Author: haikal ambri
•07.03
Wasiat terakhir Mak Temah...
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU,
keadaan Mak Temah mula beransur stabil.
Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa,
tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.
Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang
merupakan salah seorang kariah mukimnya.
Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.
Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke
wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.
Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya
ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.
Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya
berombak-ombak turun naik.
Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah
seolah-olah meminta pen dan kertas.. Kebetulan Tok Ketua menyimpan
beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dandengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.
Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya.
Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya.
Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.Keesokannya setelah jenazah disempurnakan,
barulah Tok Ketua memanggil kesemua
waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Waris-warisnya berasa hairan kerana
setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.
Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya.
Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya.
Tiba-tiba
Tok Ketua berlari keluar dari biliktersebut.
Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas
tersebut dari lantai dan membacanya
."Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua!!!"
psst: hehehe..kesimpulannya,Baik-baik melawat orang sakit..jgn sampai terkena..huhu
|
This entry was posted on 07.03 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comment:

On 18 Mar 2009, 07.03.00 , Dr Hana mengatakan...

salam.
tumpang lalu jap, nak tumpang gelak...
ekhem.
ha ha ha ha ha ha ha [gelak kejam]:p

 
On 19 Mar 2009, 20.08.00 , haikal ambri mengatakan...

farhana
tumpanglah lalu..jumpa tak pinti ni..hehe..