Author: haikal ambri
•23.51


Syukran saya ucapkan kepada sahabat blogger saudari insalina kerana sudi memberi award ni pada blog saya yg tak seberapa ni.Sama2lah kita terus mekar berkarya di jalan Islam.Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yg buruk datang dari kesilapan saya sendiri.Teruskanlah bertandang ke blog saya dan jgn lupa tinggalkan komen dan cadangan untuk perbaikan penulisan saya untuk di masa akan datang.Insyaallah :)
Author: haikal ambri
•15.18


SRK Assunta 2 ditutup seminggu


KUALA LUMPUR: Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2, Petaling Jaya, menjadi sekolah kedua diarah tutup selama seminggu bermula semalam selepas seorang lagi muridnya dijangkiti virus influenza A (H1N1).

Tiga sekolah lagi � Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Batu 9 Cheras; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 Shah Alam; SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, � diarah menutup satu kelas mulai semalam hingga Jumaat, manakala satu kelas SM Wangsa Maju diarah tutup sehingga Khamis ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata SRK Assunta 2 diarah tutup apabila seorang murid perempuan berusia 11 tahun disahkan positif H1N1 semalam, apabila mendapat jangkitan itu daripada murid sekolah berkenaan yang baru pulang dari Melbourne.


Wanita mangsa maut pertama selesema H1N1


MANILA: Seorang wanita Filipina berusia 49 tahun menjadi mangsa maut pertama penyakit selesema H1N1 di negara itu dan Asia dengan jumlah mereka yang dijangkiti terus meningkat di seluruh rantau ini.

Kematian itu yang secara rasmi dilaporkan sebagai akibat kegagalan jantung, menandakan kes maut yang kedua di rantau Asia Pasifik dikaitkan dengan selesema babi, selepas seorang lelaki di Australia maut Jumaat lalu.

Setiausaha Kesihatan Filipina Francisco Duque III berkata penyakit kronik jantung wanita itu diburukkan akibat radang paru-paru. Mangsa mula menunjukkan tanda mendapat selesema seperti batuk kering, demam, kesejukan dan sukar bernafas dua hari sebelum kematiannya Jumaat lalu.


Satu calitan tetak mendedahkan mangsa turut dijangkiti virus selesema H1N1.

Duque berkata pihak berkuasa kesihatan tidak dapat membuat kesimpulan kematian disebabkan virus H1N1.

Yolanda Oliveros, pengarah jabatan kesihatan bagi kawalan penyakit memberitahu media, wanita itu juga mempunyai penyakit hati.

Filipina melaporkan 17 lagi kes selesema H1N1 semalam, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 445 walaupun 84 peratus sudah pulih.

Pihak berkuasa Australia kelmarin berkata lelaki berusia 26 tahun yang maut di bandar selatan Adelaide ‘disyaki’ maut akibat selesema H1N1. Walaupun lelaki itu disahkan positif menghidap virus, pihak berkuasa ragu-ragu ia menyebabkan kematiannya kerana mangsa turut menghidap penyakit kronik lain.

Di selatan China, pihak berkuasa menutup sebuah sekolah rendah selepas 30 pelajarnya jatuh sakit akibat selesema H1N1, lapor media tempatan.

Pelajar dari Sekolah Rendah Bandar Shipai di bandar Dongguan di wilayah Guangdong dilaporkan dalam keadaan stabil oleh kerana penyakit mereka agak ringan, lapor agensi Xinhua lewat kelmarin. - AP



nota rasa 1: kawan2 semua sama2lah kita doakan kesejahteraan bumi Malaysia tercinta.Saya sgt takut setiap kali membaca berita mengenai musibah yg menimpa negara ni.

nota rasa 2: tak semestinya kita duduk jauh dari Malaysia( jauhlah sgt :p) kita tak perlu ambil tau..ingatlah bahawa di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung..berbaktilah kepada negara selagi termampu

nota rasa 3:perkara begini memberi impak sedikit sebanyak kepada student overseas yg ingin pulang ke Malaysia.Ada sumber yg mengatakan bahawa jika dilihat ada penumpang yg menunjukkan gejala selsema dan tanda2 influenza, mereka tidak akan dibenarkan menaiki pesawat dan akan segera dihantar ke hospital untuk ujian lanjut untuk screen H1N1..minta2 dijauhkan..

nota rasa 4: semoga Allah permudahkan..dan melindungi kita di bawah payung rahmatnya..amin


Author: haikal ambri
•01.23


bayu segar berhembus lembut
menerpa dan memenuhi rongga rasa
kelihatan dedaun rambai dihadapan sebuah rumah putih yg tersergam indah
melambai2 seolah menyambut kedatanganku
kelihatan beberapa ekor burung terbang riang sedondon
mentari hari tu menyebarkan kilauannya tanpa ku rasa bahangnya sedikit pun
deru angin yg menghembus bergeser2 antara zarah2 sehingga
tergetarnya alunan muzik alam yg menjadi halwa telingaku




Alam seperti berkata2 dgn aku..
hatiku berasa sgt girang seolah2 satu perasaan yg tak pernah ku alami
beberapa ketika ku terlihat seorang wanita yg berwajah lembut
mewujudkan diri di hadapan beranda rumah itu
wajahnya samar2 dan
hatiku tertanya2 siapakah wanita itu
ditangannya ada semangkuk bekas penuh berisi air
lalu dgn lemah gemalai dihayunnya air itu
ke arah pohon2 bunga yg tersusun di hadapannya
aku seolah2 dapat merasakan nikmat kesegaran dari siraman air itu


langkahku terhenti
aku memerhati dgn tajam dari jauh
aku cuba mengamati wajah itu dgn tekun
dgn tiba-tiba pandangannya teralih ke arahku
matanya yg bercahaya
seolah2 mendamba sesuatu
diukirnya senyuman paling indah yg tak pernah ku lihat
seolah2 penantiannya selama ni tercapai
dengan kehadiranku


disampingnya kulihat sepasang tangan sasa
yg merenung aku dgn penuh kasih sayang
tangan itu memegang erat wanita tadi dengan penuh rasa cinta
rasa sayu tiba2 menjengah di lubuk hati..
aku menambah hayunan langkahku..
untuk menghampiri mereka
siapakah mereka??
aku seolah2 tidak dapat berfikir
fikiranku terganggu
tetapi yg amat aku pasti aku sgt mengenali mereka..
Ya Allah..apa yg terjadi kepadaku..
aku mengeluh dalam benak fikiran
aku yg berada beberapa meter dari rumah indah itu terhenti
langkahku seolah2 tertahan oleh sesuatu yg tak dapat ku lawan
kenapa?dan mengapa??



aku cuba melawan..
naluriku kuat merasakan untuk berada dalam dakapan mereka
dengan tiba2 kurasakan seolah2 aku semakin jauh..
walaupun aku tidak mengorak langkah sedikit pun..
seolah2 satu kuasa kuat menarikku pergi..
aku memberontak dalam hati..
"tidak.."
namun aku tak berdaya..
ternyata kuasa itu menginkan aku pergi dari situ
dgn tiba2 aku tersentak dan tersedar..


astaghfirullahalazim..
aku tersedar dari lamunan..
aku masih berada di atas katil di Jatinangor..
pantas ku terpa jam yg berada di atas meja study
Ya Allah...sudah 3.14 ptg..
asar sudah menjelmakan diri..
tanpa aku sedar..dgn tiba2 pipiku basah dgn air..
aku terfikir...apakah tanda air mata ini??
air mata sedih atau gembira??
aku sendiri tak dapat mengetahuinya..
mungkin itu semua petunjuk Allah..


dua wajah yg takkan luput dari ingatan..



kerinduan ini yg membawa aku ke dimensi itu..
mungkin belum tiba masanya..
sabar Haikal Ambri..pujuk hatiku
selesaikan dulu urusanmu di sini..
banggakan mereka dan pulanglah dgn kejayaan
itu sahaja hadiah dan balasan kepada penat lelah mereka..
bangkit saja dari katil..
aku mendapat semangat baru..
semangat yg ku dapat dari dua jiwa suci
yg sgt berjasa dalam hidupku



Alhamdulillah..
di saat semangatku hampir pudar
kau dtgkan aku semangat baru..
aku bersyukur dilahirkan sebagai anak kepada bonda dan ayahandaku..
aku sgt sayangkan mereka
aku akan berbakti kepada mereka selagiku bernafas
dan nyawa dikandung badan
Ya Allah..
panjangkanlah umur mereka dan rahmatilah mereka selalu agar mereka
sentiasa berada di bawah lembayung rahmatmu
amin.

nota rasa 1:
inilah akibatnya kalau terlebih tidur lepas OSCE.Sampai asar masuk pun tak sedar..heheh

nota rasa 2:
ini sekadar perkongsian dan luahan rasa saya.Hargailah ibu bapa kita selagi mereka bernafas di dunia ini.Jgn hampakan mereka.

nota rasa 3:
dah lama rasanya tak balik malaysia sampai terbawa2 dalam mimpi.Haish..tak sabar nk jumpa keluarga dan sahabat handai..

nota rasa 4:
gud luck kepada sahabat2 ku untuk OSCE.Semoga result anda gempak2 semuanya..dan teruskan perjuangan untuk BHP esok..gambateh!




|
Author: haikal ambri
•03.00




A : Apa matlamat hidup kau?



B : Matlamat hidup? Aku sekarang ni hidup demi anak-anak. Mereka perlukan aku.



A : Kau?




C : Aku nak balas budi mak ayah aku. Nak beri kesenangan pada mereka. Dah lama mereka susah.



A : Bagaimana dengan kau?



D : Aku nak capai kejayaan dalam karier aku. Nak buktikan yang bangsa kita juga boleh maju. Nak sumbangkan sesuatu untuk negara.



A : Ok. Kau pulak?



E : Entah. Aku hidup dengan seadanya. Selagi bernafas, selagi itu aku akan berusaha capai yang terbaik. Aku lebih suka ikut arus. Kita mana tahu apa yang ada di masa depan, kan?




A : Ye ke tak tahu? Aku ingat semua orang tahu apa yang akan berlaku dimasa depan.




C : Mana ada ahli nujum yang mampu meramal segalanya. Kalau yang diramal itu berlaku, itu hanya kebetulan saja.




D : Betul. Aku setuju.




E : Kau sibuk tanya orang, bagamana dengan matlamat hidup kau?




A : Matlamat aku adalah pengakhiran hidup aku.



B : Tak faham. Apa maksud kau?



A : Sedar atau tidak, distinasi kita satu. Matlamat kita sepatutnya sama.



Semua terdiam.



A : Yang hidup akan mati. Itu pasti. Penghujung satu kehidupan adalah kematian. Bukankah itu sebenarnya yang patut dilabelkan sebagai distinasi? Pengakhiran untuk semua usaha untuk mencapai matlamat lain yang hanya bersifat duniawi. Jadi matlamat kita seharusnya bersedia menuju kematian.



B : Maksud kau kita kena beribadat dan lupakan dunia?



A : Bukan sampai lupakan dunia. Tapi kita kena jadikan dunia sebagai jejantas selamat untuk kita menuju kematian, agar syurga mampu kita sentuh tanpa luka dari dosa akibat kelalaian kita pada tuntutan agama.








Nota : Intipati diambil dari tazkirah. Entah kenapa tiba-tiba saya teringat kata-kata seseorang yang mengibaratkan dunia ini sebagai titian Siratul Mustaqim. Apa yang dibuat didunia ini, adalah gambaran perjalanan kita menuju ke syurga. Mahu merangkak, berjalan atau berlari, sebenarnya kita yang memilih.Apapun yang saya pilih, saya tak mahu rasa lelah.
Anda bagaimana?'Ya Allah... bantu daku ya Tuhan!'


psst: ini saja yg dapat saya kongsikan buat masa sekarang dari nukilan rasa saya..sebenarnya post ni dah lama terperap dalam draft..tak berkesempatan nak di post..
Doakan kejayaan saya untuk final exam ni yg bermula 3 jun..
Kepada kawan2 saya di Malaysia..tak sabar untuk berjumpa anda semua..Insyaallah nanti kita jumpa lepas final exam ni :)
Author: haikal ambri
•21.20



Rasulullah saw telah bersabda, "Pandangan itu panah diantara panah-panah iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, akan diberi iman yang dapat dirasakan hatinya."




Pernah ditanya kepada Platon, "Manakah diantara keduanya yang lebih membahayakan hati? Pendengaran atau penglihatan?" Dia menjawab, "Bagi hati, keduanya ibarat dua sayap burung yang tidak boleh naik mahupun turun tanpa salah satu darinya. Jika sayap itu kuat, mampulah dia terbang tinggi, tetapi jika salah satunya dipotong, tentulah dapat melemahkan yang lainnya."






Telah berkata Ali bin Abi Talib ra, "Mata itu perangkap syaitan. Melahap seluruh anggota dengan cepat. Jika nafsunya menyuruh anggota untuk taat kepada Tuhannya, sampailah angan-angannya. Namun jika anggota badan memperturutkan nafsu mendapatkan kelazatannya, sungguh rosaklah amalnya."



mata haiwan yg tiada noda....




Menjaga penglihatan dan pendengaran begitu penting untuk memelihara peribadi. Kata orang 'dari mata turun ke hati' tapi sebenarnya bukan itu saja yang perlu dijaga tapi telinga juga. Mungkin perlu dicipta satu pepatah baru, 'dari telinga turun ke jiwa' (ish... tak sedaplah, memang tak sesuai langsung tapi tak kisahlah), kerana manisnya kata yang dihalwakan ke telinga mungkin akan membuatkan jiwa yang lemah semakin lemah dan mudah tergoda.

melihat melalui naluri..





Hakikat manusia yang penuh dengan kelemahan, punya keinginan dan nafsu yang terkadang mengatasi pertimbangan akal. Apa yang terhidang dimata dan telinga mungkin menghilangkan kewarasan yang cuba dipelihara. Tapi kita ada Allah yang sentiasa ada untuk menjaga kita, sentiasa bersedia untuk kita bergantung kepadaNya, lalu mintalah pertolonganNya.



pandangan kambing....hehe(teringat plak seorang teman ni yg memang suka sangat kambing) jgn marah cik dudu...

Kita harus berusaha untuk menghidangkan minda kita dengan ilmu yang mampu menyelamatkan kita dari terpedaya. Sentiasa percaya bahawa tetap ada cara untuk kita menjauhi keburukan dunia jika kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segala tipudaya syaitan yang menyesatkan.


cubalah menikmati saujananya alam ciptaan tuhan ini dgn pandangan hati...


"Ya Allah, Ya Samii' Ya Allah Ya Basir, peliharalah penglihatan dan pendengaranku daripada menjadi alat untuk syaitan mempengaruhi dan melemahkanku. Aku lemah tanpa pertolonganMu, lalu bantulah aku Ya Tuhan.


Ya Allah, hiasilah mataku hanya dengan airmata kekesalan terhadap segala dosa yang pernah aku lakukan, hidangkanlah telingaku dengan bacaan puji-pujian terhadapMu dan juga suara dari kalam yang Kau turunkan, semoga dengan itu terjagalah hatiku dari segala pengaruh kemaksiatan yang hanya akan membawa aku jauh dari rahmatMu. Bantulah aku Ya Allah, ampuni daku ya Tuhan. Amin."
Author: haikal ambri
•21.20


Tertarik dengan entry dalam satu blog yg saya baca tentang merokok, saya ingin memetik satu jawapan ringkas bila ditanya kenapa merokok.


"Best... Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa."


Saya lebih suka mentafsirkan kata-kata itu sebagai 'merokok membuatkan seseorang itu kehilangan perasaan (feel) atau deria rasa.' Bukan nikmat namanya kalau tak boleh menjelaskan kenikmatan itu!


Saya pernah berjumpa dgn ramai perokok. Saya memang bukan jenis yg suka bertanya walaupun nak tahu, apatah lagi kalau ianya soalan yg mungkin menaikkan kemarahan...kadang2 je kalu rasa nak tnya baru saya tnya.Mungkin itu kebaikan dan mungkin juga keburukan saya.


Tapi saya suka membayangkan jawapan yang diberikan jika ditanya kepada individu tertentu yang merokok.


Doktor : Saya merokok sebab tekanan kerja. Pesakit banyak sangat bercerita tentang masalah mereka. Masalah saya, sapa nak dengar. Lagipun saya sibuk sehingga tak ada masa untuk diri sendiri. Merokok adalah masa untuk diri.


Ustaz : Saya ni manusia biasa. Ada masalah jugak. Merokok sekadar suka-suka je, bukan bermaksud apa-apa, bukan niat nak mempengaruhi sapa-sapa.


Guru/Ibubapa : Saya beli rokok dengan duit sendiri aper. Kenapa sibuk nak menyoal? Kalau tahu asap rokok tak elok, pegi duduk jauh-jauh. Kalau tahu merokok tak baik, jangan le ikut.


Itu mungkin jawapan daripada orang-orang yang dirasakan paling patut menjauhi rokok kerana mereka adalah role model dalam masyarakat kita. Apa jawapan dari golongan profesional atau yang biasa-biasa? Apa pula alasan mereka?


Penulis : Saya merokok untuk mendapatkan idea. Bila otak rasa beku je, merokok boleh mencairkan idea dan dengan itu saya lebih mudah menulis.


Engineer / Arkitek : Beban kerja banyak. Masalah duit, diri dan keluarga.


Buruh / Tukang kebun : Letih buat kerja buruh ni. Merokok sebab nak rehat.


Pelajar IPT : Banyak assignment! Tension!


Pelajar sekolah : Saja nak try. Best je tengok orang merokok ni...I


tu hanya sebahagian dari jawapan yang akan diberikan jika ditanya kenapa mereka merokok. Mungkin ada banyak lagi jawapan yang saya lebih suka mengkategorikan semua jawapan itu sebagai alasan.


Apa sekalipun alasan yang diberikan, tapi kenapa rokok yang dipilih? Bukankah kita ada Allah untuk mengadu dan merintih? Bukankah Dia sentiasa ada untuk kita menagih bantuan meringankan beban?


Merokok bukan saja merosakkan kesihatan sendiri, tapi juga kesihatan keluarga tersayang atau teman terdekat. Kejamkah kalau perokok dikatakan pembunuh? Bukankah hanya mereka yang tidak berperasaan sahaja yang sanggup menjadi pembunuh...? Lalu salahkan tafsiran saya tentang jawapan yang diberikan oleh salah seorang perokok diluar sana?


Bagi saya merokok adalah satu tindakan yang boleh dikatakan membunuh diri sendiri dan orang lain. Antara penyebab kematian yang boleh dielakkan.


Memang semua orang akan mati tak kira perokok atau tidak. Terdedah kepada asap rokok meningkatkan lagi risiko kematian. Tapi adakah orang yang merokok itu ingat tentang mati? Mengingati mati adalah satu cara untuk mengubati hati sepertimana sabda Rasulullah. Tapi adakah ia membuatkan perokok lagi kuat beribadat? Lalu dimana kebaikan merokok? Tak ada!!..


Malah rokok mungkin menjadikan hati seseorang tu keras sehingga tak mempedulikan nilai dan nikmat kesihatan yang Allah berikan. Tanpa sedar mereka menjadi insan yang tidak prihatin terhadap orang lain. Boleh juga dikatakan perokok tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan sehingga melakukan pembaziran setiap kali asap dihembuskan.

Bayangkan.... Nilai rokok itu boleh membeli makanan untuk si fakir yang kelaparan, boleh mengubah masa depan bila ia digunakan untuk menjelaskan yuran peperiksaan, boleh menyembuhkan sakit ibu yang malang yang mungkin sedang menahan kesakitan.

Kerana sayang, prihatin dan simpati... saya ingin sekali menyeru kepada perokok hentikanlah tabiat yang tak elok itu. Kuatkanlah azam untuk mengubah diri. Kepada yang mengenali perokok, berikanlah galakan pada mereka agar berhenti merokok.

Mungkin tulisan saya tak begitu bernas sebab tak ada fakta dan data ttg keburukan merokok dan pandangan merokok dalam Islam.Semoga dengan maklumat yang diberikan, akan tercetus keinginan untuk berhenti merokok. Bacalah walaupun tak suka kerana yang pahit itu banyak baiknya.

Saya pernah terbaca tentang khasiat Asma Ul-Husna dalam usaha penyembuhan penyakit. Dan antara yang menarik, ialah beramal dengan Asma Allah Al-Khabiir. Masalah ketagihan kepada sesuatu bukan senang untuk disembuhkan. Mengamalkan nama Allah yang ini amat disarankan kerana ia juga merupakan satu kaedah rawatan pemulihan. Bukan itu saja, ia juga boleh mencerdaskan minda bagi sesiapa yang masih belajar.





psst:Kalau kempen kerajaan tak menjadi, biarlah kita kempen sesama sendiri. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.... lalu, apa pilihan anda?Maaf kalu ader yg terguris dgn artikel ini..ini sekadar coretan rasa saya.Sama2 lah kita ingat mengingati..
Author: haikal ambri
•06.06




"Orang yang banyak ketawa itu, kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menghormatinya. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya terjaga." (Umar Al-Khattab r.a)





"Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia." - Saifulislam





Psst: Kita bagaimana? Ada yang kata ketawa itu awet muda, tapi kita tak akan muda selamanya. Kematian akan datang bila-bila masa saja. (Asyik-asyik mati... mati.. mati... kata kawan saya...) Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin jugak malam ini kita akan mati. Siapa tahu, kan?




Cuba bayangkan malam ini kita tidur kekenyangan tanpa sempat berdoa dan mengucap. Esoknya kita tak bangun lagi. Sedar-sedar kita berada di alam sempit dan terhimpit. Di ikat kemas dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, tertimbus oleh tanah.




Mungkin tangisan masa tu tak lagi mengeluarkan airmata. Suara juga telah hilang. Tangisan yg dulunya murah, mudah mengalir walaupun sekadar menonton drama Korea kini telah tiada. Suara yg dulu digunakan untuk bergelak ketawa dan bercerita, kini tak kedengaran lagi. Semua dah tak ada lagi.




Merenung kata-kata di atas, memang telah membuatkan saya menilai kembali diri saya. Sikap saya bila bercakap dan berbicara, bercerita dan berjenaka. Bagaimana diri saya bila berada dalam keadaan suka dan gembira, duka dan menderita... Segalanya.





Saya mungkin berbeza dengan apa yang saya tulis. Mungkin juga sama. Yang pasti saya tak sempurna. Walaupun itu yang saya harapkan, yang saya mahukan, saya tahu saya banyak sekali 'kecacatan' dan kekurangan. Apa yang mampu, saya sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Lebih matang seiring dengan hayat yang semakin berkurang.




Semua orang tahu dan sedar bahawa masa yg berlalu tak mampu diputar kembali, semua orang tahu bahawa hidup hanya sekali dan tak akan berulang lagi, tapi kenapa masih tegar untuk berubah?




Apa pilihan kita? Apa pilihan saya? Masih mahu menyintai dunia sehingga lupa akhirat yang harus dijadikan matlamat utama, atau mahu bertaubat sebelum terlambat?






Moga Allah memudahkan laluan saya untuk menjadi diri yang saya mahu jadi. HambaNya yang punya keupayaan untuk ceria bila bersama teman dan keluarga, dan menangis, merayu, meratap hiba bila berbicara dengan Al-Khaliq, Yang Maha Pencipta.




"Ya Allah, perbaikilah perlakuanku dan amalanku. Jauhi daku dari segala keburukan yang ada pada diri dan juga pada ciptaanMu yang lain. Aku mohon padaMu ya Allah, lindungilah daku dari cinta dunia yang melalaikan...."