•21.20
Rasulullah saw telah bersabda, "Pandangan itu panah diantara panah-panah iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, akan diberi iman yang dapat dirasakan hatinya."
Pernah ditanya kepada Platon, "Manakah diantara keduanya yang lebih membahayakan hati? Pendengaran atau penglihatan?" Dia menjawab, "Bagi hati, keduanya ibarat dua sayap burung yang tidak boleh naik mahupun turun tanpa salah satu darinya. Jika sayap itu kuat, mampulah dia terbang tinggi, tetapi jika salah satunya dipotong, tentulah dapat melemahkan yang lainnya."
Telah berkata Ali bin Abi Talib ra, "Mata itu perangkap syaitan. Melahap seluruh anggota dengan cepat. Jika nafsunya menyuruh anggota untuk taat kepada Tuhannya, sampailah angan-angannya. Namun jika anggota badan memperturutkan nafsu mendapatkan kelazatannya, sungguh rosaklah amalnya."
mata haiwan yg tiada noda....
Menjaga penglihatan dan pendengaran begitu penting untuk memelihara peribadi. Kata orang 'dari mata turun ke hati' tapi sebenarnya bukan itu saja yang perlu dijaga tapi telinga juga. Mungkin perlu dicipta satu pepatah baru, 'dari telinga turun ke jiwa' (ish... tak sedaplah, memang tak sesuai langsung tapi tak kisahlah), kerana manisnya kata yang dihalwakan ke telinga mungkin akan membuatkan jiwa yang lemah semakin lemah dan mudah tergoda.
melihat melalui naluri..
Hakikat manusia yang penuh dengan kelemahan, punya keinginan dan nafsu yang terkadang mengatasi pertimbangan akal. Apa yang terhidang dimata dan telinga mungkin menghilangkan kewarasan yang cuba dipelihara. Tapi kita ada Allah yang sentiasa ada untuk menjaga kita, sentiasa bersedia untuk kita bergantung kepadaNya, lalu mintalah pertolonganNya.
pandangan kambing....hehe(teringat plak seorang teman ni yg memang suka sangat kambing) jgn marah cik dudu...

Kita harus berusaha untuk menghidangkan minda kita dengan ilmu yang mampu menyelamatkan kita dari terpedaya. Sentiasa percaya bahawa tetap ada cara untuk kita menjauhi keburukan dunia jika kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segala tipudaya syaitan yang menyesatkan.
cubalah menikmati saujananya alam ciptaan tuhan ini dgn pandangan hati...
"Ya Allah, Ya Samii' Ya Allah Ya Basir, peliharalah penglihatan dan pendengaranku daripada menjadi alat untuk syaitan mempengaruhi dan melemahkanku. Aku lemah tanpa pertolonganMu, lalu bantulah aku Ya Tuhan.
Ya Allah, hiasilah mataku hanya dengan airmata kekesalan terhadap segala dosa yang pernah aku lakukan, hidangkanlah telingaku dengan bacaan puji-pujian terhadapMu dan juga suara dari kalam yang Kau turunkan, semoga dengan itu terjagalah hatiku dari segala pengaruh kemaksiatan yang hanya akan membawa aku jauh dari rahmatMu. Bantulah aku Ya Allah, ampuni daku ya Tuhan. Amin."
9 comment:
salam..
haha..ingatkan nk tules seorang teman je..tgk2 nk jgak sebut cik dudu..adoi~
cover2 laa sket :p
hehhe..
erm..same2lah kita mnjaga pandangan dan hati kita..
kat skolah dulu,time f3..
ade ust pnah bg satu analogi..
die kate "hati kita ibarat kolah yang menerima masuk aliran2 air/sungai yg berpunca dari mata,telinga dan indera2 lain..so,kalau buruk air yg mengalir masuk tu (mata tgk mnde tak betul,telinga dga mnde tak baik..mulut pun cakap mnde tak snunuh) maka akan buruk lah hati kita..so kene kawal sume indera yang Allah bagi kat kita..
dalam AQ Allah ada menyebut "sesiapa yg tak guna mata n hati utk memahami dengan betul,mereka lebih teruk dr binatang ternakan.."
so..mungkin kambing tu lebih baik dr kita..kalau kita bertindak menzalimi diri sndr..
wallahua'alam..
sori terpanjang komen..haha..
keep up the kambing pictures! :p
Waspadalah pandangan mata..
Tundukkan pandanganmu...
:-)
mata nie byk maksud tersirat disebaliknya..
hiaakl mmepyunai pnandaagn mtaa ynag tjaam maacm rmaubt dia
susah nak jaga ni..
sekali pndang susah nak berkelip..
masyaALLAH..
btw,good post haikal..
p/s : cik dudu..ade makna 2 haikal wat cam 2..cuba anda dalami maknanye..ehee~ ;p
salam..
tapi..tak ke bahaya klu time tgk kambing..hati terbayang2 org len..bkn kambing tuh..hmm
(still thinking wisely~) =P
salah tulis. y sbenarnya adalah:
haikal
jagalah pandangan anda
janganlah pndg org lain dgn pandangan pelik
haha