gambar hiasan..menikmati tanda2 kebesaran allah
Mungkin kebanyakan orang2 di dunia ni hidup dalam penyesalan,kesedihan, kemurungan sebab mereka sendiri tidak ada semangat KENTAL dan KEKUATAN DALAMAN untuk menghadapi cabaran dan kritikan.Saya juga tak nafikan yg ini semua kadang2 menjengah dalam diri saya.
Mereka MENYERAH KALAH setiap kali menghadapi dugaan dan akhirnya menyalahkan TAKDIR atas kelemahan diri mereka sendiri daripada MENGIKUT jejak langkah serta CONTOH yang telah di tunjukan oleh PARA NABI serta SAHABATnya yang menghadapi cabaran yang AMAT BESAR, daripada MASYARAKAT sekeliling mereka dan juga ahli keluarga mereka sendiri.Nabi Ibrahim telah cuba di BAKAR oleh bapa kesayangannya sendiri...tidak pernahkah kita berfikir bagaimana seseorang ayah yang kita cintai akhirnya mendengar kata-kata masyarakat di sekelilingnya sehinggasanggup membakar ANAK DARAH DAGINGnya sendiri???
Nabi Muhammad SAW sendiri di kutuk serta di jadikan sebagai musuholeh BAPA SUADARAnya sendiri Abu Lahab...dan rasulullah hanyalah ANAK YATIM tanpa sokongan ibu-bapa ataupun adik-beradik bagi memberikannya DORONGAN dalam kehidupannya. Rasulullah di lontar batu dan najis sedangkan Rasulullah itu adalahkekasih Allah sendiri yang telah di JAMINkan syurga.
.apatah lagi KITA pengikutnya
.Saya sedia mengaku kalah, demi mempelajari lebih lagi bagaimana nak memperbaiki lagi diri saya. Biarlah apa orang nak kata pun..maki ker nak kutuk ker...dah itu memang mulut orang...yang PENTING ialah kita mengenali DIRI kita sendiri dan juga kemampuan dan SENTIASA mencari jalan untuk LEBIH mengenali KEBOLEHAN yang terdapat di dalam diri kita bagi memperolehi kemajuan.
Sekiranya kita benar2 mengikut ajaran Nabi, Rasul dan para Sahabat...maka kita akan mengikut semangat kental yang mereka tunjukan dan tidak dengan mudah mengaku TEWAS apabila sesetengah GOLONGAN JAHIL melepaskan kata-kata atau cuba menumpaskan kita...kalau kita BIARkan diri kita memakan kata-kata mereka, maka itu menunjukan diri kita LEMAH...namun sekiranya kita MENERIMA kata-kata mereka dan anggapnya sebagai CABARAN...
maka kita mungkin boleh mendapat BERKAT
di sebalik setiap sesuatu ujian...yang penting kita tidak MENYERAH KALAH dan apa-apa juapun.kita BENAR2 hendaki sesuatu, kita mestilah berSEMANGAT dan berusaha dengan segala daya dan upaya kita ZAHIR dan BATIN, AKAL dan BADAN untuk mendapatkannya. ..sebab kita harus ingat...ini adalah DUNIA...dan kita anak2keturunan Nabi Adam dan Hawadi turunkan di sini SEMENTARA sahaja bagi menghadapi ujian yang di panggil KEHIDUPAN. Ini bukan SYURGA di mana apa2 sahaja kita mahukan, kita hanya perlu fikirkan dan pinta.
Sememangnya hidup di dunia ini di jadikan SUSAH...dan kita sebagai manusia haruslah bekerja keras bagi memperolehi kesenangan.. .tidak ada APA juapun yang datang dengan mudah.
0 comment: