ketika cinta bertasbih ye..huhu
bukan berkenaan syukur yg ingin saya kongsikan isu yg ingin saya kupas ini juga sgt penting untuk dikongsikan dan merupakan tunjang kepada sebuah ketemadunan yg harmoni menjadi tunjang kepada kebangkitan Islam "UKHUWAH Pada masyarakat Islam, persatuan dan kesatuan atau lebih sering disebut dengan ukhuwah Islamiyah merupakan sesuatu yang sangat penting dan mendasar, apalagi hal ini merupakan salah satu ukuran keimanan yang sejati. Kerana itu, ketika Nabi Saw berhijrah ke Madinah, yang pertama dilakukannya adalah Al-Muakhah, yakni mempersaudarakan sahabat dari Makkah atau muhajirin dengan sahabat yang berada di Madinah atau kaum Anshar. Ini bererti, ketika seseorang atau suatu masyarakat beriman, maka seharusnya ukhuwah Islamiyah yang didasari oleh iman menjelma dalam kehidupan sehari-hari, Allah swt. berfirman, “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” [QS Al-Hujurat (49):10]
haiwan pun pandai berbuat baik sesama sendiri..takkan manusia tak boleh?jgn kalah dgn "ukhuwah" kucing....
Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, Bak kata org2 di indonesia plak "tak kenal maka taaruf" Melalui rahmat-Nya-lah maka akan tumbuh rasa mahabbah (saling mencintai) antara sesama sehingga secara naluriah, manusia merasa saling memerlukankan antara satu dengan lainnya, sehingga terwujudlah persaudaraan.
Hadits Rasulullah Saw, “Seorang muslim dengan muslim lainnya, bagaikan bangunan yang saling mengikat dan menguatkan satu sama lainnya “
keluarga besar IMAN tahun 2008/2009..kini ada yg sudah berada di Malaysia..semoga ukhuwah ini terus terjalin..
adik-adikku yg menjadi tunjang dan bakal peneraju IMAN..semoga terus semangat kerana Allah
keluarga IMAN sekarang 2009/2010..semoga terus istiqamah semua hati2 ini di jalanNya..
barisan ikhwan IMAN yg "ganteng2"...
Sebagaimana sabda Rasulullah Saw, “Belum dikatakan beriman salah seorang diantara kamu, sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri ” (HR. Bukhari).
Prinsip dan karakteristik persaudaraan muslim telah dicontohkan oleh para sahabat Rasulullah Saw antara lain,semangat berbagi dengan saling mengutamakan dan memperhatikan sesama dan selalu siap sedia berkorban untuk meringankan beban saudaranya.
Ketika Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Anshar, seorang sahabat Anshar Sa’ad bin Rabi’ berkata kepada Abdurrahman bin’ Auf dari Muhajirin, “Saya adalah orang yang di Madinah ini, mulai saat ini saya akan membagi setengah kekayaan saya kepada anda “. Begitu luar biasa ukhuwah islamiyah yang dipraktikkan para sahabat.
Mengingat kedudukan ukhuwah islamiyah yang sedemikian sgt penting, maka memeliharanya menjadi sesuatu yang amat ditekankan. Tetapi sebelum itu ada beberapa hal yang harus kita hindari agar ukhuwah islamiyah tetap terpelihara
Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan) dan jangan pula wanita wanita-wanita mengolok-olokan wanita yang lain (karena) boleh jadi wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” [QS Al-Hujurat (49): 11-12]
Dari ayat di atas, ada enam hal yang harus kita hindari agar ukhuwah islamiyah tetap terpelihara:
PERTAMA
"memperolok-olokan" baik antara individu maupun antara kelompok, baik dengan kata-kata mahupun dengan bahasa isyarat kerana hal ini dapat menimbulkan rasa sakit hati, kemarahan dan permusuhan. Manakala kita tidak suka diolok-olok, maka janganlah kita memperolok-olok, apalagi belum tentu orang yang kita olok-olok itu lebih buruk dari diri kita
KEDUA mencaci atau menghina orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan, apatahlagi bila kalimat penghinaan itu bukan sesuatu yang benar. Manusia yang suka menghina bererti merendahkan orang lain, dan iapun akan jatuh martabatnya.
KETIGA
memanggil orang lain dengan panggilan gelar-gelar yang tidak disukai. Kekurangan secara fizikal bukanlah menjadi alasan bagi kita untuk memanggil orang lain dengan keadaan fiziknya itu. Orang yang pendek tidak mesti kita panggil si pendek, orang yang badannya gemuk tidak harus kita panggil dengan si gendot, begitulah seterusnya karena panggilan-panggilan seperti itu bukan sesuatu yang menyenangkan. Memanggil orang dengan gelar sifat yang buruk juga tidak dibolehkan meskipun sifat itu memang dimilikinya, misalnya karena si A sering berbohong, maka dipanggillah ia dengan si pembohong, padahal sekarang sifatnya justru sudah jujur tapi gelar si pembohong tetap melekat pada dirinya. Oleh sebab itu jangan panggil seseorang dengan gelar-gelar yang buruk.
KEEMPAT berburuk sangka, ini merupakan sikap yang bermula dari iri hati (hasad). Akibatnya ia berburuk sangka bila seseorang mendapatkan kenimatan atau keberhasilan. Sikap seperti harus dicegah karena akan menimbulkan sikap-sikap buruk lainnya yang mampu merosak ukhuwah islamiyah.
KELIMA
mencari-cari kesalahan orang lain, hal ini karena memang tidak ada perlunya bagi kita, mencari kesalahan diri sendiri lebih baik untuk kita lakukan agar kita bisa memperbaiki diri sendiri.
KEENAM
bergunjing dengan membicarakan keadaan orang lain yang bila ia ketahui tentu tidak menyukainya, apalagi bila hal itu menyangkut rahsia pribadi seseorang. Manakala kita mengetahui rahsia orang lain yang ia tidak suka bila hal itu diketahui orang lain, maka menjadi amanah bagi kita untuk tidak membicarakannya.
Dari uraian di atas dapat kita simpulkan bahwa ketika ukhuwah islamiyah kita dambakan perwujudannya, maka segala yang mampu merosaknya harus kita hindari. Bila ukhuwah sudah terwujud, yang merasakan manfaatnya bukan hanya sesama kaum muslimin, tapi juga umat manusia dan alam semesta, kerana Islam merupakan agama yang membawa rahmat bagi seluruh alam. Kerananya.... mewujudkan ukhuwah Islamiyah merupakan keperluan penting dalam kehidupan ini.
psst: ini sekadar teori..praktikalnya tergantung pada kita.Saya sendiri mengaku kdg2 berkata2 dan menulis lebih senang tetapi untuk aplikasikannya bila berada di medan dunia sebenar kita jadi kaku.Mari menjauhi perkara2 yg merosak ukhuwah ini, saya sendiri masih tidak terlepas dari enam perkara2 itu.Maaf kawan2 atas kelemahan dan kekhilafan diri ini.Mari buka lembaran baru dalam hidup kita dan lakukan perubahan.Salah silap mohon teguran..mari terus bersemangat demi Islam ^_^
psst2: berkenaan tajuk post ni..mesti ramai yg terkejut.Kenapa?mesti ingat saya bercinta dgn sapa plak tadi..Rasa cinta tak semestinya spesifik dari adam kepada hawa.Rasa cinta terhadap saudara seagama juga walaupun sesama adam tidak menjadikan kita "GAY".Jangan jadikan ini alasan yg menjadi salah satu perkara merosak ukuwah.Mengapa?anda tidak bangga dgn persaudaraan dlm Islam.Dgn rasa cinta kita lebih dekat antara satu sama lain dan saling bantu-membantu ibarat "tubuh yg satu",jika salah satu organ sakit,maka seluruh badan akan merasakannya..Saya tidak malu untuk mengungkapkan "aku cinta padamu sahabat-sahabatku kerana Allah".Bagaimana anda? Saya cabar anda untuk buat perkara yg sama..Ada berani??
psst3: awal muharram dah semakin dekat..7 disember ni je.Apa azam baru anda?inilah masanya jika mahu berubah..tunggu dulu??tak bersedia lagi??tak puas enjoy?kalau mcm tu bila lagi?nak tunggu malaikat maut menjemput?masa tu sia2 je..dah tak berguna..jadi ambil peluang Allah bagi ni...mari lakukan perubahan sedikit demi sedikit tetapi berterusan dan meningkat daripada berubah laju2 kemudian jatuh menjunam akhirnya..Yang baik dtg dari Allah dan yg buruk dtg dari kelemahan diri kita sendiri..Wallahualam
Selamat hari lahir buat anak buah tercinta, Mia Aqilah permata hatiku.Semoga membesr sebagai wanita solehah sehingga menjadi sehebat khadijah,aisyah,fatimah dan lain2..Doa ayah cik sentiasa mengiringi kamu..Ni tak sabar nak balik Malaysia..lambatnya bulan 2 =_=
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuannya itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-kerut dan berkedut-keduat. Badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Ayahnya menjawab : "Sebab ayah lelaki." Itulah jawapan ayahnya. Anaknya itu tergamam : "Saya tidak mengerti." Dengan berkerut apabila mendengar jawapan dari ayahnya.
Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak perempuannya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian ayahnya berkata : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik ayahnya, yang membuat anak wanita itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu , kemudian anaknya itu menghampiri Ibunya lalu bertanya kepada Ibunya : "Ibu, mengapa wajah ayah semakin hari semakin berkerut dan berkedut? Dan badannya kian hari kian membongkok? Ayah tidak mengeluhpun dengan keadaannya yang membongkok itu.
Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggung-jawab terhadap keluarga memang akan jadi begitu ." Hanya itu jawapan si ibu.
kasih ayah tak ternilai...tiada gantinya...
Anak perempuannya itupun kemudian mula dewasa, tetapi dia tetap saja kehairanan, mengapa wajah ayahnya yang tadinya tampan menjadi berkerut-kerut dan badannya menjadi bongkok ?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu kalimat sebagai jawapan rasa hairannya selama ini.
"Saat Kuciptakan lelaki, aku menjadikannya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tulang belakang dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi."
"Kuciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Kuberikan kudrat kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titis keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kebuluran, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."
"Kuberikan keperkasaan dan mental yang teguh yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya."
"Kuberikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya sentiasa berusaha membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."
"Kuberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam keadaan dan situasi apapun juga, walaupun anak-anaknya selalu melukakan perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kekuatan apabila dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.
"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang perlunya menuntut ilmu untuk bekalan masa hadapan, walaupun seringkali ditentang bahkan diperlecehkan oleh anak-anaknya."
"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyadarkan, bahawa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa Laki-laki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya bisa hidup didalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongouk-bongkok agar dapat membuktikan, bahwa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, demi kelangsungan hidup keluarganya."
"Kuberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang belakang, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terbangun anak perempuannya itu, dan segera dia berlari, bersuci, berwudhu dan melakukan solat malam hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir, ketika ayahnya berdiri anaknya itu mencium tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah."
psst: kasih ayah tiada ternilai..hargailah dan sayangi ibu dan ayah selagi mereka masih bernafas.Jangan sekali2 melukakan hati mereka..Moga kita juga bakal menjadi bapa-bapa yg baik ^_^
psst1: dalam surah al-isra menyebutkan bagaimana kita harus memperlakukan org tua kita.
“Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. Al-Israa: 23-24)
psst2: Marilah kita berdoa kepada Allah bahwa kita akan melakukan yang terbaik untuk kedua orangtua kita, untuk menghormati mereka, bersikap baik kepada mereka, membantu mereka dan menyenangkan mereka dalam cinta dan kasih sayang Allah.
“ Ya Allah! Terimalah doa kami dan jadikanlah kami sebagai hamba Mu yang patuh”
“Ya Allah! Bantulah kami agar kami dapat menjadi anak-anak yang selalu menghormati kedua orangtua kami. “
Amin.
psst3: saya sedang berusaha untuk memperbaiki penulisan dan sedang cuba sedaya upaya untuk selalu update artikel kat blog ini.Tak mahu jadikan sibuk sebagai alasan.Rasulullah sendiri yg lebih super sibuk juga masih mampu untuk mengencarkan dakwah, berniaga,memimpin keluarga dan buat mcm2 lagi sekaligus.Inikan pula saya yg sekerdil ini.Mari kita ikuti sebaik2 teladan ini.Moga Allah permudahkan..
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2)Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayangsehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3)Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4)Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'.Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5)Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a-Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
psst: sumber dari www.zaharudin.net...
psst1: facebook ibarat pisau..ianya mampu dijadikan alat untuk membunuh dan juga mampu dijadikan alat untuk membuat kebaikan seperti memotong sayur n daging.Ianya terpulang kepada kita iaitu manusia untuk menggunakannya ke arah yg mana..Kebaikan atau keburukan??tepuk dada tanya Iman.
psst2: terfikir untuk deactivate facebook...masih berkira2 lagi.Sedang mempertimbangkan keburukan n kebaikannya.Jika keburukannya melebihi kebaikan kenapa teragak2 lagi?Mari tinggalkan apa yg meragukan itu..wallahualam.
psst3: pernah menyaksikan sendiri seorg hamba Allah marah2 kerana gambar lama2nya semasa tidak menutup aurat yg diupload sendiri di FB yg telah didelete setelah sekian lama diupload kembali oleh kwn2 secara tak sengaja.Beliau kini yg sudah berpenampilan muslimah agak terkilan. Facebook sebenarnya lebih bnyak memberi masalah kpd para muslimah berbanding muslimim.Bila sudah jadi mcm ni, menyesal pon tak guna.Jadi pengajarannya, tak payahlah nak upload gambar posing sana sini, nak tunjuk kat sapa? cukuplah simpan gambar tu semua nanti tunjuk kat bakal suami jelah nanti ye.Settle problem.. ^_^
banner yg digubah secara kreatif dan kritis oleh biro informasi..syukran atas usaha kalian semua
ketika acara makan2 waktu malam..syukran kepada biro masakan atas lauk2 yg sangat lazat..
kambing yg trpilih..alhamdulillah tahun ni dpt 3 ekor sapi dan 3 ekor kambing
ketika penyembelihan dilakukan....
kasih sayang terakhir kepada lembu...huhu
assalamualaikum w.b.t
Rasanya belum terlambat untuk ucapkan "selamat hari raya aidiladha' buat semua saya nak kupas sedikit tentang hari kebesaran yg kita sambut ini adakah ianya sekadar suatu hari yg dimana kita bercuti dan menjamu mata sahaja dgn melihat penyembelihan haiwan2 dilakukan ataupun mungkin hari di mana kita menjamu jasmani dgn juadah semata2 mudah sekali jawapannya.. sudah tentu tidak..
..Aidil Adha.. inilah hari di mana kita kembali memperingati sejarah perjuangan sang kekasih Allah Nabi Ibrahim dan putranya Ismail dlm menyebarkan dakwah tauhid di tgh2 manusia yg mempertuhankan selain dari Allah Inilah kisah yg akan selalu mengharubirukan perasaan kita saat menyemak kembali dlm al-Quran Surah As-Saffat (37: 100-111)
37-100: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Kurniakanlah kepadaku daripada (keturunan) orang yang salih.”
37-101: Maka Kami (Allah) berikannya khabar gembira dengan seorang anak yang penyantun.
37-102: Maka tatkala anak itu sampai (umur) berusaha bersama-samanya (Ibrahim), dia berkata: "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam tidurku (mimpi) bahawa aku menyembelih engkau. Maka fikirkanlah, apa pendapatmu!" Dia (anaknya) menjawab: "Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada engkau, Insya’llah engkau akan mendapati aku termasuk orang yang sabar."
37-103: Tatkala kedua-duanya telah aslim (berserah diri), dan dia (Ibrahim) membaringkan (anak)nya atas kening(nya).
37-104: Dan Kami (Allah) panggillah dia: "Wahai Ibrahim!”
37-105: “Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu." Sesungguhnya demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kepada orang muhsinin (yang berbuat baik).
37-106: Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
37-107: Dan Kami (Allah) tebus (ganti) dia (anak itu) dengan (seekor) sembelihan yang besar.
37-108: Kami (Allah) tinggalkan atasnya (Ibrahim) pada orang yang datang kemudian.
37-109: Salam atas Ibrahim.
37-110: Demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kepada orang muhsinin (yang berbuat baik).
37-111: Sesungguhnya dia (Ibrahim) termasuk hamba-hamba Kami (Allah) yang beriman.
inilah kisah ketaatan dan kepatuhan dua orang hamba kepada Sang Khaliq yg akan selalu dikenang di sepanjang sejarah ketamadunan manusia yg selanjutnya akan memberi kita "energy" cinta dan pengorbanan saat menjejak perjalanan sang nabi,isterinya Siti Hajar dan Ismail dlm ritual haji
"tidak ada cinta tanpa pengorbanan" "tiada pengorbanan tanpa rasa cinta kerana perasaan rela berkorbanlah maka perasaan menjadi sangat berharga"
kerana perasaan cinta inilah kasih Ibrahim terhadap Ismail yg telah ditunggu sekian lama dikorbankan demi cinta yg lebih utama.. Cinta pada sang Khaliq.. Subhanallah.. Kerana perasaan cinta inilah kesedihan dan kepentingan diri diletakkan ke sisi saat menerima perintah untuk meninggalkan dua permata berharga iaitu Siti Hajar dan Ismail yg masih menyusu di tgh2 padang pasir yg gersang.. Kerana cinta inilah juga ketabahan dicengkam dgn tidak membelakangi cinta pada Ya Rabb Mari contohi nabi Ibrahim adakah selama ini kita meletakkan cinta kita di tempat yg sepatutnya? adakah ianya bersinar dalam keimanan seperti Ibrahim atau kelam dalam sirna kemaksiatan dan kesongsangan dunia?
"Cinta bukanlah nafsu ingin memiliki cinta bukanlah kegelisahan cinta bukanlah meminta cinta bukanlah kesusahan tetapi cinta adalah pengorbanan cinta adalah memberi cinta adalah sedekah cinta adalah ketenangan cinta bukan sekadar kata cinta adalah bukti aksi nyata"
apakah pula bukti cinta kita kepada Allah.. kerana cinta perlukan aksi bukti yg nyata... cinta perlu memberi.. cinta bukan sekadar menerima apa yg sudah kita beri kepadaNya sebagai balasan atas nikmat yg kita terima dosa??maksiat??kefasikan?kecurangan? ataupun sedekah,pahala jariah,amal kebajikan? jika ini alhamdulillah... ^_^
psst: Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un..sehari selepas Hari Raya Aidil Adha mendapat panggilan telefon dari Malaysia.Abg saudara yg baru berumur 27 tahun yg membesar bersama2 dari kecil telah kembali ke rahmatullah pukul 1.30pagi.Taksangka raya aidil fitri kelmarin mnjadi titik pertemuan terakhir buat kami.Arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 org anak yg masih kecil.Semoga isteri arwah bersabar atas ujianNya.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaMu yg soleh..Masa beliau telah tiba,bila pula tibanya giliran kita?sudah bersediakah kita?~al-Fatihah
psst1: sangat terkesan dgn beberapa kematian org2 terdekat beberapa ketika ini.Sepanjang berada di sini sudah 4-5 orang saudara mara pergi menyambut seruan ilahi.Maaf kerana tidak dapat pulang..Saya panjatkan doa dan sekalung yassin untuk anda semua..Mungkin ini adalah peringatan buat kita yg masih hidup untuk memperbaiki diri.Bila lagi mahu berubah?Adakah sehingga kematian sudah menjemput baru ingin berubah??harap maaf kerana kematian tiada postpone...sudah tiada guna jika malaikat sudah dtg menjemput..sama2lah ambil iktibar..
psst2: penat betul terpaksa pakai topeng "ceria" ni sedangkan hanya Allah tahu apa yg tersirat dlm hati..
psst3: alhamdulillah..berpeluang dan berjaya menyembelih sendiri seekor kambing dgn tangan sendiri..sebelum ni tahu teori je tapi alhamdulillah allah bg peluang untuk buat praktikal..Sekalung penghargaan dan terima kasih juga buat semua yg membantu menjayakan program Quban pada tahun ni.Maaf atas salah silap dalam mengetuai program pada tahun ini..yang baik semuanya dtg dari keizinan Allah dan yg buruk dtgnya dari kelemahan diri saya sendiri.Marilah sama2 kita Buktikan Cinta kita kepada Sang Pencipta..Moga qurban kali ni membawa erti dan makna tersendiri dalam mencorak perjalanan hidup kita untuk mencari redhaNya.