•15.46
Berkumandang iqamat memecah sepi
seiring serinya kilauan embun
saat mekarnya bebunga seri pagi
sesekali kedengaran hilai tawa gembira warga keluarga
menyambut tangisnya suara anak kecil
yg meragut sepinya sebuah subuh
Roh berjasad pejal putih mulus
buat pertama kalinya singgah
ke destinasi bernama dunia
renungan syukur dan kasih ayah bonda
menjadi saksi agungnya kekuasaan sang pencipta
kepada sejarahnya penciptaan insan
harapan,nasihat dan tauladan
dilimpahkan demi melihat si kecil
menjadi sebaik-baik pengembara dunia
dan sehebat-hebat penghuni syurga
benih Islam,Iman dan Ihsan
disemai dan dibaja setiap ketika
sebagai pedoman dikala nestapa
dalam meniti hedonistik dunia
yang tika leka mampu memesong jiwa raga
anak kecil ini terus gagah..
menyusun langkah walau masih lemah
jalan lurus tersedia dirempuh jua
walau masih berteka teki tentang apa yg menanti
inilah pengembaraan..
harus peka antara sandiwara dengan permata
harus bijak mengubah lara jadi pawana
agar mampu kemudi jiwa
biar tak lemah dek dunia
kerana kitalah pembela Addin-Nya
supaya saat kembali nanti
kita pulang dengan rasa bangga..
psst: alhamdulillah..dapat juga menyiapkan puisi untuk projek buku IMAN..agak kaku untuk berkarya setelah sekian lama tidak "BERJIWANG" dgn puisi..harus menyiapkan 4 lagi puisi..dan yg paling lemah harus menyiapkan puisi tentang CINTA yg saya agak kurang arif =p ( terpaksa layan lagu Maher Zain nak dapat feel)... adeih... Semoga Allah permudahkan..
psst1: bnyak perkara gembira bakal terjadi minggu ini.Salah satunya detik bahagia yg dinanti bakal tiba..tak sabar menunggu tarikh 5 Ogos ni..akan dikongsikan segalanya di sini Insyaallah.. ^_^
psst2: selamat membaca dan sila tinggalkan komen jika ada yg dirasakan kurang sesuai pada bait2 puisi..wallahualam..
psst3: puisi2 yg lain akan menyusul..ada tema remaja..cinta..dakwah..harapan...
1 comment:
selamat berpuisi.. =)