Author: haikal ambri
•21.20



Rasulullah saw telah bersabda, "Pandangan itu panah diantara panah-panah iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, akan diberi iman yang dapat dirasakan hatinya."




Pernah ditanya kepada Platon, "Manakah diantara keduanya yang lebih membahayakan hati? Pendengaran atau penglihatan?" Dia menjawab, "Bagi hati, keduanya ibarat dua sayap burung yang tidak boleh naik mahupun turun tanpa salah satu darinya. Jika sayap itu kuat, mampulah dia terbang tinggi, tetapi jika salah satunya dipotong, tentulah dapat melemahkan yang lainnya."






Telah berkata Ali bin Abi Talib ra, "Mata itu perangkap syaitan. Melahap seluruh anggota dengan cepat. Jika nafsunya menyuruh anggota untuk taat kepada Tuhannya, sampailah angan-angannya. Namun jika anggota badan memperturutkan nafsu mendapatkan kelazatannya, sungguh rosaklah amalnya."



mata haiwan yg tiada noda....




Menjaga penglihatan dan pendengaran begitu penting untuk memelihara peribadi. Kata orang 'dari mata turun ke hati' tapi sebenarnya bukan itu saja yang perlu dijaga tapi telinga juga. Mungkin perlu dicipta satu pepatah baru, 'dari telinga turun ke jiwa' (ish... tak sedaplah, memang tak sesuai langsung tapi tak kisahlah), kerana manisnya kata yang dihalwakan ke telinga mungkin akan membuatkan jiwa yang lemah semakin lemah dan mudah tergoda.

melihat melalui naluri..





Hakikat manusia yang penuh dengan kelemahan, punya keinginan dan nafsu yang terkadang mengatasi pertimbangan akal. Apa yang terhidang dimata dan telinga mungkin menghilangkan kewarasan yang cuba dipelihara. Tapi kita ada Allah yang sentiasa ada untuk menjaga kita, sentiasa bersedia untuk kita bergantung kepadaNya, lalu mintalah pertolonganNya.



pandangan kambing....hehe(teringat plak seorang teman ni yg memang suka sangat kambing) jgn marah cik dudu...

Kita harus berusaha untuk menghidangkan minda kita dengan ilmu yang mampu menyelamatkan kita dari terpedaya. Sentiasa percaya bahawa tetap ada cara untuk kita menjauhi keburukan dunia jika kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segala tipudaya syaitan yang menyesatkan.


cubalah menikmati saujananya alam ciptaan tuhan ini dgn pandangan hati...


"Ya Allah, Ya Samii' Ya Allah Ya Basir, peliharalah penglihatan dan pendengaranku daripada menjadi alat untuk syaitan mempengaruhi dan melemahkanku. Aku lemah tanpa pertolonganMu, lalu bantulah aku Ya Tuhan.


Ya Allah, hiasilah mataku hanya dengan airmata kekesalan terhadap segala dosa yang pernah aku lakukan, hidangkanlah telingaku dengan bacaan puji-pujian terhadapMu dan juga suara dari kalam yang Kau turunkan, semoga dengan itu terjagalah hatiku dari segala pengaruh kemaksiatan yang hanya akan membawa aku jauh dari rahmatMu. Bantulah aku Ya Allah, ampuni daku ya Tuhan. Amin."
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•21.20


Tertarik dengan entry dalam satu blog yg saya baca tentang merokok, saya ingin memetik satu jawapan ringkas bila ditanya kenapa merokok.


"Best... Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa."


Saya lebih suka mentafsirkan kata-kata itu sebagai 'merokok membuatkan seseorang itu kehilangan perasaan (feel) atau deria rasa.' Bukan nikmat namanya kalau tak boleh menjelaskan kenikmatan itu!


Saya pernah berjumpa dgn ramai perokok. Saya memang bukan jenis yg suka bertanya walaupun nak tahu, apatah lagi kalau ianya soalan yg mungkin menaikkan kemarahan...kadang2 je kalu rasa nak tnya baru saya tnya.Mungkin itu kebaikan dan mungkin juga keburukan saya.


Tapi saya suka membayangkan jawapan yang diberikan jika ditanya kepada individu tertentu yang merokok.


Doktor : Saya merokok sebab tekanan kerja. Pesakit banyak sangat bercerita tentang masalah mereka. Masalah saya, sapa nak dengar. Lagipun saya sibuk sehingga tak ada masa untuk diri sendiri. Merokok adalah masa untuk diri.


Ustaz : Saya ni manusia biasa. Ada masalah jugak. Merokok sekadar suka-suka je, bukan bermaksud apa-apa, bukan niat nak mempengaruhi sapa-sapa.


Guru/Ibubapa : Saya beli rokok dengan duit sendiri aper. Kenapa sibuk nak menyoal? Kalau tahu asap rokok tak elok, pegi duduk jauh-jauh. Kalau tahu merokok tak baik, jangan le ikut.


Itu mungkin jawapan daripada orang-orang yang dirasakan paling patut menjauhi rokok kerana mereka adalah role model dalam masyarakat kita. Apa jawapan dari golongan profesional atau yang biasa-biasa? Apa pula alasan mereka?


Penulis : Saya merokok untuk mendapatkan idea. Bila otak rasa beku je, merokok boleh mencairkan idea dan dengan itu saya lebih mudah menulis.


Engineer / Arkitek : Beban kerja banyak. Masalah duit, diri dan keluarga.


Buruh / Tukang kebun : Letih buat kerja buruh ni. Merokok sebab nak rehat.


Pelajar IPT : Banyak assignment! Tension!


Pelajar sekolah : Saja nak try. Best je tengok orang merokok ni...I


tu hanya sebahagian dari jawapan yang akan diberikan jika ditanya kenapa mereka merokok. Mungkin ada banyak lagi jawapan yang saya lebih suka mengkategorikan semua jawapan itu sebagai alasan.


Apa sekalipun alasan yang diberikan, tapi kenapa rokok yang dipilih? Bukankah kita ada Allah untuk mengadu dan merintih? Bukankah Dia sentiasa ada untuk kita menagih bantuan meringankan beban?


Merokok bukan saja merosakkan kesihatan sendiri, tapi juga kesihatan keluarga tersayang atau teman terdekat. Kejamkah kalau perokok dikatakan pembunuh? Bukankah hanya mereka yang tidak berperasaan sahaja yang sanggup menjadi pembunuh...? Lalu salahkan tafsiran saya tentang jawapan yang diberikan oleh salah seorang perokok diluar sana?


Bagi saya merokok adalah satu tindakan yang boleh dikatakan membunuh diri sendiri dan orang lain. Antara penyebab kematian yang boleh dielakkan.


Memang semua orang akan mati tak kira perokok atau tidak. Terdedah kepada asap rokok meningkatkan lagi risiko kematian. Tapi adakah orang yang merokok itu ingat tentang mati? Mengingati mati adalah satu cara untuk mengubati hati sepertimana sabda Rasulullah. Tapi adakah ia membuatkan perokok lagi kuat beribadat? Lalu dimana kebaikan merokok? Tak ada!!..


Malah rokok mungkin menjadikan hati seseorang tu keras sehingga tak mempedulikan nilai dan nikmat kesihatan yang Allah berikan. Tanpa sedar mereka menjadi insan yang tidak prihatin terhadap orang lain. Boleh juga dikatakan perokok tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan sehingga melakukan pembaziran setiap kali asap dihembuskan.

Bayangkan.... Nilai rokok itu boleh membeli makanan untuk si fakir yang kelaparan, boleh mengubah masa depan bila ia digunakan untuk menjelaskan yuran peperiksaan, boleh menyembuhkan sakit ibu yang malang yang mungkin sedang menahan kesakitan.

Kerana sayang, prihatin dan simpati... saya ingin sekali menyeru kepada perokok hentikanlah tabiat yang tak elok itu. Kuatkanlah azam untuk mengubah diri. Kepada yang mengenali perokok, berikanlah galakan pada mereka agar berhenti merokok.

Mungkin tulisan saya tak begitu bernas sebab tak ada fakta dan data ttg keburukan merokok dan pandangan merokok dalam Islam.Semoga dengan maklumat yang diberikan, akan tercetus keinginan untuk berhenti merokok. Bacalah walaupun tak suka kerana yang pahit itu banyak baiknya.

Saya pernah terbaca tentang khasiat Asma Ul-Husna dalam usaha penyembuhan penyakit. Dan antara yang menarik, ialah beramal dengan Asma Allah Al-Khabiir. Masalah ketagihan kepada sesuatu bukan senang untuk disembuhkan. Mengamalkan nama Allah yang ini amat disarankan kerana ia juga merupakan satu kaedah rawatan pemulihan. Bukan itu saja, ia juga boleh mencerdaskan minda bagi sesiapa yang masih belajar.





psst:Kalau kempen kerajaan tak menjadi, biarlah kita kempen sesama sendiri. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.... lalu, apa pilihan anda?Maaf kalu ader yg terguris dgn artikel ini..ini sekadar coretan rasa saya.Sama2 lah kita ingat mengingati..
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•06.06




"Orang yang banyak ketawa itu, kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menghormatinya. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya terjaga." (Umar Al-Khattab r.a)





"Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia." - Saifulislam





Psst: Kita bagaimana? Ada yang kata ketawa itu awet muda, tapi kita tak akan muda selamanya. Kematian akan datang bila-bila masa saja. (Asyik-asyik mati... mati.. mati... kata kawan saya...) Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin jugak malam ini kita akan mati. Siapa tahu, kan?




Cuba bayangkan malam ini kita tidur kekenyangan tanpa sempat berdoa dan mengucap. Esoknya kita tak bangun lagi. Sedar-sedar kita berada di alam sempit dan terhimpit. Di ikat kemas dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, tertimbus oleh tanah.




Mungkin tangisan masa tu tak lagi mengeluarkan airmata. Suara juga telah hilang. Tangisan yg dulunya murah, mudah mengalir walaupun sekadar menonton drama Korea kini telah tiada. Suara yg dulu digunakan untuk bergelak ketawa dan bercerita, kini tak kedengaran lagi. Semua dah tak ada lagi.




Merenung kata-kata di atas, memang telah membuatkan saya menilai kembali diri saya. Sikap saya bila bercakap dan berbicara, bercerita dan berjenaka. Bagaimana diri saya bila berada dalam keadaan suka dan gembira, duka dan menderita... Segalanya.





Saya mungkin berbeza dengan apa yang saya tulis. Mungkin juga sama. Yang pasti saya tak sempurna. Walaupun itu yang saya harapkan, yang saya mahukan, saya tahu saya banyak sekali 'kecacatan' dan kekurangan. Apa yang mampu, saya sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Lebih matang seiring dengan hayat yang semakin berkurang.




Semua orang tahu dan sedar bahawa masa yg berlalu tak mampu diputar kembali, semua orang tahu bahawa hidup hanya sekali dan tak akan berulang lagi, tapi kenapa masih tegar untuk berubah?




Apa pilihan kita? Apa pilihan saya? Masih mahu menyintai dunia sehingga lupa akhirat yang harus dijadikan matlamat utama, atau mahu bertaubat sebelum terlambat?






Moga Allah memudahkan laluan saya untuk menjadi diri yang saya mahu jadi. HambaNya yang punya keupayaan untuk ceria bila bersama teman dan keluarga, dan menangis, merayu, meratap hiba bila berbicara dengan Al-Khaliq, Yang Maha Pencipta.




"Ya Allah, perbaikilah perlakuanku dan amalanku. Jauhi daku dari segala keburukan yang ada pada diri dan juga pada ciptaanMu yang lain. Aku mohon padaMu ya Allah, lindungilah daku dari cinta dunia yang melalaikan...."
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•10.40


Hari ini...
hari yg biasa...
sekali lagi bermulanya kembara ku di alam fana
Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaanNya


Alhamdulillah...
Aku masih bernafas, masih terjaga dari lena,
bangkit segar menyedut udara
dari ihsan yg Maha Esa


Alhamdulillah...
Kesihatanku Kau pelihara sentiasa,
nikmatnya tak terungkap dengan kata-kata


Alhamdulillah...
Kurniaan rezeki sentiasa ada,
cukup untuk diriku,
malah boleh dikongsi keluarga


Alhamdulillah...
Laluan ilmu sentiasa Kau buka,
Kau permudahkan,
seiring berpimpin kami mengejarnya


Alhamdulillah...
Kau kurniakan langit mendung tetapi
dihujungnya terpancar sinar bahagia,
Saat kebenaran terpalit kepalsuan,
Diam lebih bermakna..kerana aku yakin kebenaran adalah raja
dan aku yakin kau tau segalanya..


Alhamdulillah...
Saat kesedihan meragut jiwa
terkilan menunjang suasana
kau pelihara aku dari duka
kala terluka Kau sembuhkan segera


Alhamdulillah...
Tenang dijiwa sentiasa ada,
syukur dihati melimpah sentiasa
'Lalu nikmat Allah yang mana hendak didustakan?'


Terlalu banyak senarai disedia
Aku malu untuk meminta
Tapi kugagahi juga
Kerana Engkau Maha Pengurnia



Ya Allah Ya Wahhab, Ya Fattah, Ya Azim...
Moga kurniaanMu,
pemberianMu kekal hingga ke hujung usia,
bertambah dan melimpah setakat yang terdaya aku memikulnya


Ya Allah Ya Ghaffur, Ya Waliyy, Ya 'Affuww
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Jauhilah aku dari keburukan dalam diriku dan sekitarku
Agar kesilapan tak berulang lagi seperti dulu
Aku pasrah ya Allah
Ini keputusanku
Moga ia yg terbaik bagiku



Ya Allah Ya Sami', Ya Syakurr, Ya Shabur...
Jadikanlah aku hambaMu yg sentiasa bersyukur...
Amin..
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•10.53





Semenjak dua menjak ini saya rasa tertarik untuk berkongsi dgn anda semua tentang PHD.Bukannya (Doctor of Phylosophy) tetapi penyakit hasad dengki.


Setiap orang yang mempunyai perasaan dan berakal memang mengetahui apa yang dinyatakan sebagai hasad dengki. Malah, kita mungkin pernah mengalami perasaan ini, iaitu satu perasaan irihati terhadap orang lain yang memiliki kebaikan atau kelebihan. Perasaan ini mungkin bersama dengan harapan untuk mendapat kebaikan atau kelebihan yang dimiliki oleh orang tersebut. Dan pada masa yang sama juga mungkin iri hati itu bersama cita-cita untuk melihat kejatuhan orang yang diirihatikan itu. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi;


Yang bermaksud: Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan, maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan, maka merekapun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut. (Surah al-Imran: 120)


Apakah pandangan Islam terhadap perasaan ini? Jika dilihat dari aspek sejarah kehidupan manusia, dengki ini sebenarnya telahpun lahir sejak zaman Nabi Adam a.s. sebagaimana kisah yang terdapat di dalam al-Quran. Allah berfirman;


Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Nabi Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu!. Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. (Al-Maidah: 27)


Kisah ini mengenai konflik yang berlaku di antara dua orang putera Nabi Adam a.s., yakni Qabil dan Habil. Apabila Allah menurunkan perintah agar mereka ini mempersembahkan korban, maka Habil menerima perintah tersebut dengan lapang dada dan memilih binatang ternakannya yang paling berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah dengan mengharapkan keredaan Allah s.w.t. semata-mata. Sebaliknya pula, Qabil menerima perintah Allah dengan rasa terpaksa. Maka Qabil pun, mempersembahkan hasil pertanian yang paling buruk kepada Allah s.w.t. Dengan dua bentuk korban yang persembahan kedua-duanya amat berbeza, maka tentulah Allah memilih korban yang baik dan dipersembahkan dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan sebagai seorang hamba. Lantaran itu, Allah s.w.t. pun memerintahkan api untuk memakan korban yang dipersembahkan oleh Habil. Bagaimanapun, Qabil tidak merasa senang dengan keadaan tersebut dan merasa iri hati terhadap Habil. Perasaan iri hati yang meluap-luap, akhirnya menimbulkan rasa dendam di dalam diri Qabil.



Selain Qabil berdendam dengan Habil kerana korbannya yang terpilih, Qabil juga turut mendendami Habil kerana ayahanda mereka menjodohkan Habil dengan saudara kembarnya yang lebih cantik berbanding dengan saudara kembar Habil. Sebaliknya, Qabil pula dijodohkan dengan saudara kembar Habil yang berupa paras lebih sederhana.

Apabila Qabil mempunyai kesempatan untuk melepaskan dendamnya, maka diapun menemui Habil dan menyatakan, Sesungguhnya aku mahu membunuhmu. Habil pun bertanya dengan perasaan yang amat hairan, Mengapa engkau mahu membunuh aku? Jawab Qabil dengan hasad yang terbuku di dadanya, Kerana Allah menerima korbanmu dan menolak korbanku, dan engkau akan menikahi saudara perempuanku yang cantik sedangkan aku pula harus menikahi saudara perempuanmu yang hodoh, sehingga orang lain akan berbicara bahawa engkau itu lebih baik daripadaku dan keturunanmu akan berbangga kepada keturunanku.

Apabila Qabil berjaya membunuh Habil, timbul rasa menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Walau bagaimanapun, penyesalan tersebut hanya sia-sia kerana apabila Nabi Adam mengetahui mengenai peristiwa tersebut, baginda tidak mahu menerima kembali anaknya itu dan diapun dihalau. Dalam keadaan yang terbuang, Qabil telah menerima hasutan dan pengaruh iblis yang akhirnya menjadikan dirinya sesat dan melakukan pelbagai perkara yang keji. Lantaran itu, Allah telah memusnahkan keturunannya ketika zaman Nabi Nuh a.s.



Pengajaran yang boleh dapati berdasarkan kisah dua putera Nabi Adam ini ialah, hasad dengki menyebabkan seseorang boleh bertindak tanpa rasional yang boleh menyebabkan penyesalan yang tiada kesudahan. Hasad dengki juga mendorong seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang sesat. Telah dinyatakan bahawa;


Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.


Rasulullah s.a.w. bersabda;


Yang bermaksud: Sesungguhnya pada nikmat Allah taala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.


Perasaan buruk ini boleh wujud di dalam hati manusia disebabkan manusia itu mempunyai rasa permusuhan dan kebencian. Dalam erti kata yang lain, dia tidak merasa bahawa berbaik-baik sesama manusia dan sayang-menyayang dengan saudara seislam adalah keperluan bagi kekuatan umah, yang menyumbang rasa bahagia bagi jiwa seorang muslim. Orang yang berada dalam lingkungan ini sudah pasti tidak gemar untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain ataupun mendengar kebahagiaan yang dimiliki oleh saudaranya (seislam).


Saya tertarik untuk berkongsi kata-kata hikmat ini yang mengatakan;


Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.


Jika dilihat kepada akibat yang bakal diterima oleh mereka yang mempunyai perasaan ini, maka kerugian yang perlu ditanggung amat besar nilainya. Jadi, tentulah amat malang bagi mereka yang tidak melakukan apa-apa untuk menahan daripada perasaan ini wujud. Islam memberi panduan dan pedoman bagi mereka yang mahu menyelamatkan diri dari belenggu dosa ini.


Ilmu dan takwa adalah senjata sebenar yang dapat melawan perasaan yang boleh menjahanamkan manusia ini. Ilmu yang dimiliki oleh manusia dapat memberi amaran tentang akibat-akibat yang bakal diterima sekiranya perasaan ini diamalkan. Peminggiran dari aspek sosial sebenarnya adalah kerugian yang amat besar bagi seseorang manusia yang ingin diterima masyarakat. Melalui ilmu juga, seseorang manusia akan berusaha untuk mencapai darjah ketakwaan.


Ketakwaan seorang hamba pula akan menjadikan seseorang manusia itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini. Di dunia ini, sebagai seorang khalifah dia diperintahkan untuk memakmurkan muka bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. Dia akan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Dia meyakini bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertakwa kepada Allah.


Kesimpulannya, hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya dan kepada agama Islam sendiri. Bagi individu yang memilikinya, dia akan terpinggir dari hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan akan menyebabkannya melakukan perkara-perkara yang lebih keji. Apabila dia berada di akhirat, akan menanggung kerugian yang lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira kerana tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat dan tidak ditempatkan dalam tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan, yakni syurga. Walaupun kerugian itu ditanggung secara personal oleh pengamalnya, akan tetapi ia juga memberi kesan yang tidak baik kepada ukhuwwah islamiyyah. Umat Islam akan menjadi tidak bersatu dan tidak akan menjadi sebuah umat yang kuat sekiranya sifat ini diamalkan oleh orang-orang Islam. Akhirnya, umat Islam secara keseluruhannya yang akan rugi.



Walaupun demikian, sebenarnya terdapat sedikit ruang atau keringanan dalam perkara dengki. Sebenarnya, tidaklah jatuh haram atau berdosa sekiranya seseorang itu merasa iri hati apabila memandang kelebihan dan kebaikan yang dimiliki oleh orang lain tanpa harapan atau cita-cita untuk melihat kelebihan tersebut hilang dan lenyap dari pemiliknya.



Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari penyakit ini.Marilah sama2 kita menyucikan hati kita agar sebersih kelopak bunga melor ini.Buang yg keruh dan ambil yg jernih.Sesungguhnya masih ader ruang untuk kita perbaiki diri kerana Allah maha pengampun..terima kasih dan tahniah kerana berjaya habis baca entry ini..maaf sebab panjang :)
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•21.45


Sekian lama aku mencari jalan pulang. Langkahku kaku, badanku lesu. Aku tak mampu melangkah tanpa di papah. Dulu, sesekali hati berdoa, agar akan ada insan yg mampu mampir, memujuk hati yg mati. Menyiram rasa dlm diri, agar sedar mampu mekar dan segar. Agar diri akan kembali melangkah, meredah duri mentah yg sering menagih darah, menunjukkan arah berbekal cahaya cerah.... Sungguh aku mahu pulang! Pulang ke daerah aman yg mampu membekalkan aku kekuatan kasih Ar-Rahman!



Entah dari mana bermula, aku memulai langkah PERTAMA. Mengharapkan agar yg pertama ini akan mengubah arah hidupku. Mengisi diri dengan apa yg mampu, agar kekosongan hidup akan berlalu.



Aku resah, hatiku gundah... sungguh aku pasrah... Dalam mencari makna cinta yg gagah, aku masih rebah. Bangun berdiri, cuba berjalan dan berlari sendiri, tapi soalan tentang masa depan yang tak pasti sering menghimpit hati.


Berpandukan cintaMu yg telah diserah, berbekalkan keyakinan tentang kuasaMu Tuhan Al Fattah, doaku melimpah ruah. Beralaskan keikhlasan yang dibentangkan, aku cuba mencari jawapan tentang rahsia kehidupan, tentang apa yg harus ku lakukan.



"Ya Allah Ya Hadii... Untuk setiap keputusan yang ku buat, untuk setiap langkah yang ku atur, untuk setiap tindakan yang ku pilih, berikanlah petunjukMu, agar aku tidak tersalah laluan, agar aku tidak tersilap jalan." Saban masa aku berdoa... dan sungguh hanya itu yang aku lakukan. Agar Dia yg akan membuat keputusan, membetulkan apa yang mungkin terpesong, membaiki apa yang mungkin melencong.



Sungguh aku tak takut lagi pada kehilangan. Aku redha bersendirian dan kesepian jika itu yang Kau takdirkan. Namun aku tak idamkan perpisahan. Aku cuma bimbang hati ini terdorong untuk kembali pada kegelapan bila kesunyian yang mengjimpit membuahkan bisikan dari syaitan yang kejam. "Ya Allah Ya Waliyy... lindungilah daku dari kejahatan yang Kau ciptakan untuk menguji iman hambaMu yang amat lemah ini..."




"Ya Allah A Aziiz... Kuatkanlah hatiku. Aku mahu mengejar impian untuk menjadi hambaMu yang teguh iman, mencari jalan pulang, bersumbukan cahaya keikhlasan, menumpang kasih dan cinta insan, berpaksikan panduan dariMu, ya Tuhan."




Aku yakin... dengan keikhlasan, aku mampu menahan kesakitan, pedih hati aku akan beransur hilang. Aku akan mampu memiliki kekuatan, aku mampu mengejar impian dalam diam. Kerana suara hatiku, tak akan ada yang tahu kecuali Allah Yang Satu.


Aku cuma insan yg dulunya sesat dlm perjalanan, mencari kekuatan sebagai bekalan, kerana sedar lambat laun diri ini harus mengadap Tuhan. Aku mahu berusaha melengkapkan diri sebagai hamba pada Yang Abadi, agar pulangku padaNya nanti dengan wajah berseri. Aku tahu diri tak layak sebagai penghuni syurga, tapi aku tak mahu menjadi penghuni neraka.



"Aku ingin berjuang untuk agamaMu Ya Rahman, berjihad dgn cara yang sesuai mengikut kemampuan dan zaman. Ingin disokong dan menyokong, ingin didorong dan mendorong. Memberi dan menerima, berkongsi kekuatan jika ada."






Pengalaman hidup yang silam, ingin sekali dicurahkan, mengharapkan yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, kesilapan lama di perbetulkan, agar hidup melimpah dgn keberkatan, kerana sesungguhnya kita manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan.



"Ya Allah Ya Azhiim... Ya Allah Ya Mujiib... Aku sujud padaMu Ya Rahiim, dengan kejernihan titisan airmata aku berdoa bersama keikhlasan yang memenuhi dada, berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat pada kami semua.... Doa yang ku seru bagi diriku dan setiap insan yang kukenali, kabulkanlah selagi ia membawa kebaikan, jangan Kau perkenankan doaku kalau ianya membawa keburukan... Sesungguhnya Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaMu...



Ku mohon padaMu Ya Akhiiru Ya Waduud, terimalah kepulanganku ke sisiMu dan bersihkanlah hatiku dengan cintaMu..... "




psst: maaflah kalu entry kebelakangan ni mcm sedih skit..huhu.Saya sedang mencari semula titik kestabilan hidup.Doakan saya berjaya..amin
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•11.23



Pilihan.
Setiap dari kita selalu berdepan dengan persoalan pilihan.
Nak... Tak nak
Selagi kita ada masa...
Selagi nafas mampu dihela...
Selagi kita bernyawa dan berjiwa...
Persoalan pilihan tak pernah luput.
Tak pernah surut.


Kita sentiasa punya pilihan.
Namun pilihan yang ada, mungkin terhad, malah terbatas.



Pilihan wujud bersama persoalan.
Bersama andaian.
Bersama harapan.
Bersama kemungkinan.
Ketidakpastian.
Risiko. Bersediakah menghadapinya?
Akibat. Mampukah menerimanya?



Pilihan.
Allah kan ada.
Mintalah petunjuk dariNya.
Istikharah.
Itu cara kita.
Jangan lupa.
Kita ada Dia.





Psst: Tak tahu nak tulis apa. Ini saja yang sempat dan terlintas di minda. Bukan sajak, bukan puisi, dan tentunya bukan cerpen. Sekadar satu ingatan bersama.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•09.47

Mulla Nasruddin mempunyai seekor kuda jantan dari baka yang amat baik. Seorang menteri yang datang melawat desanya tertarik kepada kudanya dan menawarkan untuk membeli kuda tersebut.


"Mulla, jualkanlah kuda itu kepadaku. Aku berikan cek kosong, tinggal kamu isi saja, berapa juta pun tak kisah." Pujuknya dengan harapan.


"Tidak tuan, kuda ini bukan untuk di jual." Tegas Mulla. Menteri itu kesal, tapi tak mampu memaksa kerana media baru saja menyiarkan berita tentang dakwaan rasuah keatasnya dan dia tidak mahu memburukkan keadaan.


"Ah Mulla. Kamu bodoh sebab menolak tawaran sebegitu lumayan." Kata orang kampung bila tahu kisahnya yang dikatakan menolak tuah.


"Kuda itu kudaku. Jual atau tidak, itu keputusanku. Jangan kamu pertikaikan." Jawab Mulla tidak kesal.


Esoknya kuda itu hilang dari kandang Mulla.


"Lihat Mulla, itu hasil kebodohan kamu. Kalau kamu jual kelmarin, pasti kamu tidak rugi seperti sekarang." Tempelak penduduk kampung.


"Sudah saya katakan, jangan kamu pertikaikan keputusanku. Kerugian atau kehilangan, saya yang menanggungnya. Kamu tak usah ambil tahu." Jawab Mulla tenang.


Beberapa hari kemudian kuda itu kembali. Bersamanya, ada beberapa ekor kuda liar sejenis dengannya. Rupanya kuda itu terdengar perbincangan antara Menteri dan tuannya. Sebagai tanda terima kasih, kuda itu kembali ke hutan dan membawa keluarganya bersama.


"Waahh... Bertuahnya kamu Mulla. Beberapa hari lalu kamu hanya memiliki seekor kuda, dan sekarang kamu telah memiliki beberapa ekor kuda. " Kata penduduk kampung cemburu.


"Semalam kamu kata saya rugi, sekarang kamu kata saya untung pula. Sudahlah, untung atau rugi, itu rezeki saya. Usah kamu menghitungnya." Kata Mulla tenang.


Putera tunggal Mulla diserahkan tugas untuk menjinakkan kuda liar itu. Semasa berusaha menjinakkan kuda tersebut, anaknya dicederakan. Tendangan kuda itu telah menyebabkan kaki putera Mulla patah.


Penduduk desa mendatangi Mulla lagi dan berkata;"Kuda tu membawa sial dan malang pada nasib kamu nampaknya. Lihatlah, satu-satunya anak lelaki kamu patah kaki kerana kuda itu.


"Dengan tenang Mulla menjawab;"Saya tak faham apa maksud kamu yang sekejap mengatakan saya bertuah dan beruntung... dan kini mengatakan saya bernasib malang pulak. Mungkin sebaiknya kamu tidak usah ambil kisah tentang saya, kerana ini semua ketentuan Allah."


Belumpun genap masa seminggu, negara telah diserang oleh musuh yang datangnya dari negara tetangga. Memandangkan tentera musuh sangat kuat, anak-anak muda yang berumur 16 tahun keatas telah diarahkan menyertai pasukan tentera dan menjalani latihan ketenteraan sebagai persediaan, kecuali anak lelaki Mulla yang patah kakinya.


Penduduk kampung sekali lagi mendatangi Mulla dan berkata;"Mulla, untungnya kamu kerana anak kamu tak perlu masuk tentera kerana kecederaannya."


Mulla masih tetap tenang seperti biasa dan berkata;"Sekali kamu katakan saya bodoh dan menolak tuah. Kamu katakan saya malang. Kemudian kamu kata saya bertuah. Lepas tu katamu lagi, saya ni sial dan malang. Dan sekarang kamu kata saya beruntung pula. Sudahlah. Jangan kisah tentang saya. Biarkan saja saya ini."




Pengajaran


Setiap musibah, kegagalan, kedukaan dan penderitaan yang dialami saat ini merupakan satu dugaan untuk kita perolehi sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Terimalah segalanya dengan tenang dan ucapkan 'inna li Allahi wa inna ilahi raji'un'. Percayalah bahawa di sebalik segala kejadian, ada rahmatNya. Rahmat yang tak mampu kita lihat dengan pandangan mata kasar.


Jika kita hadapi seribu satu persoalan tentang kehidupan yang sesekali dirasa begitu meletihkan, kembalilah pada Allah, bukan kembali pada diri. Mintalah bimbinganNya untuk mencari jawapan dan penyelesaian. Percayalah kepada Dia yang memberikan kehidupan.



Nota : Petikan dari buku Kecerdasan 99 oleh Sulaiman Al-Kumayi, penulis dari Indonesia. Telah dibahasa Malaysiakan untuk kesesuaian pembacaan.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•01.30

Saya baca kisah tentang agenda Zionis di laman ini. Hati saya berdegup kencang, penuh bimbang. Saya tahu mungkin ramai yg dah membacanya, melalui email yang di forward dan melalui laman sesawang (saluran maklumat yg semakin sebati dengan masyarakat kini) tapi ramai juga yang tak ambil peduli. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membuka hati.
Saya manusia mudah lupa. Kalian juga manusia. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk saling mengingatkan. Paling penting dan utama, saya perlu ingatkan diri saya sendiri agar tak menjadi penyumbang kepada kejayaan Zionis.
Apa yang saya baca di sini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan artikel yang dikumpul berkenaan protokol Zionis. Dan ya... entry ini adalah copy paste saja.
Protokol ke 10 Zionis mengandungi 8 perkara:
1. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan atau Inggeris yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Zionis.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana, di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh zionis laknatullah......
3. Smoke....
Rokok. Menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok dari filem P Ramlee). Ciss yahudi... berjaya lagi kamu.... (Jom ramai-ramai kita jayakan kempen anti rokok)
4. Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan, hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah, akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Zionis gol lagi.... Sampai ada ulamak kata, kerana sukan, sembahyang boleh tangguh. Masya-Allah...
5. Fun..
Hiburan. Di mana-mana pun kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang. Dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Zionis terhibur lagi....
6. Female...
Perempuan. Tawaran Zionis yang amat mengasyikkan, terutama dalam iklan. Iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan, tapi tetap menggunakan perempuan sebagai penarik. Kalau kita ke kedai bateri kereta, di hadapan bateri terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Zionis bersorak lagi.....
7. Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang sampai menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut, mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah, malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Zionis ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Zionis....
8. Food...
Lagi satu kegilaan umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , KFC , Pizza Hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah seolah dipandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan je. Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky, rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah umat Islam yang bukan perangai saja macam zionis... tetapi berfikiran pun macam zionis...Nauzubillah.....Zionis makan Islam lagi...
psst: 4S dan 4 F. Itu baru protokol yang ke 10 dari 24 protokol semuanya. (Protokol Zionis adalah satu perancangan terperinci dan teliti, ianya adalah hasil satu kongres Yahudi antara bangsa yang telah berlangsung di bandar Bal di Swizland pada tahun 1897, yang dipengurusi oleh Teodur Hardzal). Protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.
Kalau kita sayangkan dan cintakan Islam, sayang dan cintakan Allah dan Rasul, kenapa kita mesti biarkan Zionis berjaya dalam segala agenda mereka? Cinta bukan sekadar ungkapan, tapi juga perbuatan.
Persoalannya ialah kenapa kita biarkan hati kita buta oleh cinta pada yg tak sepatutnya? Ya Allah... Bantulah kami, selamatkan kami... Bukakan pintu hati kami akan cahayaMu menyinari ruang hati.
Link ke posting ini
Author: haikal ambri
•09.05

APRIL FOOL

Assalamualaikum..ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.Setiap kali menjelang 1 april sesetengah daripada orang kita begitu taksub dgn budaya pandang ke barat sehingga mereka dikaburi dari fakta sebenar disebalik perayaan ini.


RIBUAN tahun lampau, Sepanyol berada di bawah pemerintahan islam. Ketika itu, kuasa umat islam di Sepanyol cukup hebat dan sukar ditewaskan malah amat disegani kawan dan lawan. Iri hati dengan kegemilangan pemerintahan islam ini, kaum nasrani di Barat berhasrat untuk merampas bumi Sepanyol itu daripada tangan umat islam sebagaimana negara-negara lain yang telah dikuasai dengan cara yang zalim dan penuh tipu muslihat.


Walaupun telah pelbagai usaha telah dilakukan untuk memenuhi hajat kotor itu, namun kegagalan demi kegagalan ditempuh disebabkan kekuatan iman umat islam ketika itu. Akhirnya, mereka telah menukar strategi dengan menghantar beberapa orang perisik untuk mengkaji kekuatan umat islam di Sepanyol.



Memang jelas, mereka menerima hakikat bahawa kekuatan umat islam terletak pada ketakwaan mereka. Maknanya, penghayatan mereka terhadap ajaran islam cukup tinggi di samping mengamalkan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah menerusi al-Quran. Pendek kata, al-Quran bukan saja dibaca, tetapi yang lebih penting ialah mengamalkan ajaran yang dikandunginya.Kesannya, umat islam yang memiliki kekuatan iman ini tidak terpengaruh dengan hiburan yang boleh melemahkan jiwa serta menjauhi arak dan semua perkara yang diharamkan oleh islam.Puak nasrani akhirnya menemui helah yang dikatakan mampu melemahkan umat islam iaitu dengan membekalkan alkohol dan rokok ke Sepanyol secara percuma (free of cost). Teknik ini memberikan hasil yang mereka hajati iaitu melemahkan keimanan generasi muda Sepanyol.



Teknik ini telah berjaya menghapuskan pengaruh islam dan menawan seluruh Sepanyol sekali gus memecahkan sejarah kegemilangan pemerintahan islam selama 800 tahun dengan kejatuhan Kota Gradana pada 1 hari bulan April. Sempena tarikh ini, puak nasrani merayakan April Fool atau ‘Hari Bodoh’ yang mana merak telah berjaya menipu umat islam.


Menurut sumber lain, April Fool’s Day’ dipercayai disambut selepas kejatuhan kerajaan Sepanyol. Penduduk islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam ruamh masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera nasrani bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang islam dari Sepanyol. Maka bermula teknik dusta kaum nasrani apabila memberitahu umat islam bahawa dibenarkan berlayar keluar dari sepanyol dengan selamat bersama harta benda menggunakan kapal-kapal di pelabuhan.Orang –orang islam yang risau dengan tawaran itu telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati , mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada waktu itu, tentera nasrani menggeledah kediaman umat islam dan kemudian membakar mereka hidup-hidup. Kapal –kapal pun turut dibakar.



Pihak nasrani kemudiannya menyerang muslimah dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera nasrani saban tahun di seluruh dunia.Tragisnya, orang islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut sama meraikan April Fool ’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seakidah.






psst: renung2 kan..buat tauladan kita bersama..wallahualam
Link ke posting ini