•21.45
Sekian lama aku mencari jalan pulang. Langkahku kaku, badanku lesu. Aku tak mampu melangkah tanpa di papah. Dulu, sesekali hati berdoa, agar akan ada insan yg mampu mampir, memujuk hati yg mati. Menyiram rasa dlm diri, agar sedar mampu mekar dan segar. Agar diri akan kembali melangkah, meredah duri mentah yg sering menagih darah, menunjukkan arah berbekal cahaya cerah.... Sungguh aku mahu pulang! Pulang ke daerah aman yg mampu membekalkan aku kekuatan kasih Ar-Rahman!
Entah dari mana bermula, aku memulai langkah PERTAMA. Mengharapkan agar yg pertama ini akan mengubah arah hidupku. Mengisi diri dengan apa yg mampu, agar kekosongan hidup akan berlalu.
Aku resah, hatiku gundah... sungguh aku pasrah... Dalam mencari makna cinta yg gagah, aku masih rebah. Bangun berdiri, cuba berjalan dan berlari sendiri, tapi soalan tentang masa depan yang tak pasti sering menghimpit hati.
Berpandukan cintaMu yg telah diserah, berbekalkan keyakinan tentang kuasaMu Tuhan Al Fattah, doaku melimpah ruah. Beralaskan keikhlasan yang dibentangkan, aku cuba mencari jawapan tentang rahsia kehidupan, tentang apa yg harus ku lakukan.
"Ya Allah Ya Hadii... Untuk setiap keputusan yang ku buat, untuk setiap langkah yang ku atur, untuk setiap tindakan yang ku pilih, berikanlah petunjukMu, agar aku tidak tersalah laluan, agar aku tidak tersilap jalan." Saban masa aku berdoa... dan sungguh hanya itu yang aku lakukan. Agar Dia yg akan membuat keputusan, membetulkan apa yang mungkin terpesong, membaiki apa yang mungkin melencong.
Sungguh aku tak takut lagi pada kehilangan. Aku redha bersendirian dan kesepian jika itu yang Kau takdirkan. Namun aku tak idamkan perpisahan. Aku cuma bimbang hati ini terdorong untuk kembali pada kegelapan bila kesunyian yang mengjimpit membuahkan bisikan dari syaitan yang kejam. "Ya Allah Ya Waliyy... lindungilah daku dari kejahatan yang Kau ciptakan untuk menguji iman hambaMu yang amat lemah ini..."
"Ya Allah A Aziiz... Kuatkanlah hatiku. Aku mahu mengejar impian untuk menjadi hambaMu yang teguh iman, mencari jalan pulang, bersumbukan cahaya keikhlasan, menumpang kasih dan cinta insan, berpaksikan panduan dariMu, ya Tuhan."
Aku yakin... dengan keikhlasan, aku mampu menahan kesakitan, pedih hati aku akan beransur hilang. Aku akan mampu memiliki kekuatan, aku mampu mengejar impian dalam diam. Kerana suara hatiku, tak akan ada yang tahu kecuali Allah Yang Satu.
Aku cuma insan yg dulunya sesat dlm perjalanan, mencari kekuatan sebagai bekalan, kerana sedar lambat laun diri ini harus mengadap Tuhan. Aku mahu berusaha melengkapkan diri sebagai hamba pada Yang Abadi, agar pulangku padaNya nanti dengan wajah berseri. Aku tahu diri tak layak sebagai penghuni syurga, tapi aku tak mahu menjadi penghuni neraka.
"Aku ingin berjuang untuk agamaMu Ya Rahman, berjihad dgn cara yang sesuai mengikut kemampuan dan zaman. Ingin disokong dan menyokong, ingin didorong dan mendorong. Memberi dan menerima, berkongsi kekuatan jika ada."
Pengalaman hidup yang silam, ingin sekali dicurahkan, mengharapkan yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, kesilapan lama di perbetulkan, agar hidup melimpah dgn keberkatan, kerana sesungguhnya kita manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan.
"Ya Allah Ya Azhiim... Ya Allah Ya Mujiib... Aku sujud padaMu Ya Rahiim, dengan kejernihan titisan airmata aku berdoa bersama keikhlasan yang memenuhi dada, berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat pada kami semua.... Doa yang ku seru bagi diriku dan setiap insan yang kukenali, kabulkanlah selagi ia membawa kebaikan, jangan Kau perkenankan doaku kalau ianya membawa keburukan... Sesungguhnya Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaMu...
Ku mohon padaMu Ya Akhiiru Ya Waduud, terimalah kepulanganku ke sisiMu dan bersihkanlah hatiku dengan cintaMu..... "
psst: maaflah kalu entry kebelakangan ni mcm sedih skit..huhu.Saya sedang mencari semula titik kestabilan hidup.Doakan saya berjaya..amin
11 comment:
salam...emm..aku harap ko dapat mencapai apa2 hajat yang diidamkan..smoga Allah memperkenankan doa ko..jgn sedih3..ok..!
salam..
keep your chin up my friend..
may Allah bless us..
ameen..
assalamualaikum..
1st time bukak blog ni...
biasa lah tu kalau ada ujian dr ALLAH
tak boleh terlps kita smua, sbb ni lah penilaian kpd iman kita...
papepun, teruskan berkarya ye demi ISLAM =)
anda pengikut ajaran sesat dulu ke?
kata sesat dulu kan?
"Aku cuma insan yg dulunya sesat"
hati dah mati?
anda bila lagi?
"memujuk hati yg mati"
"aku masih rebah"
tidur saja kerjanya!
"mencari makna cinta yg gagah"
ada sapa yang nak ke?
"cuba berjalan dan berlari sendiri"
gila ke lari dan jalan sendiri, semua sendiri, nak lari sendiri masuk olimpiart lah
takder kerja lain ke?
pegi tidur lebih baik...
ada hati nak menang blog contest
assalamualaikum..
anda begitu petah bermain kata2.
cukup cantik.flow yang menarik.
dan boleh nampak it's really voice of ur heart..
dan saya tersentuh..
saya terpaku..
saya juga mau pulang!
saya doakan kamu..
doakan saya jugak ye..
ermm,
mengapakah sy di banned dari memgepos di sembang kedai kopi anda????
huaaa.apa salahku??
hoho
wasalam
.:pencinta:.
pertama sekali saya berterima kasih atas komen2 dan kritikan itu.Kesempurnaan itu bukan milik saya dan hanya Allah sahaja yg memilikinya.Saya anggap blog ni sebagai medium untuk saya berkongsi rasa, pendapat dan ilmu yg sedikit ini.Maaflah sekiranya dgn kehadiran blog saya ini menimbulkan rasa tidak senang pihak pencinta..mungkin saya terlepas pandang..saya manusia biasa yg tak lari dari kesilapan..Saya hanya menjalankan tugas untuk menyampaikan..sudah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk berpesan2 kerana kita sering lupa dan oleh itu saya rasa bertanggungjawab..Saya menyertakan diri dalam blog contest bukan untuk meraih kemenangan.Ini semua atas dorongan rakan2 yg percaya dgn coretan rasa saya..Saya rasa kemenangan akhirat itu lagi berharga dari kemenangan dunia yg sementara..saya sertakan hadis ini buat tatapan saudara.
Sabda Rasulullah s.a.w.:Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar. Yakni, boleh menyebabkan kufur.
Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.
moga kita tak menjadi seperti itu..wallahualam
.:Cactus biru:.
Itu sekadar coretan dari hati yg sering lalai ni.Sama-samalah kita saling mengingatkan.
salam..sesungguhnya kita sbg manusia takkan mampu puaskan hati semua orang.Ana sokong kenyataan anthum haikal bhw kesempurnaan itu bukan milik kita.Kita sebagai hamba harus berusaha dgn gigih untuk mencapainya..Teruskan berkarya.Ana percaya dgn coretan hati anthum..
yok semangat haikal!! gw anak Indo nyokongin loe!! jangan mundur. gw g mau lo mundur kayak bulutangkis doeloe!! HAIKAL PERSIB NU AINK!! HIDUP PERSIB!!
salam ziarah;)
aku percaya setiap org mempunyai kekuatan..
dan anda mungkin telah menemui kekuatan itu
teruskan dengan penulisan anda..
kritikan itu hanya sebagai satu titik tolak untuk terus berusaha..chaiyok2!!
p/s:ak da tukr link ye:)
haih siapala pecinta haikal ambri yang poyo ni?
xpe, xnak tahu pun sape..
hmm...siapalah yang tahu apa yang ada dalam hati seorang manusia...dan siapalah kita untuk berburuk sangka pada seseorang. xpe haikal, kalo ada orang keji ckp 'alhamdulillah' je... free je dapat pahala ek.
dun wori, aku yakin ada orang nak kat ko punye...hahaha...tp matang dulu da ek, jgn duk nyakat anak dara orang yang berniat suci hendak ke kelas je...haha...(*bkn saya mangsa haikal itu*)
gempak btl...satpam bale 1 pun datang blog haikal..mantap mantap...wakaka