Author: haikal ambri
•00.32


aKu aNaK LauT..



Badai menghempas menyulam duka
dalam benak hati yg sentiasa rindu akan belaiNya
rindu yg takkan pudar walau dipanah sepi masa
walau dinoda gerimis dunia
walau diinjak riak suasana
alhamdulillah
hati ini masih bercambah akar kudus cahaya
masih berpaksi pada tauhidnya
berbunga mekar syahadahnya yg masih setia pada
ahad...ahad..ahad..

hidup umpama layarnya sebuah bahtera
tetapi aku bukan nakhodanya
bukan juga pembantunya
aku hanya kelasi kelas bawahan
yg masih kurang ilmu kelautan
tapi masih setia pada jalanNya
jalan yg satu
setiap pahit rakus badai telah aku telan
setiap dendam kesumat guruh aku hadamkan
setiap awan hitam yg berlalu aku tempis
bagai gerimis syahdu yg akhirnya
membuahkan bunga ketenangan
dari akar tulus kejora iman

kadang2 aku lemas dalam kebiruan laut ini
puas aku terkapai mencari tempat berpaut
sering aku tertanya di manakah sinar mentari
sering juga aku tenggelam dan timbul kembali
namun aku cuba gagahkan diri
berpegang pada tiang tekad
bersandar pada panji2 hikmat
berpijak pada lantai hakikat
bahawa aku hanya seorang hamba
yg hanya meminjam nikmat
yg hanya menadah berkat
untuk ubati onak kesumat

sesungguhnya aku sedar
aku hanya anak laut
yang masih kurang ilmu kelautan
namun aku takkan berputus asa
badai raksasa ini akan aku duga
walau seganas mana pun onak nodanya
kerna sudah menjadi kewajiban aku untuk menuntut
agar aku tidak takut
untuk tidak jadi kedekut
dalam mencari keredhaanmu..





Author: haikal ambri
•20.23

nota 1: saja je post untuk perkongsian bersama

nota 2: rasa mcm berkurun je tak buka blog ni..dah berhabuk jadinya

nota 3: sama2 kita bermuhasabah diri..nilai diri kita sebenarnya berada di golongan mana.pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita..cepat bertaubat..jgn tangguh..nanti lupa =)