Author: haikal ambri
•09.05

APRIL FOOL

Assalamualaikum..ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.Setiap kali menjelang 1 april sesetengah daripada orang kita begitu taksub dgn budaya pandang ke barat sehingga mereka dikaburi dari fakta sebenar disebalik perayaan ini.


RIBUAN tahun lampau, Sepanyol berada di bawah pemerintahan islam. Ketika itu, kuasa umat islam di Sepanyol cukup hebat dan sukar ditewaskan malah amat disegani kawan dan lawan. Iri hati dengan kegemilangan pemerintahan islam ini, kaum nasrani di Barat berhasrat untuk merampas bumi Sepanyol itu daripada tangan umat islam sebagaimana negara-negara lain yang telah dikuasai dengan cara yang zalim dan penuh tipu muslihat.


Walaupun telah pelbagai usaha telah dilakukan untuk memenuhi hajat kotor itu, namun kegagalan demi kegagalan ditempuh disebabkan kekuatan iman umat islam ketika itu. Akhirnya, mereka telah menukar strategi dengan menghantar beberapa orang perisik untuk mengkaji kekuatan umat islam di Sepanyol.



Memang jelas, mereka menerima hakikat bahawa kekuatan umat islam terletak pada ketakwaan mereka. Maknanya, penghayatan mereka terhadap ajaran islam cukup tinggi di samping mengamalkan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah menerusi al-Quran. Pendek kata, al-Quran bukan saja dibaca, tetapi yang lebih penting ialah mengamalkan ajaran yang dikandunginya.Kesannya, umat islam yang memiliki kekuatan iman ini tidak terpengaruh dengan hiburan yang boleh melemahkan jiwa serta menjauhi arak dan semua perkara yang diharamkan oleh islam.Puak nasrani akhirnya menemui helah yang dikatakan mampu melemahkan umat islam iaitu dengan membekalkan alkohol dan rokok ke Sepanyol secara percuma (free of cost). Teknik ini memberikan hasil yang mereka hajati iaitu melemahkan keimanan generasi muda Sepanyol.



Teknik ini telah berjaya menghapuskan pengaruh islam dan menawan seluruh Sepanyol sekali gus memecahkan sejarah kegemilangan pemerintahan islam selama 800 tahun dengan kejatuhan Kota Gradana pada 1 hari bulan April. Sempena tarikh ini, puak nasrani merayakan April Fool atau ‘Hari Bodoh’ yang mana merak telah berjaya menipu umat islam.


Menurut sumber lain, April Fool’s Day’ dipercayai disambut selepas kejatuhan kerajaan Sepanyol. Penduduk islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam ruamh masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera nasrani bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang islam dari Sepanyol. Maka bermula teknik dusta kaum nasrani apabila memberitahu umat islam bahawa dibenarkan berlayar keluar dari sepanyol dengan selamat bersama harta benda menggunakan kapal-kapal di pelabuhan.Orang –orang islam yang risau dengan tawaran itu telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati , mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada waktu itu, tentera nasrani menggeledah kediaman umat islam dan kemudian membakar mereka hidup-hidup. Kapal –kapal pun turut dibakar.



Pihak nasrani kemudiannya menyerang muslimah dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera nasrani saban tahun di seluruh dunia.Tragisnya, orang islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut sama meraikan April Fool ’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seakidah.






psst: renung2 kan..buat tauladan kita bersama..wallahualam
|
This entry was posted on 09.05 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.