Author: haikal ambri
•06.06




"Orang yang banyak ketawa itu, kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menghormatinya. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya terjaga." (Umar Al-Khattab r.a)





"Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia." - Saifulislam





Psst: Kita bagaimana? Ada yang kata ketawa itu awet muda, tapi kita tak akan muda selamanya. Kematian akan datang bila-bila masa saja. (Asyik-asyik mati... mati.. mati... kata kawan saya...) Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin jugak malam ini kita akan mati. Siapa tahu, kan?




Cuba bayangkan malam ini kita tidur kekenyangan tanpa sempat berdoa dan mengucap. Esoknya kita tak bangun lagi. Sedar-sedar kita berada di alam sempit dan terhimpit. Di ikat kemas dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, tertimbus oleh tanah.




Mungkin tangisan masa tu tak lagi mengeluarkan airmata. Suara juga telah hilang. Tangisan yg dulunya murah, mudah mengalir walaupun sekadar menonton drama Korea kini telah tiada. Suara yg dulu digunakan untuk bergelak ketawa dan bercerita, kini tak kedengaran lagi. Semua dah tak ada lagi.




Merenung kata-kata di atas, memang telah membuatkan saya menilai kembali diri saya. Sikap saya bila bercakap dan berbicara, bercerita dan berjenaka. Bagaimana diri saya bila berada dalam keadaan suka dan gembira, duka dan menderita... Segalanya.





Saya mungkin berbeza dengan apa yang saya tulis. Mungkin juga sama. Yang pasti saya tak sempurna. Walaupun itu yang saya harapkan, yang saya mahukan, saya tahu saya banyak sekali 'kecacatan' dan kekurangan. Apa yang mampu, saya sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Lebih matang seiring dengan hayat yang semakin berkurang.




Semua orang tahu dan sedar bahawa masa yg berlalu tak mampu diputar kembali, semua orang tahu bahawa hidup hanya sekali dan tak akan berulang lagi, tapi kenapa masih tegar untuk berubah?




Apa pilihan kita? Apa pilihan saya? Masih mahu menyintai dunia sehingga lupa akhirat yang harus dijadikan matlamat utama, atau mahu bertaubat sebelum terlambat?






Moga Allah memudahkan laluan saya untuk menjadi diri yang saya mahu jadi. HambaNya yang punya keupayaan untuk ceria bila bersama teman dan keluarga, dan menangis, merayu, meratap hiba bila berbicara dengan Al-Khaliq, Yang Maha Pencipta.




"Ya Allah, perbaikilah perlakuanku dan amalanku. Jauhi daku dari segala keburukan yang ada pada diri dan juga pada ciptaanMu yang lain. Aku mohon padaMu ya Allah, lindungilah daku dari cinta dunia yang melalaikan...."
|
This entry was posted on 06.06 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comment:

On 23 Apr 2009, 22.21.00 , duha mengatakan...

erm..harapan kepada sesuatu yg baik itu adalah bagus..

manusia mmg sering leka..walaupun dah banyak kali diperingatkan..kita takkan terlepas dr 'lupa' dan alpa..tapi, kene sentiase perbaiki diri n minta ampun padaNya..

dia Maha pemaaf,Maha mengetahui apa yg terbuku dlm dada kita..insyaAllah~

chaiyok!! jgn down..kwn anda ramai :D heheh

 
On 3 Mei 2009, 00.32.00 , Saya Bukan Kawan Anda mengatakan...

betul ke kawan anda ramai?