•00.08
manusia ini..
mengapa terasa sesak dgn nikmat dunia?
tidak cukupkah dgn apa yg ada
mau di bawa ke mana?
diukir indah buat hamparan syurga
atau
mau dijadi nyalanya bara neraka
manusia ini..
jangan cuba mendamba sempurna
jika diri jauh berkelana
iman disua mentah ditolak
cahaya hampiri tak mau semuka
taruhan dunia yg belum tentu menjanjikan kebahagiaan di akhirat
manusia ini..
hebatnya dunia jadi taruhan
sempurna dimata jadi agungan
pekung di dada dijadi santapan
diratah umum marah kehairanan
manusia ini..
amarah beraja itu kebanggaan
ego bertingkah jadi sandaran
tergadai ikatan tak salah tak mengapa
asal maruah terjulang di singgahsana
ikatan yg tidak dibaja dgn syariat ibarat layunya seperti dedaun keguguran dan hanya mengundang murka Allah..
manusia ini..
manisnya ikatan dicemar murka
berbaur hati tanpa sempadan
disulam cinta bebenang dosa
berbunga kasih bisikan syaitan
manusia ini..
datang ujian beralas sejadah
bertingkah musibah bertasbih kalam
sesudah lemas diulit ibadah
dunia dijunjung tuhan dilupa
TETAPI manusia ini.. BERBEZA SEKALI DGN manusia itu..
kembali kepadaNya..
manusia itu..
dunia disua terkunci lisan
kalam bertasbih dalam tangisan
pujian dipanjat seikhlas nurani
dalam tahajud diadu segala
manusia itu..
didamba syurga firdausi harapan
istaqamahnya ibadah jadi taruhan
basahnya bibir dalam alunan
zikrullah madah halwa kehidupan
puji-pujian buat Tuhan sekelian alam..
manusia itu..
biar berliku jalan pilihan
redha dicari bukan panggilan
cahaya taqwa penerang jalan
memimpin langkah obor wawasan
manusia itu..
bertaufan amarah ditepis ke tepi
dituntun sabar seiring tawakal
peribadi rasulullah peneguh diri
utuh akidah menunjang cekal
bunga di taman larangan..indah terjaga berbajakan syariat
manusia itu..
tertawan bunga di taman larangan
bermunajat cinta diukir syariat
semadi kasih di taman himpunan
kepada Allah bersatu niat
manusia itu..
badai ujian menerpa kesumat,
dianyam sabar berakar kasih
syukur dipanjat mengharap berkat
senyum diukir pengubat jerih
antara dua jalan..buatlah pilihan bijak wahai manusia..
WAHAI MANUSIA...
WALAU SIAPA PUN KITA
SAMADA manusia ini.. ATAUPUN manusia itu..
BUATLAH PILIHAN TERBAIK
KERANA HIDUP IBARAT BERADA DI PERSIMPANGAN
YANG MELIBATKAN DIRI KITA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
YANG AKAN MENCORAKKAN PERJALANAN KITA
DAN MEMBERI WARNA KEPADA PENAMAT DI HUJUNG JALAN NANTI
SAMADA RONANYA TERANG ATAU MALAP
PILIHLAH JALAN TERBAIK
SAMA ADA SEBAGAI manusia ini.. ATAU SEBAGAI manusia itu..
SAYA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN
BAGAIMANA DENGAN ANDA??
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN..
tidak cukupkah dgn apa yg ada
mau di bawa ke mana?
diukir indah buat hamparan syurga
atau
mau dijadi nyalanya bara neraka
manusia ini..
jangan cuba mendamba sempurna
jika diri jauh berkelana
iman disua mentah ditolak
cahaya hampiri tak mau semuka
taruhan dunia yg belum tentu menjanjikan kebahagiaan di akhirat
manusia ini..
hebatnya dunia jadi taruhan
sempurna dimata jadi agungan
pekung di dada dijadi santapan
diratah umum marah kehairanan
manusia ini..
amarah beraja itu kebanggaan
ego bertingkah jadi sandaran
tergadai ikatan tak salah tak mengapa
asal maruah terjulang di singgahsana
ikatan yg tidak dibaja dgn syariat ibarat layunya seperti dedaun keguguran dan hanya mengundang murka Allah..
manusia ini..
manisnya ikatan dicemar murka
berbaur hati tanpa sempadan
disulam cinta bebenang dosa
berbunga kasih bisikan syaitan
manusia ini..
datang ujian beralas sejadah
bertingkah musibah bertasbih kalam
sesudah lemas diulit ibadah
dunia dijunjung tuhan dilupa
TETAPI manusia ini.. BERBEZA SEKALI DGN manusia itu..
kembali kepadaNya..
manusia itu..
dunia disua terkunci lisan
kalam bertasbih dalam tangisan
pujian dipanjat seikhlas nurani
dalam tahajud diadu segala
manusia itu..
didamba syurga firdausi harapan
istaqamahnya ibadah jadi taruhan
basahnya bibir dalam alunan
zikrullah madah halwa kehidupan
puji-pujian buat Tuhan sekelian alam..
manusia itu..
biar berliku jalan pilihan
redha dicari bukan panggilan
cahaya taqwa penerang jalan
memimpin langkah obor wawasan
manusia itu..
bertaufan amarah ditepis ke tepi
dituntun sabar seiring tawakal
peribadi rasulullah peneguh diri
utuh akidah menunjang cekal
bunga di taman larangan..indah terjaga berbajakan syariat
manusia itu..
tertawan bunga di taman larangan
bermunajat cinta diukir syariat
semadi kasih di taman himpunan
kepada Allah bersatu niat
manusia itu..
badai ujian menerpa kesumat,
dianyam sabar berakar kasih
syukur dipanjat mengharap berkat
senyum diukir pengubat jerih
antara dua jalan..buatlah pilihan bijak wahai manusia..
WAHAI MANUSIA...
WALAU SIAPA PUN KITA
SAMADA manusia ini.. ATAUPUN manusia itu..
BUATLAH PILIHAN TERBAIK
KERANA HIDUP IBARAT BERADA DI PERSIMPANGAN
YANG MELIBATKAN DIRI KITA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
YANG AKAN MENCORAKKAN PERJALANAN KITA
DAN MEMBERI WARNA KEPADA PENAMAT DI HUJUNG JALAN NANTI
SAMADA RONANYA TERANG ATAU MALAP
PILIHLAH JALAN TERBAIK
SAMA ADA SEBAGAI manusia ini.. ATAU SEBAGAI manusia itu..
SAYA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN
BAGAIMANA DENGAN ANDA??
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN..
"Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
surah ibrahim, 14:7
surah ibrahim, 14:7
3 comment:
Salam..Alhamdulillah.Nice post.
Dah lama tak berkarya en.Haikal kita ni..
p/s:baca mula2 dah nak macam sajak dah.baca part last2...eh?dah jadi pantun pulak!haha=p
wasalam..
terima kasih kerana sudi bertandang..dah lama tak menulis habis kaku jari2 n skema jadi penulisan..hahaha..
sebenarnya memang ada kecelaruan yg bnyak di situ..asalnya nak buat puisi last2 terjadi pantun plak..hahha..takpe2 asalkan msg sampai insyaallah.. =)
sama lah...ayat2 semua dah jadi skema.start esok dah kena mula buat sajak2 yang diperlukan..dah habis paper2 berat dah.huhu
hahaha..takpe2.practise make perfect.asalkan maksud sampai.tu yang penting.hehe