Author: haikal ambri
•09.24

Bismillah...
Assalamualaikum dan Salam ukuwah buat semua..:)

InsyaAllah, sempena dgn Maulidurrasul pada tahun ini yg jatuh pada tanggal 26 Feb 2010, Jumaat, IMAN akan mengadakan program kecil-kecilan sepanjang minggu ini agar Maulidurrasul kali ini membawa erti dan manfaat buat semua..tidak berlalu begitu saja, tetapi kita semua dapat 'sesuatu' yg berharga..

Samada rasa rindu & cinta kita makin bertambah (betapa Rasul cintakan kita, bagaimana cinta kita padanya?), atau semangat perjuangan Rasulullah meresap dalam diri kita apabila kembali mengenang sejarah nabi, atau.. diri kita ada proses transformasi utk mencontohi segala akhlak & peribadi agung baginda..segala kecintaan kita terbukti dgn pengamalan sunnah yg baginda tinggalkan..segala pertuturan,kelakuan,ibadah dsb..
kerana warisan sunnah yg baginda tinggalkan...andai kita menghayati dan mengamalkannya, disitulah kita akan terasa insan agung, habibi mustafa, Nabi Muhammad SAW itu masih hidup dan bersama kita..selawat & salam buat baginda...sallallahu 'alaihi wassalam~

Matlamat kita...menjadikan Rasulullah sebagai 'Uswah Hasanah' (contoh teladan yg terbaik)..sama2 kita usahakan, menjadi sempurna sepertinya tidak mungkin, tapi kita mendekati kesempurnaan itu, insyaAllah :)

Details program sepanjang minggu ini:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"BERSAMAMU MUHAMMAD"

Tema : "Indah Hidup Bernafaskan Sunnah"

Aktiviti yang akan berlangsung:

  • Pengedaran Pamplet 'Bersamamu Muhammad' di setiap fakulti & batch. [ ISNIN & RABU]
  • Pertandingan "What will YOU say?!?" di group Facebook. (Pertandingan Quote terbaik)
- Pertandingan terbuka kpd semua (bagi yg ada Facebook, kalau takde blh buka akaun)
- Pertandingan berbentuk.."Jika anda diberi peluang bertemu dengan Rasulullah SAW..apakah yang anda akan katakan?"
- Tiada had patah perkataan..
- Hadiah lumayan menanti anda di Majlis Berbuka Puasa nanti.
- Pertandingan telah dibuka. Jom sertai beramai2~! ^^ Hanya klik 'Join' & Taip apa tersirat di hati..


  • Majlis Berbuka Puasa + Ceramah..
Hari / Tarikh : Khamis / 25 Feb 2010
Tempat : Bale Padjadjaran 4, UNPAD

Tentatif:

530 pm - Kedatangan
615 pm - Berbuka Puasa (semua disunnahkan berpuasa, borang akan diedarkan, bagi yg tak berpuasa blh tempah makanan juga)
640 pm - Solat Maghrib berjemaah (blh berwuduk siap2 & bawa sejadah)
650 pm - Tayangan video
715 pm - Penyampaian hadiah pertandingan quote terbaik "What will YOU say?"
730 pm - Solat Isyak berjemaah
740 pm - Pengisian sempena Maulidurrasul Oleh Penceramah jemputan (Akh Indra)
900 pm - Pemberian cenderahati kpd penceramah
905 pm - Kuiz berkaitan ceramah (terbuka buat yg hadir)
915 pm - Penyampaian hadiah
930 pm - Majlis bersurai

**Special: Ada ole-ole dari kami..Bookmark comel. Siapa datang, dia dapat ^^



psst: maaf ye..saya copy bulat2 dari blog IMAN.. =)


psst1: jemput datang beramai2..semoga sama2 kita memperoleh pahala dan keberkatan.


psst2: sedang berjanji dgn diri untuk konsisten berkongsi pengalaman n ilmu yg tak seberapa ni di blog yg dah lama tak update ni..


psst3: Semoga Allah Permudahkan..cabaran makin bnyak sekarang ni ditambah pulak dgn tanggungjawab dan amanah yang dah bertambah.Masih lagi berperang dgn kelemahan diri yg terlalu bnyak ni. Moga dapat jadikan kelemahan ini sumber kekuatan.Belajar dari kesilapan.Insyaallah.. ^_^
Author: haikal ambri
•10.02


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Owh Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

Owh Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله


psst: hayati lirik lagu ni...sungguh mengesankan jiwa..kita sebagai hambaNya sering leka untuk mengucapkan syukur setiap kali kita mendapat nikmat walaupun sekecil zarah.saya juga tak terkecuali..ambil iktibar dari pengalaman lalu..

psst1: kita sering melupakan Allah dan dibuai dgn urusan duniawi..tetapi Allah walau sesaat pon tak pernah lupakan kita..dimana keadilan kita kepada maha pencipta? tepuk dada tanya hati..

psst2: lagu ni salah satu lagu favourite saya dari maher zain =)

psst3: saya sertakan link untuk lagu ni di bawah..selamat mendengar.. =)

http://www.youtube.com/watch?v=i5paf9GnEBw
Author: haikal ambri
•17.40



SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud:


'Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.'


Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.



Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan be
liau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.




"Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit."


"Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama ya
ng mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah Kamsah.


Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.


Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.


Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau amat dukacita dan sedih dgn masa depan anak muda masa kini.



"Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama."



"Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.



Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati. Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud:



'Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.'



Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.




"Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak."




"Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar."



"Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata beliau.



Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya



.Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material.


"Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.




Psst : Artikel ini saya dapati dari email yg dihantar teman. Terdiam seketika saya bila membacanya. Memikirkan tanggungjawab berpesan-pesan yang perlu dilaksanakan... Memikirkan kata-kata ramai pemerhati yang menyebut bahawa kitalah umat akhir zaman yang penuh dengan kerosakan akhlak.



psst1: Terlintas ingatan pada surah Al-Waqiah(kalu tak silap) yang menceritakan 3 golongan; golongan kiri, golongan kanan dan golongan terdahulu. Golongan terdahulu adalah golongan yg paling banyak daripada umat Muhammad dan yang terkemudian pula golongan yang paling sedikit dari umat Muhammad. Kita ni umat Muhammad yang terkemudian kan?



psst 2: Sebagai penganut agama Islam, kita dah memang tahu bahawa solat itu ialah tiang agama. Perkara paling penting dan asas yang perlu dipenuhi. Mengerjakan solat akan dapat mencegah diri dari perkara mungkar. Tapi walaupun tahu betapa solat itu amat penting, kenapa masih ramai yg mengambil mudah?



psst 3: Lalu soal lah diri; dimana kita sekarang (didalam peratusan yang yang berikan oleh Datuk Dr Fadzilah)? Di kalangan 20% atau 80%? Dan dimana kita mahu berdiri? Di kalangan 20% atau 80%?



Tepuk dada, tanya minda. Tepuk dahi, tanya hati. =)
Author: haikal ambri
•01.55



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV

`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi kedu
anya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan
-jangan itu hanya halusinasi atau khayalan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun beliau tidak mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.



Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di a
tas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralat
an selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan serta merta dia pun memeluk Islam.



Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan. =)



psst : sesetengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hydrogen sulfide yg nampak seperti sungai.Apa2 pon ia tetap penemuan luar biasa yg membuktikan betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu =)


psst 1: subhanallah.. penemuan yg sepatutnya mengukuhkan lagi iman kita kepada Allah..


psst 2: moga perkongsian ini berguna buat kawan2 sekalian dan mendekatkan kita lagi pada Maha Agung tercinta..


psst 3: lama sungguh rasanya tak post something kat sini.. =)


psst4: semoga Allah permudahkan (ayat favourite) =p