Author: haikal ambri
•21.20


Tertarik dengan entry dalam satu blog yg saya baca tentang merokok, saya ingin memetik satu jawapan ringkas bila ditanya kenapa merokok.


"Best... Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa."


Saya lebih suka mentafsirkan kata-kata itu sebagai 'merokok membuatkan seseorang itu kehilangan perasaan (feel) atau deria rasa.' Bukan nikmat namanya kalau tak boleh menjelaskan kenikmatan itu!


Saya pernah berjumpa dgn ramai perokok. Saya memang bukan jenis yg suka bertanya walaupun nak tahu, apatah lagi kalau ianya soalan yg mungkin menaikkan kemarahan...kadang2 je kalu rasa nak tnya baru saya tnya.Mungkin itu kebaikan dan mungkin juga keburukan saya.


Tapi saya suka membayangkan jawapan yang diberikan jika ditanya kepada individu tertentu yang merokok.


Doktor : Saya merokok sebab tekanan kerja. Pesakit banyak sangat bercerita tentang masalah mereka. Masalah saya, sapa nak dengar. Lagipun saya sibuk sehingga tak ada masa untuk diri sendiri. Merokok adalah masa untuk diri.


Ustaz : Saya ni manusia biasa. Ada masalah jugak. Merokok sekadar suka-suka je, bukan bermaksud apa-apa, bukan niat nak mempengaruhi sapa-sapa.


Guru/Ibubapa : Saya beli rokok dengan duit sendiri aper. Kenapa sibuk nak menyoal? Kalau tahu asap rokok tak elok, pegi duduk jauh-jauh. Kalau tahu merokok tak baik, jangan le ikut.


Itu mungkin jawapan daripada orang-orang yang dirasakan paling patut menjauhi rokok kerana mereka adalah role model dalam masyarakat kita. Apa jawapan dari golongan profesional atau yang biasa-biasa? Apa pula alasan mereka?


Penulis : Saya merokok untuk mendapatkan idea. Bila otak rasa beku je, merokok boleh mencairkan idea dan dengan itu saya lebih mudah menulis.


Engineer / Arkitek : Beban kerja banyak. Masalah duit, diri dan keluarga.


Buruh / Tukang kebun : Letih buat kerja buruh ni. Merokok sebab nak rehat.


Pelajar IPT : Banyak assignment! Tension!


Pelajar sekolah : Saja nak try. Best je tengok orang merokok ni...I


tu hanya sebahagian dari jawapan yang akan diberikan jika ditanya kenapa mereka merokok. Mungkin ada banyak lagi jawapan yang saya lebih suka mengkategorikan semua jawapan itu sebagai alasan.


Apa sekalipun alasan yang diberikan, tapi kenapa rokok yang dipilih? Bukankah kita ada Allah untuk mengadu dan merintih? Bukankah Dia sentiasa ada untuk kita menagih bantuan meringankan beban?


Merokok bukan saja merosakkan kesihatan sendiri, tapi juga kesihatan keluarga tersayang atau teman terdekat. Kejamkah kalau perokok dikatakan pembunuh? Bukankah hanya mereka yang tidak berperasaan sahaja yang sanggup menjadi pembunuh...? Lalu salahkan tafsiran saya tentang jawapan yang diberikan oleh salah seorang perokok diluar sana?


Bagi saya merokok adalah satu tindakan yang boleh dikatakan membunuh diri sendiri dan orang lain. Antara penyebab kematian yang boleh dielakkan.


Memang semua orang akan mati tak kira perokok atau tidak. Terdedah kepada asap rokok meningkatkan lagi risiko kematian. Tapi adakah orang yang merokok itu ingat tentang mati? Mengingati mati adalah satu cara untuk mengubati hati sepertimana sabda Rasulullah. Tapi adakah ia membuatkan perokok lagi kuat beribadat? Lalu dimana kebaikan merokok? Tak ada!!..


Malah rokok mungkin menjadikan hati seseorang tu keras sehingga tak mempedulikan nilai dan nikmat kesihatan yang Allah berikan. Tanpa sedar mereka menjadi insan yang tidak prihatin terhadap orang lain. Boleh juga dikatakan perokok tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan sehingga melakukan pembaziran setiap kali asap dihembuskan.

Bayangkan.... Nilai rokok itu boleh membeli makanan untuk si fakir yang kelaparan, boleh mengubah masa depan bila ia digunakan untuk menjelaskan yuran peperiksaan, boleh menyembuhkan sakit ibu yang malang yang mungkin sedang menahan kesakitan.

Kerana sayang, prihatin dan simpati... saya ingin sekali menyeru kepada perokok hentikanlah tabiat yang tak elok itu. Kuatkanlah azam untuk mengubah diri. Kepada yang mengenali perokok, berikanlah galakan pada mereka agar berhenti merokok.

Mungkin tulisan saya tak begitu bernas sebab tak ada fakta dan data ttg keburukan merokok dan pandangan merokok dalam Islam.Semoga dengan maklumat yang diberikan, akan tercetus keinginan untuk berhenti merokok. Bacalah walaupun tak suka kerana yang pahit itu banyak baiknya.

Saya pernah terbaca tentang khasiat Asma Ul-Husna dalam usaha penyembuhan penyakit. Dan antara yang menarik, ialah beramal dengan Asma Allah Al-Khabiir. Masalah ketagihan kepada sesuatu bukan senang untuk disembuhkan. Mengamalkan nama Allah yang ini amat disarankan kerana ia juga merupakan satu kaedah rawatan pemulihan. Bukan itu saja, ia juga boleh mencerdaskan minda bagi sesiapa yang masih belajar.





psst:Kalau kempen kerajaan tak menjadi, biarlah kita kempen sesama sendiri. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.... lalu, apa pilihan anda?Maaf kalu ader yg terguris dgn artikel ini..ini sekadar coretan rasa saya.Sama2 lah kita ingat mengingati..
|
This entry was posted on 21.20 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 comment:

On 25 Apr 2009, 23.57.00 , Dr Hana mengatakan...

salam haikal
whatever it is, apa pun alasan diorg bg,
it's actually due to addiction. Mcm pnagih dadah, kalau ckp kat dia dadah tu x elok agak2 dia blh bhenti ke?

Mcm org yg accident, pastu diberi morphine. kalau diberi terlalu lama org tu boleh addicted.
So? CEGAH yang paling penting. Sebab sekali dah mula, sbb addiction tu mmg ssh nak berhenti.

Cuba kalau buat mcm psatuan alcoholic kt US tu. AA aka Alcoholics Anonymous. Agak2 ada orang nak buat x? Ada org nk join x?

Bg yang merokok, anda telah merosakkan badan anda sendiri...sama je macam yang minum arak sebab merosakkan badan..tak suka jika disamakan dengan mereka? Fikirlah...
Merokok itu sudah lama jatuh haram.

Bagi yang di sekeliling, nasihatlah. Bagi sokongan dan dorongan. Tapi yang paling penting, nak berubah harus dimulakan dengan diri sendiri.
Nak ke tak nak? Kalau tak nak sila hisap rokok dalam lubang. Sebab dalam lubang anda sorang je yng bau asap rokok tsebut. hohoho*batuk*

-mencegah lebih baik dari mengubati! :D-

 
On 26 Apr 2009, 03.14.00 , Anonim mengatakan...

merokok nie da susah nak buang dari masyarakat kita sendiri.. kira da jadi adat masyarakat kita.. da jadi darah daging masyarakat kita sendiri.. walaupon kempen anti-merokok da banyak kerajaan dngn bdn NGO wat, tapi hasilnya, membazirkan duit je.. kenapa sampai cam2 skali? adakah masyarakat kita semakin hilang akal fikiran? sedangkan anak-anak masyakat kita ramai da jadi cerdik pandai, da rame da masuk u.. adakah yang blaja sampai PMR je tapi x merokok lebih cerdik dari cerdik pandai yang merokok? erm, lu pikir la sendiri haikal....

 
On 27 Apr 2009, 02.56.00 , nurira ~* mengatakan...

Salam.

entry yang menarik..
sy sedih dan kecewa dengan perokok2 ni..kerana mereka merosakkan diri sendiri membahayakan kesihatan org yang tersedut asap rokok mereka..

di indonesia,rokok murah. sehingga golongan yg mudah terpedaya dgn godaan rokok mula berjinak2 membeli dan menghisap rokok. dan yg memang perokok..makin kuatlah mereka merokok.

yang ironinya di sini, dh tahu merokok tu bahaya, byk keburukan..tp papan iklan utk rokok bukan main besar.. (di makassar la, tmpt lain sy xtau). tp yg tak laratnya, kat bwh papan tu tulis "merokok dapat menyebabkan kanker dan impotensi janin".. hah. hm...perokok kalu dah suka rokok..n xde niat nk stop, ckp la apa pun..mcm mencurah air ke daun keladi..

apapun kita doa je la mereka yg merokok ni berhenti..especially yang muslim.

~afwan kalau byk 'mengomen' :)

teruskan menulis yg akhi.

 
On 27 Apr 2009, 03.14.00 , nurira ~* mengatakan...

eh..tersilap taip.
teruslan menulis ya akhi.

 
On 29 Apr 2009, 02.28.00 , rafizzi mengatakan...

assalamualaikum

ikhwah ni dari mana?

ana asal melaka, tapi skrg berada di perancis, ambil kos electrical under scholar TM...

jzkk, teruskan berkarya demi ISLAM

 
On 30 Apr 2009, 01.30.00 , _naJw@_~. mengatakan...

i hate smokers!!..dsebbkn prokok2 yg xsdar dri ni wat org skelliling as a 2nd degree patient yg ley tumpg skali pyakit bakal dorg hdapi.elloo0~
ade 1 hri tuh, ade sorg mamt ni layan rokok smp xkesa org skelilg..bengng toi. so tros pg dkat mamt ni, wat pandgn jelik n tutup idong ala2 wabak SARS mnyerg..da tu de da cam serba salh gler, trus buang rokok tuh n blah!!hehe..misi bjaya!! at least tlong dr sndri n org skllg dr dapt causatve agents dr rokok tuh..
tlolgla smokers~reduce n stop ur habits ok!!daa~(^_^)