Author: haikal ambri
•17.10


assalamualaikum w.b.t....

Bulan Ramadhan yang penuh berkah bakal tiba beberapa hari lagi.IMAN di bawah PKPMI-CB bakal mengadakan program REFORM-REminder FOr RaMadhan,sebuah talk(oleh ust soeherman) yang akan membincangkan pelbagai hal berkaitan puasa termasuklah fadhilat-fadhilat puasa,hukum dan perkara-perkara makhruh dan sebagainya.

Maklumat lanjut mengenai program adalah seperti berikut :

Tarikh : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Tempat : A.3.3 Theatre
Masa : 7.30 am - 11.30 am
Bayaran : 3000 Rp




Tentatif Program


7.30am - 8.00am : Pendaftaran
8.00am - 8.30am : Pembukaan
8.30am - 9.30am : SLOT 1
-pengertian,fadhilat puasa -saintifik,hukum dan etc
9.30am - 10.00am :Rehat
10.00am - 11.30am :SLOT 2
-Fiqh Puasa
-sesi soal jawab


Semua pelajar Muslim di UNPAD dijemput hadir.Marilah sama-sama kita melengkapkan diri kita dengan ilmu supaya kita yakin dengan segala ibadat yang kita jalankan,insyaAllah.Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dari Allah.



Segala persoalan tentang ibadat puasa boleh diajukan semasa sesi soal jawab.



Kepada yang berminat untuk sertai,sila beri nama kepada wakil angkatan masing-masing selewat-lewatnya pada 3 Ogos bagi memudahkan segala persiapan dijalankan.terima kasih.



Sebarang pertanyaan,boleh kepada mana-mana ahli IMAN.



contact person
Asyraf FK09 : 08170205772
Mahirah FK09 : 08170205770
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•06.44

Allah sebaik2 pelindung dan penolong...



Sesekali.... hembusan pawana rasa
mengoyak-ngoyak sanubari jiwa
mencengkam erat benak lestari
memicu pertanyaan seribu prasangka
rintihan tulus pada yang esa


Apakah jalan terbaik buatku?
Yang di dalamnya penuh onak duri rasa
tapi tersirna dengan simbahan firdausi
atau yang dihiasi kuntuman bunga mewangi
Tetapi hanya dilapisi sandiwara dunia


Mungkin juga yang ini ya rabb..
jalannya berhembus gemersik suara azan
disinari cahaya Islam setiap ketika
di dalamnya mengalir santun jiwa
dan cinta yang teramat pada sang pencipta
meskipun dihujungnya dinanti dua pahlawan tanpa senjata
amanah meratah satu persatu jutaan masa silam
merobek dan mentafsir di antara kegelapan dan kebenaran
di saat mendayunya suara waris merintih
dalam bisikan yasin para jemaah
rugikah aku memilih jalan ini
jawablah Ya Rabb..
rugikah aku?


aku damba jawabanmu
aku damba petunjukmu
aku damba cinta hakiki
cinta yang takkan luntur
ditelan kerakusan masa
takkan layu dek siraman lagho' dunia
yang takkan sepi dengan
tasbih, tahmid dan puji-pujian
yang menggunung kepadamu


Berilah aku kegagahan Ya Rabb
teguhkan tiang niat ini
Agar sentiasa berakarkan bumi
dan berbumbungkan langit kenyataan
dalam meneruskan perjalanan intifada hati ini
yang masih belum menemui penghenti


Ya Rabb..
Saat nafasku berhembus
engkau hiasilah ia dengan alunan bayu suci Al-Quran
Saat kakiku melangkah
engkau terangilah lorong-lorong hatiku dengan cahaya iman
engkau tanamkanlah benih sabar dan syukur
dan siramilah benih itu dengan istiqamah
agar aku terus gagah dalam pencarian ini.......


Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•16.24

indahnya ukuwah jika bersandarkan kepada cintaNYA...




Berlabuh tirai kematangan seiring zaman
Rona keanakkan mulai pudar
dikala manisnya kalam yang memanjat di bibir
benih cinta ilahi disemai
dibaja dgn rasa ingin tahu yang menggunung kepada sang pencipta
pesona rasa mulai memenuhi ruang minda
bagai teka-teki yg amat sulit untuk diuraikan


Hanya pengalaman dan ilmu mampu
menyingkap tabir curiga ini
persoalan demi persoalan diungkap satu persatu
antara haknya kepada tuhan dan batilnya yg didorong nafsu
antara mayanya cinta dan realitinya persahabatan
antara tawanya kejayaan dan dukanya pengorbanan
antara racunnya pengkhianatan dan madunya ikatan


semuanya berpadu menjadi satu
di bawah lembayung pengalaman
dipintal menjadi cita-cita
yang menjadi penggerak kepada cereka hidup
yang layarnya adalah dunia
sutradaranya pula gah memerhati di arasy-Nya


Satu yang pasti...tujuan tetap satu
keabdian kepada Ya Rabb
di mana tempat bertautnya panji-panji cinta
yang pasaknya adalah..
keikhlasan, keluhuran budi dan kerendahan diri
yang tiada berbelah bagi



psst: puisi kedua dgn tema remaja..tafsiran saya kepada kehidupan remaja yg penuh rona ceria, duka,keliru dan mcm2 lagi..tafsiran setiap individu adalah subjektif dan bergantung kepada arah sudut pandang mana yg kita lihat.. sebarang komen diterima untuk penambahbaikan.. =)

psst1: masih tiada idea untuk puisi cinta....susahnya untuk buat puisi ala cinta sempurna yg boleh membuatkan pembaca terawang-awangan( ni permintaan tuan editor)..hahaha





Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•15.46

mulusnya kasih sayang antara ibu..bapa..dan anak..



Berkumandang iqamat memecah sepi
seiring serinya kilauan embun
saat mekarnya bebunga seri pagi
sesekali kedengaran hilai tawa gembira warga keluarga
menyambut tangisnya suara anak kecil
yg meragut sepinya sebuah subuh


Roh berjasad pejal putih mulus
buat pertama kalinya singgah
ke destinasi bernama dunia
renungan syukur dan kasih ayah bonda
menjadi saksi agungnya kekuasaan sang pencipta
kepada sejarahnya penciptaan insan


harapan,nasihat dan tauladan
dilimpahkan demi melihat si kecil
menjadi sebaik-baik pengembara dunia
dan sehebat-hebat penghuni syurga
benih Islam,Iman dan Ihsan
disemai dan dibaja setiap ketika
sebagai pedoman dikala nestapa
dalam meniti hedonistik dunia
yang tika leka mampu memesong jiwa raga


anak kecil ini terus gagah..
menyusun langkah walau masih lemah
jalan lurus tersedia dirempuh jua
walau masih berteka teki tentang apa yg menanti
inilah pengembaraan..
harus peka antara sandiwara dengan permata
harus bijak mengubah lara jadi pawana
agar mampu kemudi jiwa
biar tak lemah dek dunia
kerana kitalah pembela Addin-Nya
supaya saat kembali nanti
kita pulang dengan rasa bangga..



psst: alhamdulillah..dapat juga menyiapkan puisi untuk projek buku IMAN..agak kaku untuk berkarya setelah sekian lama tidak "BERJIWANG" dgn puisi..harus menyiapkan 4 lagi puisi..dan yg paling lemah harus menyiapkan puisi tentang CINTA yg saya agak kurang arif =p ( terpaksa layan lagu Maher Zain nak dapat feel)... adeih... Semoga Allah permudahkan..


psst1: bnyak perkara gembira bakal terjadi minggu ini.Salah satunya detik bahagia yg dinanti bakal tiba..tak sabar menunggu tarikh 5 Ogos ni..akan dikongsikan segalanya di sini Insyaallah.. ^_^

psst2: selamat membaca dan sila tinggalkan komen jika ada yg dirasakan kurang sesuai pada bait2 puisi..wallahualam..

psst3: puisi2 yg lain akan menyusul..ada tema remaja..cinta..dakwah..harapan...



Link ke posting ini