Author: haikal ambri
•23.04
~Allah selamatkan aku,Allah selamatkan aku,Allah selamatkan aku dari prank diaorang...hahahah..allah selamatkan aku..(weh korang..tak baik prank orang tau...)

Alkisahnya begini..(flashback)
Pada hening subuh 28 mac 1989 telah dilahirkan seorang bayi lelaki anugerah dari tuhan kepada dua orang makhluk tuhan yg amat saya sayangi di dunia ni.Dgn penuh kasih sayang beliau atau saya dinamakan dgn HAIKAL AMBRI b ROSLE( yg bermaksud kesuburan).Dikatakan nama tu berasal dari seorang wartawan mesir yg berwibawa suatu masa dulu.Saya amat bersyukur dilahirkan di dalam keluarga ni walaupun tak kaya secara keduniaan tetapi kami kaya dgn sifat syukur dan kasih sayang.(alhamdulillah).Dilahirkan sebagai anak ketiga dan kelahiran ini amat ditunggu setelah lapan tahun tidak beranak kecil.Segala kasih sayang dicurah tanpa berbelah bg dan dididik dgn tanggungjawab dari kecil dan ditambah dgn kesedaran bebanan dan tahap kemampuan keluarga pada masa itu telah mematangkan saya serba sedikit.

Saya tidak pernah meminta2 seperti anak2 lain.Kalau mahupun sesuatu cukuplah dgn mengumpul wang sendiri.Handphone pertama juga adalah hasil titik peluh saya.Sejak berumur 7 tahun lagi saya sudah mula mencari wang lebih dgn menjual gula2 dan sticker.Sungguh besar harapan ibu dan ayah terhadap anakandanya bertiga dgn harapan dapat membawa perubahan dalam keluarga.Masih terngiang2 kata bonda.."blajar betul2 ye haikal ambri, kita ni tak de ape2 sgt berbanding orang lain, dgn ilmu je kita bleh maju..banggakan mak n abah.." tulah kata2 semangat yg menjadi pendorong saya.Banggakan ibu bapa..ye..gagahkan saya ya rabb..

Tetapi..sebenarnya masih bnyak impian yg saya rancangkan untuk kedua permata dalam hidup saya ni..antaranya saya ingin menghantar mereka berdua menunaikan rukun islam ke lima iaitu menunaikan haji dgn wang dan titik peluh saya sendiri.Ya allah..panjangkanlah umur mereka agar mereka dapat merasa kesenangan dari titik keringatku..Segalanya yg aku lakukan sesungguhnya untuk mereka..Saya telah berjanji dgn diri biarlah kesusahan saya di masa sekarang akan menjadi kesenangan bg mereka di masa hadapan.Tak tau mcmmana lagi nak balas jasa mereka..Ya allah aku sgt sayangkan mereka sepenuh jiwa raga aku..

27 mac 2009(9.25mlm waktu indonesia)
Dalam keasyikan mendengar nyanyian nasyid kumpulan alunan murni,Tetibe bergegar kantung kocek dan segera diangkat panggilan yg dtgnya dari malaysia."hello assalamualaikum, selamat hari jadi..semoga panjang umur dan murah rezeki...belajar elok2..ni abah nak cakap dgn awak.." Suara inilah yg menjadi muzik dalam hidupku setelah sekian lama,suara yg mengalun ayat2 suci di telingaku untuk mententeramkan jiwa bayiku dulu,suara yg menyejukkan hati minda dan jiwa saat terbakarnya dgn nyalaan dunia,suara lembut yg menjadi nadi penggerakku..emak.."Assalamualaikum haikal, ni abah..selamat hari jadi..semoga panjang umur n murah rezeki..abah wish awal2 ni sebab mlm ni abah nak keluar ke laut..takut tak sempat.." sebak saya mendengar..kasih bapa yg walaupun dah 55 tahun masih gagah mencari rezeki.Walaupun beliau baru sembuh dari demam campak masih nak gagahkan diri demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.Pengorbanan inilah yg membakar lagi jiwaku..Bapaku yg satu ni sanggup meredah gelora n bertarung dgn gelombang demi mencari rezeki.Selalu saja waktu dulu aku terfikir bagaimanakah nasib ayahku dilaut, hanya berlantaikan papan bot dan berlangitkan langit meluas..ya allah engkau selamatkan beliau..pergi dan pulang kembali..


27 mac 2009 (11.04 waktu malaysia)
Kring...kring...kring.. tersentak saya seketika dari lamunan di jendela.Sedang asyik merenung kerdipan lampu cantik yg menghiasi gelap mlm tiba2 dikejutkan dgn panggilan.Segera berjalan ke meja dan mencapai handphone.Tertulis perkataan private di screen hp.."Hello..assalamualaikum.."balas saya.Kedengaran sayup2 suara tetapi sgt familiar suara tu."wasalam...happy besday awak..dah tua ek..".
Teman dari ktt yg masih bergelut dgn a level memperkenalkan diri..Terharu sebab dlm kesibukannya, masih teringat akan diri ini yg berada di perantauan..Kami menyambung perbualan setelah lama tidak bertanya khabar.

28 mac 2009(12.01 waktu indonesia)
Bertali-tali sms masuk ke inbox hp saya.Teman dari Malaysia dan Indonesia semuanya mengucapkan selamat hari jadi..saya hanya mampu tersenyum.Terasa diri ini dihargai.Terharu dgn keprihatinan rakan2..terima kasih..masih sempat mengutuskan kata2 bermakna dalam kesibukan masing2.

masih teringat satu sms ni dari teman rapat di malaysia..
"demi sahabtku, aku sanggup menggadaikan kreditku yg tak seberapa ni..semoga panjang umur n murah rezeki..dikurniakan ramai anak..hahah".

"salam..selamat hari tua..semoga jadi anak soleh."..teman dari UNPAD08

"Salam..haikal,hepi besday..sweet 2o ya..semoga ko sentiasa mendapat yg terbaik dari Allah"..teman dari UGM

"Happy besday..moga kamu panjang umur!sentiasa diberi petunjuk n hidayah Allah.amin.."..ucap seorang teman baik

dan paling tak dilupakan..
"Selamat harijadi sayang yg ke 20 tahun.dah besar anak mak.Panjang umur n murah rezeki dan diberkati Allah dunia dan akhirat."..sangat bermakna.Takkan saya delete msg ni..Tak kisahlah orang panggil ank mak ke..Tak rasa bangga ke untuk menyayangi mak kita, yg telah bersusah payah selama 9 bulan mengandungkan kita??kenapa perlu berasa malu? ye saya mengaku saya nak mak dan saya berasa bangga..inilah kata2 perlu ader dalam diri setiap manusia.Hargailah mereka selagi mereka ada, saya tak mahu penyesalan jadi titik noktah..bagaimana anda??

ini saja untuk entry kali ini..penceritaan tentang diri saya ini bukanlah untuk meluahkan isi hati untuk simpati atau yg berkaitan.tetapi adalah untuk tauladan teman2 dan untuk berkongsi pengalaman.Sesungguhnya kepayahan hidup bukan bererti anda tidak bleh maju dan gagal sebaliknya jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk terus mendaki tangga2 kejayaan.Chaiok3x...

psst: Insyaallah akan saya sambung entry ni nanti dgn azam2 baru saya..bnyak ni..


Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•20.53

~Artikel ni saya dapat dari teman saya melalui email.Kisah benar untuk perkongsian kita semua~



gambar hiasan




Kisah ni berlaku di Seremban.

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut..Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan. Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat. Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengingati Allah.



Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.



psst: Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita.


Insya-Allah.


Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•20.39



Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.




Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.

Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."




Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"




Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."




Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".



psst: sama-samalah kita ambil pengajaran dari cerita ni.Moga dapat terselit secebis rasa keinsafan dalam diri kita untuk bertaubat,Masih belum terlambat..
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•23.29




THE PURPOSE OF LIFE!!





So what's the purpose??
Well today suddenly..i realised the answer..its like suddenly and
abruptly, the answer hit me in the head.. Its like u suddenly wake up
and remembered where u put something which u thought u have gone
missing..
well anyway enough of suspense..
the purpose of life is..




TO LIVE.




Sounds corny huh??
It might appear that way but i tell u it is not so..
coz the purpose of life must be something u can't do
if u're not alive right?
Maybe if u're dead u can still pursue ur dream, you can still enjoy, you
can still love....








gambar hiasan








but u can't LIVE.. right??
so since LIVING is the only thing that separates us from the DEAD>>
THEN surely our purpose as a LIVING human being is to LIVE!!..huhu..
My old friend used to say that..if u think like that..
u are no difference from a pathetic cockroach who is running all day long
to avoid big feet
who is steping around to live, to survive...
is it?? like that??hurm....




Then..i start to think n think..
finally i got the answer from a ceramah by our senior
in "Jom Ke Masjid" programme organised by our batch...
he said..what is the purpose of life??
in This beautiful religion of Islam..
Allah as the creator already simplify and provide every essential things to live
for us!!
He already provide us guidelines(al-quran) to follow and it's already complete
in al-quran itself already stated in surah adz-Dzariyat...
the purpose of life..



"aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.."(ayat 56)





So..in al-quran already highlighted the word "ibadah" as the main key point.
everything that we do in our life must be in the right path where ibadah are the main priority..
others are just the spices that make our life become more colourful
remember also iman,akhlak and akidah..
3 important elements that build up a strong mukmin..
last but not least..
remember where u step on n where u breath..there's always creator n for us
there's only one..
which is Allah..
choose Islam as your pathway for a greater life
insyaallah...
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•22.18
HAPPY or SAD??



I read from somewhere that we should write down our happy and sad moments each day,

so that in the future, we can look back and

revisit our happy, or sad moments( especially helpful if u wanna be

an actor or a musician and wanna play a happy, or sad piece like "Medidations" =p) to reflect on our life...and learn from it!!!



so..

here i go..

Happy moment(s) this week: Happy to have friends that are well,

really nice friends..(sorry for being abnormally quite in the npv.. not feeling well(the chicken pox..heheh =p)..also happy to be given the nikmat of alive by allah and to continue my life on his world.alhamdulillah... :p



Sad moment(s) this week: realise how i missed the feeling of being home...haha its must be because of too taksub with this "medic stuff"..huh..how's my family?ok or not?how's my ayam and friends?..being quarantine in this room with my laptop because got chicken pox for the first time).How's the world outside??any difference..heheh..sad because cannot jemaah at masjid(kang habis orang kat masjid bintik2 merah)..huhu



haha.. anyway there's hikmah in everything.Allah know's the best for me.Saya terima chicken pox ni seadanya..sekurangnya dapat bg saya ruang untuk bermuahasabah diri dan bersabar sepanjang 4 hari mc ni..huhu..( kena catch up dgn kawan2.)


Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinaan radhiyallahu 'anhu, "rasulullah s.a.w pernah bersabda," Sungguh menakjubkan urusan orang yg beriman,semua urusannya adalah baik.Tidaklah hal itu didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin.Apabila dia tertimpa kesenangan maka bersyukur.Maka itu baik baginya.Dan apabila dia tertimpa kesulitan maka dia pun bersabar.Maka itu baik baginya."(hadis riwayat Muslim)


doakan saya cepat sembuh dari chicken pox n "cenderamata" dari chicken pox ni..doakan juga supaya roomate saya dan penziarah2 yg sangat prihatin yg dtg ke bilik saya tak kena :P (tq sudi dtg n bawa buah tgn).Semoga Allah balas budi anda...
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•21.01

Life's Brief Candle



Tomorrow, and tomorrow, and tomorrow

Creeps in this petty pace from day to day

To the last syllable of recorded time

,And all our yesterays have lighted fools

The way to dusty death.

Out, out, brief candle!

Life's but a walking shadow, a poor player

That struts and frets his hour upon the stage

And then is heard no more; it is a tale

Told by an idiot, full of sound and fury,

Signifying nothing.


-Macbeth(William Shakespeare)-





Have you found meaning in life?
Do you have something in your life worth dying for, worth living for?
Or are you merely passing each day, meaninglessly, aimlessly...
waiting for your life's candle to shimmer away into the darkness...

If you haven't found your love, your passion, the reason for your existence...don't fret.
Remember that we got Allah..pray for him.He knows the best for us.

There's always hikmah behind everything that we had gone through.
Just do our best and tawakal..and remember our special power that connect us and make us close to Allah which is doa.Don't never ever under estimate the power of doa.


I really love what shakespeare did with this poem.It's really touch me deeply.He expressed the meaning of life through his point of view as the "persona".He describes the sorrowful side of his life in this poem(not his life actually but the character's life which is Macbeth).Macbeth really feel lonely and frustrated after the death of his beloved wife, lady Macbeth.He throw away all his feeling in this poem and said that his life resemble the brief candle..meaningless and short.He feels that every seconds of his life are dedicated to death and there is no point to being alive.



As a human,i really mesmerized by the briliant shakespear for his beautiful poem.But as a muslim i totally disagree with the messages of this poem.Our life are all dedicated to the only creator Allah s.w.t. "life but a walking shadow,a poor player that struts and frets his hour upon the stage,and then is heard no more.."...from this line the persona describe him as an actor on the stage or real world that act like an idiot and then being forget by people after death.I don't deny that we live as an actor on this world that being directed by our God,and the script is al-quran and sunnah.Everyone play their role till the last breath.The differences are we got aim and objective in life which is the heaven and there's already guidelines for us given by god.We as a humble servant must obey to him as our appreciation to all the nikmat he gave to us.So jadilah hamba yg bersyukur..



"Maka berdzikirlah kamu kepada aku,pasti aku mengingat kamu dan bersyukurlah kepada aku, janganlah kamu ingkar kepada-ku"(al-baqarah(2):152)



psst: saja je try entry wat dalam english.lama tak buat essay english.salah jgn malu betulkan.saya masih blajar.tq.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•08.55






~kali ini saja nak wat entry khas bercerita tentang hobi saya masa lapang~

Saya nak berkongsi cerita pasal anak2 saya..hehehh.Ada bnyak jugaklah.Inilah pengisi masa lapang saya di kala petang kalu malas nak keluar beriadah.Inilah juga harta kepunyaan saya kat dunia ni yg sekarang diambil alih jagaannya di bawah tangan ayah saya(mcm bg tadbir syarikat plak).Panjang citernya mcmmana saya mula terjebak ke kancah pemeliharaan ayam ni secara besar-besaran.Ini bukan sebarang ayam tau..ini adik beradik kepada keluarga ayam tetapi popular dengan nama ayam serama atau ayam katik..ayam ni bleh dibahagikan mengikut grednya..paling bagus of course gred A n so on..ayam ni sangat susah nak jaga n sangat sensitif terhadap penyakit,cuaca n persekitaran.Sebab tu ader sesetengah pemelihara(yg taksub) sanggup berhabis duit beli makanan yg bagus untuk ayam siap ader vitamin,protein n mcm2 sampai kalah manusia.
pandai tak ayam sebelah ni posing?...hahahh..ni ayam betina generasi ke 3.Asal daripada 4 ekor n diternak sampai sekarang ader dalam 30 ekor.Dengar khabar dari kampung diupdate khas oleh ayah saya sekarang ni ader 4 ekor ayam betina sedang mengeram n bakal dapat anak baru..yippi..(heheh..)..besenya percentage untuk anak ayam ni hidup sampai besar sangt skit.Anak ayam lebih sensitif dari ayam dewasa.Perlukan haba yg secukupnya n makanan kena halus n berkhasiat contohnya jagung halus or dedak ayam yg ader protein untuk percepatkan tumbesaran...cewah.

hmm...lupa plak nak citer.Mcmmana saya bleh berminat nak bela ayam ni?citernya mcm ni...Pada suatu petang yg panas terik tetibe seorang kawan bernama arif(nama sebenar) ajak ke rumahnya untuk tunjukkan sesuatu.Hati rasa tak sedap tapi pergi gak sebab sifat ingin tahu kuat..Dengan pantasnya selepas sembahyang asar saya berbasikal ke rumah arif ditemani sahabat saya Azam(juga nama sebenar).Setibanya di sana kami di ajak ke belakang rumahnya.INi semakin menakutkan dan saya mula terfikir bukan2..subhanallah..tiba2 Arif berhenti di depan sebuah rumah kecil dan membuka pintu rumah itu dgn berhati2(mcm cerita hantulah plak)..Tetibe satu entitiyg tak dikenalpasti dengan pantas terbang keluar lalu menerpa ke badan saya.."Oh tidak..aper ni...,arrgh."weh..tolong tangkap..tu ayam serama aku...hehehh(balas Arif).ceh..cakaplah awal2..Kami pun mulalah mengejar ayam tu.Kawan Arif yg bg dia sepasang ayam tu n kebetulan mak dia tak bg dia bela ayam dgn alasan.."ko nak jaga ayam Arif???jaga diri sendiri pun tak lepas.."(lebih kurang gitulah).So dia decide nak bg saya coz dia tau saya ni pencinta binatang.Sampai pernah cicak pun saya bela masa kecik..(sampai bertelur dalam botol cicak tu..hehheh)


Saya pun pulang bersama ayam n Azam.Setibanya di rumah saya baru teringat yg saya belum minta kebenaran mak lagi..opps! Saya senyap2 bawak ke halaman belakang rumah n kebetulan mak tengah basuh pinggan kat tingkap dapur n ternampak saya..mak segera menyergah dgn nada tegas.."ke mana tu haikal ambri bawak kotak..aper ader dalam kotak tu?"..saya mula2 nak tipu tapi tak sampai hati..."hmmm...sebenarnya ni ayam serama kawan bagi..bleh tak saya bela??heheh..(tersengih penuh simpati sambil buat muka lima sen).Malangnya mak tidak terpengaruh dan membalas.."Ishk! tak payah ayam2 nya kalu nak beli jer kat kedai balik goreng jer,susah bela ayam ni kang berak merata susah nak cuci plak.."Saya tak nak mengalah.."tapi mak..ayam ni kecik,tahi dia pun kecik..mesti senang nak cuci kan?(cuba mencari alasan dalam kebuntuan..haish..)"Tak payah,tak payah,tak payah..pulang balik kat kawan awk.."balas mak garang.

Tetibe kedengaran dari jauh motor abah pulang ke rumah.Hati dah mula tumbuh dgn bunga2 harapan.Saya segera berlari mendapatkan abah.Dengan lelah dan tanpa selindungnya saya terus tanya abah "hmm..bleh tak saya nak bela ayam serama?..ni kawan saya bg.."Abah tak memberikan sebarang jawapan cuma melihat dgn tajam.Terpaksalah saya merayu fasa2 kat mak seperti biasa."mak...blehlah bela ayam ni..ptg2 tak de kerja blehlah saya main ayam ni,saya janji akan tanggung makan minum n tempat tinggal ayam ni(mcm kawin anak dara orang plak) n janji pelajaran saya takkan terganggu.."huh..bukan bleh percaya,ok kalu awak dapat teruk exam siaplah.."...yatta...berjaya!BErmulalah episod saya n ayam2 buah hati ini dengan pembinaan reban ayam pertama hasil tangan saya.alhamdulillah dengan berkat sabar dan gigih saya berjaya ternak dari 4 ekor sehingga menjadi banyak mcm dalam gambar ni.

psst : Sifat sabar adalah antara sifat yg perlu ada dalam diri setiap insan.Setiap manusia pasti diuji dgn pelbagai ujian dan cubaan dari Allah s.w.t dan sifat sabarlah yg akan membantu manusia mengharungi setiap cabaran dan ujian yg mendatang.Buktinya Allah berfirman yg bermaksud:"Dan sesunggunya akan Kami(yakni Allah) berikan cubaan kepada kamu,dengan sidikit kelaparan,kekurangan harta,jiwa serta hasil tanaman.Dan sebarkanlah berita gembira kepada orang2 yg sabar"(Al-Baqarah:155)

Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•21.10



.:Muhasabah Diri:.



gambar hiasan..menikmati tanda2 kebesaran allah




Mungkin kebanyakan orang2 di dunia ni hidup dalam penyesalan,kesedihan, kemurungan sebab mereka sendiri tidak ada semangat KENTAL dan KEKUATAN DALAMAN untuk menghadapi cabaran dan kritikan.Saya juga tak nafikan yg ini semua kadang2 menjengah dalam diri saya.

Mereka MENYERAH KALAH setiap kali menghadapi dugaan dan akhirnya menyalahkan TAKDIR atas kelemahan diri mereka sendiri daripada MENGIKUT jejak langkah serta CONTOH yang telah di tunjukan oleh PARA NABI serta SAHABATnya yang menghadapi cabaran yang AMAT BESAR, daripada MASYARAKAT sekeliling mereka dan juga ahli keluarga mereka sendiri.Nabi Ibrahim telah cuba di BAKAR oleh bapa kesayangannya sendiri...tidak pernahkah kita berfikir bagaimana seseorang ayah yang kita cintai akhirnya mendengar kata-kata masyarakat di sekelilingnya sehinggasanggup membakar ANAK DARAH DAGINGnya sendiri???


Nabi Muhammad SAW sendiri di kutuk serta di jadikan sebagai musuholeh BAPA SUADARAnya sendiri Abu Lahab...dan rasulullah hanyalah ANAK YATIM tanpa sokongan ibu-bapa ataupun adik-beradik bagi memberikannya DORONGAN dalam kehidupannya. Rasulullah di lontar batu dan najis sedangkan Rasulullah itu adalahkekasih Allah sendiri yang telah di JAMINkan syurga.
.apatah lagi KITA pengikutnya


.Saya sedia mengaku kalah, demi mempelajari lebih lagi bagaimana nak memperbaiki lagi diri saya. Biarlah apa orang nak kata pun..maki ker nak kutuk ker...dah itu memang mulut orang...yang PENTING ialah kita mengenali DIRI kita sendiri dan juga kemampuan dan SENTIASA mencari jalan untuk LEBIH mengenali KEBOLEHAN yang terdapat di dalam diri kita bagi memperolehi kemajuan.


Sekiranya kita benar2 mengikut ajaran Nabi, Rasul dan para Sahabat...maka kita akan mengikut semangat kental yang mereka tunjukan dan tidak dengan mudah mengaku TEWAS apabila sesetengah GOLONGAN JAHIL melepaskan kata-kata atau cuba menumpaskan kita...kalau kita BIARkan diri kita memakan kata-kata mereka, maka itu menunjukan diri kita LEMAH...namun sekiranya kita MENERIMA kata-kata mereka dan anggapnya sebagai CABARAN...


maka kita mungkin boleh mendapat BERKAT
di sebalik setiap sesuatu ujian...yang penting kita tidak MENYERAH KALAH dan apa-apa juapun.kita BENAR2 hendaki sesuatu, kita mestilah berSEMANGAT dan berusaha dengan segala daya dan upaya kita ZAHIR dan BATIN, AKAL dan BADAN untuk mendapatkannya. ..sebab kita harus ingat...ini adalah DUNIA...dan kita anak2keturunan Nabi Adam dan Hawadi turunkan di sini SEMENTARA sahaja bagi menghadapi ujian yang di panggil KEHIDUPAN. Ini bukan SYURGA di mana apa2 sahaja kita mahukan, kita hanya perlu fikirkan dan pinta.


Sememangnya hidup di dunia ini di jadikan SUSAH...dan kita sebagai manusia haruslah bekerja keras bagi memperolehi kesenangan.. .tidak ada APA juapun yang datang dengan mudah.

Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•07.03
Wasiat terakhir Mak Temah...
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU,
keadaan Mak Temah mula beransur stabil.
Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa,
tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.
Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang
merupakan salah seorang kariah mukimnya.
Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.
Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke
wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.
Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya
ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.
Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya
berombak-ombak turun naik.
Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah
seolah-olah meminta pen dan kertas.. Kebetulan Tok Ketua menyimpan
beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dandengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.
Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya.
Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya.
Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.Keesokannya setelah jenazah disempurnakan,
barulah Tok Ketua memanggil kesemua
waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Waris-warisnya berasa hairan kerana
setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.
Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya.
Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya.
Tiba-tiba
Tok Ketua berlari keluar dari biliktersebut.
Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas
tersebut dari lantai dan membacanya
."Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua!!!"
psst: hehehe..kesimpulannya,Baik-baik melawat orang sakit..jgn sampai terkena..huhu
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•05.50
marilah sama2 sejenak kita hayati mesej dari cerita ini..semoga ianya dapat menjadi iktibar dan pedoman buat kita.. :)
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah
mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran diam .....
kengkadang siaran indonesia ...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi
mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter
kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 s akit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik
beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .
Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan
terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli
kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak
ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.. ...
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar keling naik
motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat
mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....

Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong
hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya.. ... terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn. ...
Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas
mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun
lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..!

Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin
untuk mak...
mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....

Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas
maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ...
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga
reda...
Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk
kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau
gini ajer mak yang susah kat sana .."
Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari
anak2 nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...

rasa ngilu sangat.... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada
ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah
kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat
subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis
surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain
baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih
kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai
masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara
orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..




Sekian terima kasih.

Yang Benar
(Anak mak yang dah tak degil)



psst: ......alhamdulillah, habis gak korang semua baca crita ni.bnyak teladan yg dapat kita ambil dari crita ni...mesti ader yg nangis baca citer ni..:)harap kita semua dapat ambil iktibar dari crita ni.Hargailah pengorbanan seorang ibu selagi kita masih ader masa.Jgn biarkan beliau berseorangan mengharap belas kasih dari kita.Curahkanlah rasa cinta dan sayang kita kepadanya dan hargailah beliau walau sehodoh,sejahat, dan sekotor mana mereka akan tetap ader pertalian yg takkan putus antara kita dan ibu kita.Mereka Ibarat bayang2 yg sentiasa menemani kita.Ibu ibarat lembayung yg sentiasa melindungi anaknya walaupun dari sekecil gigitan nyamuk.Bayangkan ibu sanggup bersusah payah menggalas bebanan yg berkilo2 beratnya di dalam rahimnya selama 9 bulan tanpa sepatah pun penyesalan yg keluar dari mulut mereka..tatanglah mereka ibarat minyak yg penuh..jgn sampai penyesalan menjadi titik penamat bagi kita..
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•08.14
Saya nak bercerita skit tentang tujuan kita hidup.Mesti semua pernah tertanya2 dalam benak fikiran ape tujuan kita hidup.Saya pun tak terkecuali..dalam hidup ni kita sentiasa berdepan dengan pilihan..dari perkara sekecil2 nak makan sehinggalah nak pilih pasangan hidup.Tetapi pilihan paling besar bagi manusia adalah antara syurga dan neraka..Segala perbuatan dan amalan kita kat dunia yg sementara ni adalah untuk menentukan kedudukan kita yg abadi kat akhirat nanti.Dugaan setiap manusia ni berbeza2 bentuk ,rupa dan tahap.Tetapi hakikatnya kita semua akan rasai jugak..sepanjang 20 tahun saya hidup dah mcm2 dugaan saya tempuh..dan oleh tu saya nak berkongsi dgn anda semua tentang bagaimana saya buat pilihan...saya curahkan isi hati dan idea saya dalam puisi ni.Harap sama-samalah kita hayati maksud yg tersurat dan tersirat dalam puisi ni.. :)





Warkah Hati UNtuk Pencipta


Sesekali..hembusan pawana rasa

mengoyak-ngoyak sanubari jiwa

mencengkam erat benak lestari

memicu pertanyaan seribu prasangka

rintihan tulus pada yang esa


Apakah jalan terbaik buatku?

Yang didalamnya penuh onak duri rasa

Tapi tersirna dengan simbahan firdausi

Atau yang dihiasi kuntuman bunga mewangi

Tetapi hanya dilapisi sandiwara dunia


Mungkin juga yg ini ya rabb?

Jalannya dihembus gemersik suara azan

disinarai cahaya islam setiap ketika

di dalammnya mengalir santun jiwa

dan cintanya yg teramat pada sang pencipta

meskipun dihujungnya dinanti setia dua pahlawan tanpa senjata

amanah menyingkap satu persatu jutaan masa silam

merobek dan mentafsir di antara kegelapan dan kebenaran

di saat mendayunya suara waris merintih

dalam bisikan talkin para jemaah

Rugikah aku memilih jalan ini??

Jawablah ya rabb..

Rugikah aku??


Aku damba jawabanmu

Aku damba petunjukmu

Aku damba cinta hakiki

Cinta yang takkan luntur ditelan kerakusan masa

takkan layu dek siraman lagho' dunia

yang takkan sepi dengan

tasbih,tahmid dan puji-pujian

yang menggunung kepadamu


Berilah aku kegagahan ya rabb

teguhkan tiang niat ini

agar sentiasa berakarkan bumi

dan berbumbungkan langit kenyataan

dalam meneruskan perjalanan intifada hati ini

yang masih belum menemui penghenti


Ya rabb

Saat nafasku berhembus,engkau hiasilah ia

dengan alunan bayu suci al-Quran

Saat kakiku melangkah,engkau terangilah lorong2 hatiku

dengan cahaya iman

Engkau tanamkanlah benih sabar dan syukur

dan siramilah benih itu dengan siraman istiqamah

agar aku terus gagah

dalam pencarian ini................



inilah puisi yg saya dapat ilham pada waktu subuh.Puisi ni persis kepada keadaan hidup saya saat ini yg sentiasa berada di ambang pilihan.Inilah puisi yg dideklamasikan oleh teman saya dalam Bulan Kesenian Islam baru2 ni..bersama kita dalami maksud puisi yg ingin saya sampaikan..




psst: jgn baca jer..tinggal komen k.tq :)
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•05.19
alhamdulillah..tercapai juga hasrat hati saya nak buat blog setelah berkurun lamanya..hahaha saya buat blog ni pun sebab ader seorang teman ni beria2 nak sgt baca blog saya.ceritanya seperti ni:

pada suatu hari(beberapa bulan yg lepas)..hehe

~A(bukan nama sebenar)~:weh haikal..nak blog ko.bg aku leh tak?
Haikal: hmm..nak buat aper?
~A: bacalah weh..takkan makan kot
Haikal: sebenarnya aku mana ader blog..mana reti blog2 ni
~A~:hahah...tak caya aku..
Haikal: betullah tak der..
~A~: tak cayalah..takpelah tak nak beri kat aku..
Haikal: (dgn tetibe dapat idea nak tipu si A ni sebab asyik tak percaya sgt)..hmm..mana bleh bg ko baca..privatelah weh..
~A~:(setelah beberapa lama akhirnya si A mengalah) yelah2..takpelah tak nak bg..sapalah aku ni..
haikal:dengan perasaan bersalah(tipu dia..heheh) cubalah juga memandaikan diri buat blog..


begitulah ceritanya.aku pun mula baca blog orang untuk amik pengalaman n buat research skit.mcm2 blog aku jumpa..yg kutuk mengutuk,yg berdakwah, yg asyik crita aper dia buat dari pagi sampai mlm..(gosok gigi pun nk bgtau..aish..).kiranya ader pro n kontranyalah..tapi bg aku blog ni sebagai wadah untuk kita curahkan idea dan pendapat,luahan rasa diri tetapi dgn niat untuk berkongsi.tapi sebenarnya ini semua bergantung dgn si blogger mcmana dia rencanakan hala tuju penulisan diri.pada pendapat saya tak perlulah kita gunakan medium blog untuk mempromosikan diri..dan tak sepatutnya..kesimpulannya,semuanya tergantung pada niat...


psst:~aper plak yek niat aku..??hehehh....
Link ke posting ini