Author: haikal ambri
•04.30

1000 miles start with a single step..marilah sama2 kita membuat pilihan yg betul


"dakwah??...apa tu weh??bunyi macam extreme je.."soal kenalan A terhadap kenalan yg lain
diri ini yg berada di sebelah hanya memandang tanpa memberi reaksi
"dakwah tu mengajak orang ke arah kebaikan macam orang tabligh kat masjid tu buat,yg selalu ketuk rumah2 orang.." balas teman.
"haish..takut koi( panggilan untuk saya dlm loghat pahang) dengar..org yg selalu pakai jubah putih dgn janggut panjang2 tu kan??"balas kenalan A tadi.
"apa nak takut..mereka manusia juga..adoi budak ni.."balas kenalan tadi.
rancak sungguh perbualan mereka, tetapi diri ini hanya diam membisu..
tak berminat untuk meyampuk, lebih suka mendengar..

termenung jauh memikirkan masa depan..


begitulah diri ini sewaktu dulu,
saat belum memahami apa itu dakwah dan tarbiyah secara mendalam
ada pun ilmu hanya cukup untuk santapan diri
hendak dikongsi rasanya bagai belum sedia
syukur alhamdulillah
diri ini dilahirkan di dalam jagaan ibu dan bapa yg mementingkan nilai2 Islam
umur 3-4 tahun sudah di ajar sendiri oleh ibu untuk mengenal huruf2 jawi muqadam
tersalah sebutan,lupa...pasti hinggap sebirat rotan atau "hanger" di badan
tanpa belas kasihan
sering hati ini mempersoalkan kasih sayang ibu
alhamdulillah..sifat tegas ibu inilah yg mendidik diri ini sehingga sekarang
alhamdulillah..sifat tegas inilah yg menyebabkan al-quran diqatam awal darjah1
alhamdulillah..sifat tegas inilah yg mendidik diri ini dgn disiplin


monolog sang anak kepada ibunya..kasih ibu membawa ke syurga..

sewaktu dulu..
selagi tidak solat asar, jgn harap bleh keluar bermain dgn kwn2
sewaktu itu diri ini masih tidak faham..hati meronta2 bagai ingin memberontak
ajakan kwn2 memanggil di luar rumah menambah lagi keluh kesah
jika dikejut untuk solat subuh,jikalau tidak bangun
seperti biasa akan hinggap 2-3 cubitan berbisa ibu di badan
itu sudah cukup untuk buat diri ini segar dan bngun mengambil wuduk

sewaktu dulu..
dengar saja seruan azan berkumandang, lekas terus tunaikan solat..
jgn harap dapat ku teruskan shin chan, doraemon,pokemon... =p
diri ini masih tidak faham..memberontak kecil dalam hati
rasa ingin bertanya kenapa??tetapi takut dimarahi..
sekarang....
alhamdulillah...
Allah rupanya begitu sayangkan diri ini..
Allah telah pelihara diri ini sejak dari kecil..
tak mampu diramal apa yg akan berlaku dgn diri ini sekiranya
tiada cubitan berbisa..
tiada perintah berkurung sebelum asar..
tiada birat2 bekas rotan di badan..
adakah aku akan menjadi sebaik2 manusia..
atau
sejahat2 syaitan..
persoalan itu terus menerus membuat diri ini tersenyum dalam kesyukuran
betapa allah menyayangi dan cuba memelihara diri ini
setelah segala kekhilafan, ketidakmatangan yg telah diperlakukan
Allah tetap membalasnya dgn kebaikan
sungguh diri ini tidak bersyukur..

setiap yg berlaku ada hikmahnya..
jika dikaji setiap susur galur perjalanan hidup kita
hikmah2 itu bagai bersambung antara satu sama lain
yg membuatkan kita menjadi seperti KITA pada hari ni..
kita seharusnya bersyukur..
bagaimana untuk bersyukur??

kucing pun pandai bersyukur..apatah lagi manusia..huhu

menurut Imam Ahmad, syukur bleh di zahirkan dgn 3 cara..
melalui:
1.niat(bersedekah secara tersembunyi)
2.hati
3.perbuatan(memanjatkan puji2an kepada Allah,beribadah)

tidak susah untuk menzahirkan rasa syukur
dgn berbuat baik terhadap manusia,haiwan dan segala isi alam
sudah menggambarkan bahawa kita bersyukur
dgn beribadah juga salah satu cara untuk menzahirkan rasa syukur
dan memang itu sebenarnya tujuan kita sebagai manusia
tujuan yg sama yg membuatkan kita tiada beza



"aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-ku"(51:56)

justeru itu..
apa tunggu lagi wahai manusia..
ayuh kita sama2 menzahirkan rasa syukur itu sebelum terlambat
sedarlah
Sayanglah Allah kerana Allah pasti akan menyayangi kita
gunakan nikmat2 yg dipinjamkan olehNYa ini sebaiknya
agar kita dapat pulangkan kembali nanti kepadaNYA
dgn rasa bangga bahawa kita telah
mempergunakan ia sebaik mungkin apabila dipersoal kelak


psst: saya tinggalkan post ini tanpa noktah kerana post ini akan ada sambungannya..

psst1: diharap dapatlah dikutip segala kebaikan n ibroh dari penulisan saya..bersama2lah kita semampunya menyebarkan kebaikan...


psst 2: sesiapa yg ada cadangan atau idea2 menarik untuk tema qurban pada tahun ni blehlah tinggalkan komen di bawah..saya alu-alukan


psst3: segala yg baik dtg dari Allah dan yg buruk itu dtg dari saya yg lemah..sama2lah kita bermuhasabah diri sentiasa kerana kita tak akan sempurna dan terlepas dari kekhilafan..


wallahualam..




|
This entry was posted on 04.30 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.