•09.47
Mulla Nasruddin mempunyai seekor kuda jantan dari baka yang amat baik. Seorang menteri yang datang melawat desanya tertarik kepada kudanya dan menawarkan untuk membeli kuda tersebut.
"Mulla, jualkanlah kuda itu kepadaku. Aku berikan cek kosong, tinggal kamu isi saja, berapa juta pun tak kisah." Pujuknya dengan harapan.
"Tidak tuan, kuda ini bukan untuk di jual." Tegas Mulla. Menteri itu kesal, tapi tak mampu memaksa kerana media baru saja menyiarkan berita tentang dakwaan rasuah keatasnya dan dia tidak mahu memburukkan keadaan.
"Ah Mulla. Kamu bodoh sebab menolak tawaran sebegitu lumayan." Kata orang kampung bila tahu kisahnya yang dikatakan menolak tuah.
"Kuda itu kudaku. Jual atau tidak, itu keputusanku. Jangan kamu pertikaikan." Jawab Mulla tidak kesal.
Esoknya kuda itu hilang dari kandang Mulla.
"Lihat Mulla, itu hasil kebodohan kamu. Kalau kamu jual kelmarin, pasti kamu tidak rugi seperti sekarang." Tempelak penduduk kampung.
"Sudah saya katakan, jangan kamu pertikaikan keputusanku. Kerugian atau kehilangan, saya yang menanggungnya. Kamu tak usah ambil tahu." Jawab Mulla tenang.
Beberapa hari kemudian kuda itu kembali. Bersamanya, ada beberapa ekor kuda liar sejenis dengannya. Rupanya kuda itu terdengar perbincangan antara Menteri dan tuannya. Sebagai tanda terima kasih, kuda itu kembali ke hutan dan membawa keluarganya bersama.
"Waahh... Bertuahnya kamu Mulla. Beberapa hari lalu kamu hanya memiliki seekor kuda, dan sekarang kamu telah memiliki beberapa ekor kuda. " Kata penduduk kampung cemburu.
"Semalam kamu kata saya rugi, sekarang kamu kata saya untung pula. Sudahlah, untung atau rugi, itu rezeki saya. Usah kamu menghitungnya." Kata Mulla tenang.
Putera tunggal Mulla diserahkan tugas untuk menjinakkan kuda liar itu. Semasa berusaha menjinakkan kuda tersebut, anaknya dicederakan. Tendangan kuda itu telah menyebabkan kaki putera Mulla patah.
Penduduk desa mendatangi Mulla lagi dan berkata;"Kuda tu membawa sial dan malang pada nasib kamu nampaknya. Lihatlah, satu-satunya anak lelaki kamu patah kaki kerana kuda itu.
"Dengan tenang Mulla menjawab;"Saya tak faham apa maksud kamu yang sekejap mengatakan saya bertuah dan beruntung... dan kini mengatakan saya bernasib malang pulak. Mungkin sebaiknya kamu tidak usah ambil kisah tentang saya, kerana ini semua ketentuan Allah."
Belumpun genap masa seminggu, negara telah diserang oleh musuh yang datangnya dari negara tetangga. Memandangkan tentera musuh sangat kuat, anak-anak muda yang berumur 16 tahun keatas telah diarahkan menyertai pasukan tentera dan menjalani latihan ketenteraan sebagai persediaan, kecuali anak lelaki Mulla yang patah kakinya.
Penduduk kampung sekali lagi mendatangi Mulla dan berkata;"Mulla, untungnya kamu kerana anak kamu tak perlu masuk tentera kerana kecederaannya."
Mulla masih tetap tenang seperti biasa dan berkata;"Sekali kamu katakan saya bodoh dan menolak tuah. Kamu katakan saya malang. Kemudian kamu kata saya bertuah. Lepas tu katamu lagi, saya ni sial dan malang. Dan sekarang kamu kata saya beruntung pula. Sudahlah. Jangan kisah tentang saya. Biarkan saja saya ini."
Pengajaran
Setiap musibah, kegagalan, kedukaan dan penderitaan yang dialami saat ini merupakan satu dugaan untuk kita perolehi sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Terimalah segalanya dengan tenang dan ucapkan 'inna li Allahi wa inna ilahi raji'un'. Percayalah bahawa di sebalik segala kejadian, ada rahmatNya. Rahmat yang tak mampu kita lihat dengan pandangan mata kasar.
Jika kita hadapi seribu satu persoalan tentang kehidupan yang sesekali dirasa begitu meletihkan, kembalilah pada Allah, bukan kembali pada diri. Mintalah bimbinganNya untuk mencari jawapan dan penyelesaian. Percayalah kepada Dia yang memberikan kehidupan.
Nota : Petikan dari buku Kecerdasan 99 oleh Sulaiman Al-Kumayi, penulis dari Indonesia. Telah dibahasa Malaysiakan untuk kesesuaian pembacaan.
2 comment:
Salam Haikal..
Menarik betul cerita diatas.Kita selalu alpa dengan setiap ujian yg diberikan...Terima kasih krn mengingtkn.
wslm
Ps:Pasal Hanamasa tu ada dua tempat.tp yang best kat jalan dago, depan dago plaza..sebelah pizza hut..dtgla dgn perut yg kosong
wasalam
.:nur aishah:.
Sekadar perkongsian jer.Saya pun selalu lupa :p
Lapar plak rasa bila cakap pasal hanamasa..nanti iA nak try gak.Tq for the info..