Author: haikal ambri
•20.44

Bismillahhirahmanirrahim...
dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang
Lama sungguh tidak meninggalkan jejak di laman ini
jari jemari pun dah seperti kaku untuk menaip
walaupun minda seperti tidak sabar2 memuntahkan idea
rasanya eloklah menggunakan kesempatan masa lapang
ketika libur(cuti dalam bahasa malaysia) ini dgn sebaiknya..

mungkin ada yg bilang saya taksub..
budak kampung...racist atau apa saja..ketika membaca post ni..
tapi hakikatnya anda terpaksa terima dan akur..
sebab memang betul pun..
saya memang obses terhadap Kg halaman saya iaitu PEKAN..hahahah
apa yg nak dimalukan..
"dimana bumi dipijak..di situ langit dijunjung"

post kali ni saya ingin membawa anda semua menyulusuri
rona2 warna yg tersembunyi disebalik tanah tumpah darah tempat saya dilahirkan
di mana tersimpan seribu satu kenangan dan rahsia =p

SEJARAH PEKAN


BUNGA PEKAN...PEKAN DIKATAKAN MENDAPAT NAMANYA DARI BUNGA INI.

Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke 17. Mengikut pendapat orang tua-tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil bunga pekan yang banyak tumbuh di tebingnya. Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa Pekan mendapat namanya dari pengertian perkataan bandar, pasar atau tempat orang berjual beli.

Di zaman pemerintahan Melaka, dalam tahun 1470, Sultan Mansur Syah telah menghantar putera baginda, Muhammad Syah untuk memerintah Pahang. Dahulunya Pahang dikenali sebagai Inderapura.

Pahang, dahulunya merupakan sebuah pusat tumpuan pedagang dari dalam dan luar negeri. Tempat yang strategik ini menjadikan Pekan terkenal pada ketika itu. Sehingga kini masih terdapat kampung yang dahulunya telah dibuka oleh para pedagang.

Ketika Hugh Clifford datang ke Pahang, dia menyebut Kuala Sungai Parit tempat persemayaman Bendahara Tun Ahmad itu sebagai 'Pekan'.

Pada tahun 1889, Pekan telah dijadikan sebuah daerah dan F. Belfield telah dilantik sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama. Dalam pada itu, Pekan dijadikan ibu negeri Pahang dari tahun 1889 hingga tahun 1898.

Pekan juga terkenal sebagai sebuah bandar yang aman, senyap serta sentiasa menampakkan ciri-ciri bandar di raja. Pembinaan bangunan-bangunan juga amat unik dan tersendiri terutamanya istana.

Antara bangunan yang terkenal yang telah dibina pada zaman Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah ialah Istana Seri Terentang, Istana Kuning, Masjid Abdullah, Rumah Persinggahan Orang-orang Kenamaan dan Rumah Rehat Pekan.

Pada zaman Sultan Abu Bakar pula, Istana Abu Bakar telah dibina bercirikan rekabentuk moden. Pada zaman ini juga dibina sekolah-sekolah Arab dan Jambatan Sultan Abu Bakar yang merentangi Sungai Pahang.

JALAN2 DI PEKAN ^_^

INILAH FIGURA MUZIUM SULTAN ABUBAKAR YG MENYIMPAN SERIBU SATU RAHSIA PERADABAN NEGERI PAHANG.INILAH TEMPAT PERTAMA SAYA JEJAKKAN KAKI UNTUK MENGETAHUI SEJARAH PAHANG SEWAKTU TADIKA.


DARI SISI HADAPAN PINTU UTAMA ISTANA SULTAN ABU BAKAR PEKAN YG MANJDI MERCU UTAMA BANDAR PEKAN SEBAGAI BANDAR DIRAJA..



PANORAMA DI SEKITAR KAWASAN ISTANA YG MENJADI TUMPUAN PENDUDUK PEKAN UNTUK BERJOGGING ATAU BERSIAR2 DI KALA PETANG.DI SINI JUGA DITEMPATKAN KUDA2 UNTUK PASUKAN POLO DIRAJA PAHANG DAN KERETAPI BERSEJARAH KESAN DARI PENDUDUKAN JEPUN YG MENJADI KETAKUTAN KANAK2 PEKAN.ADA SATU TASIK DI SINI YG MENJADI KETAKUTAN SAYA SEWAKTU KECIL KERANA DIKATAKAN MENJADI TEMPAT PEMBUANGAN KEPALA2 ORG MELAYU ZAMAN DAHULU SEMASA PENDUDUKAN JEPUN.



MASIH DI SEKITAR ISTANA ..
TUGU LELAKI BERKUDA YG MENJADI LAMBANG PASUKAN POLO BERKUDA DIRAJA PAHANG YG KINI DI BAWAH NAUNGAN TENGKU MAHKOTA PAHANG, TENGKU ABDULLAH.




JUADAH "MUST BUY" DI PEKAN..PUDING RAJA..
DIKATAKAN RESIPI DARI ISTANA..DAN KINI SUKAR DI JUMPAI KERANA KURANG PELAPIS YG PANDAI MEMBUATNYA DISAMPING PEMBUATANNYA YG AGAK CEREWET.SUSAH UNTUK DIJUMPAI PELAPIS YG PANDAI MEMBUATNYA KERANA PEMBUATANNYA YG AGAK RUMIT TETAPI HASILNYA SEDAP =)



MURTABAK MENGKASAR...
MENJADI KEGILAAN MASYARAKAT PEKAN DAN LUAR SEHINGGA JIKA TERINGAT PASAL PEKAN PASTI NAMA MURTABAK MENGKASAR BEGITU SINONIM SEKALI SEHINGGA PERNAH MENDAPAT LIPUTAN KHAS OLEH MAJALAH TIGA.SAYANGNYA SEKARANG RASANYA DAH TAK SAMA MCM DULU KERANA DIWARISI OLEH PELAPIS.AIR TANGAN ORANG LAMA GAK LEBIH SEDAP ^_^




KAIN TENUN ISTIMEWA PEKAN YG TERLETAK DI RUMAH TUN RAZAK, PULAU KELADI.SECARA TOTAL DIUSAHAKAN OLEH ORANG TUA2 PEKAN.PENGUNJUNG BOLEH DATANG DAN MELIHAT SENDIRI BAGAIMANA KAIN TENUN PAHANG DIHASILKAN.


ANTARA TARIKAN UTAMA PEKAN


Kedudukan Pekan dalam peta Malaysia yg berhadapan dgn Laut China Selatan telah menjadi keistimewaan apabila dikelilingi oleh bnyak pantai yg bersih dan memut
ih.Laut inilah yg menjadi sumber utama pintu rezeki ribuan manusia yg bergantung kepada hasil laut.



PANTAI TANJUNG GOSONG
MENJADI TEMPAT RIADAH MASYARAKAT DI KALA HUJUNG MINGGU.PANORAMANYA MENGASYIKKAN..



PEKAN RIVER FRONT..
BARU SETAHUN DI BINA.SINILAH DITEMPATKAN PASAR MALAM YG SENTIASA RAMAI DI SETIAP MALAM KHAMIS..



PANTAI LAGENDA.....
TEMPAT BERMAIN SEWAKTU KECIL.BNYAK KENANGAN DI SINI..



PEMANDANGAN SEWAKTU PETANG DARI TANJUNG AGAS..
DISINILAH TERLETAKNYA JETI TANJUNG AGAS, SALAH SATU TEMPAT DIMANA NELAYAN MEMUNGGAHKAN SEGALA HASIL TANGKAPAN..CANTIKNYA PEMANDANGAN CIPTAAN ALLAH..SUBHANALLAH
^_^

"MASJID PUTIH"
TERLETAK BERSEBELAHAN ALIRAN SUNGAI MAT DULANG.SENI BINANYA SUDAH CUKUP MEMBUATKAN SAYA KAGUM (BG ORG YG SUKA DGN ARCHITECTURE)
...SUDAH TIDAK DIJADIKAN TEMPAT BERIBADAT SETELAH TERBINANYA MASJID BESAR PEKAN BERSEBELAHANNYA..

psst: post ini dibuat sekadar untuk menghilang rasa rindu (bukan homse sick ye..hehe) kepada kampung halaman..sebenarnya at first saja google2 nak tengok gambar2 tempat kat pekan.Secara tiba2 entah dari mana dapat ilham plak untuk berkongsi.Maka terhasil lah post ini..

psst1: manusia dianugerahkan Allah bermacam2 nikmat dan antaranya mata,telinga dan lidah..Jadi mari sama2 kita memaksimumkan pengunaan nikmat2 ini untuk beribadah kepadaNya sebagai tanda kita mensyukuri nikmat kurniaanNya..Saya bnyak belajar dari penglihatan..anda pula bagaimana..moga segala panorama dari foto ini dapat membantu kita walau sedikit untuk menghayati kebesaran alam ciptaan Allah dan mendekatkan diri kita kepadanya..

psst2: mungkin ada yg beranggapan Pekan tak seindah yg saya ceritakan.Tetapi cukuplah Pekan seindah dan seistimewa ini bagi saya kerana penilaian individu itu adalah subjektif..sungguh terasa aura obses ini..haish.. apa-apa pun jemputlah singgah ke Pekan... ^_^

psst3: semoga post ini dapat jadi pemula yg baik untuk post2 yg akan dtg..maaf kalau penulisan terlalu skema..

psst4: saya penggemar sejarah dan sirah..maaflah kalau post ni mcm buku sejarah je..haha..

psst5: sayanglah Allah.nescaya Allah sayang kita ^_^



|
This entry was posted on 20.44 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comment:

On 15 Jul 2010, 23.36.00 , zazizu mengatakan...

weyh, byk nye pic kampung aku..!!!
hahaha
padang polo dah tak lawa cam dulu, lalang panjang, malam2 pun dah tak boleh nak naik basikal round2 padang polo sebab takut banyak drug abuser..
seriously rindu pekan yang aku ingat masa arwah aki aku ada + sihat dulu..
tapi satu yang still besh kat pekan, aku still leh gi tunas manja naik basikal tanpa segan silu + seriau sebab kereta tak sebanyak bandar/pekan lain..

 
On 15 Jul 2010, 23.46.00 , haikal ambri mengatakan...

hahaha...kat Pekan nak pergi bandar naik basikal je pun boleh sebab tak jauh sgt..bebas je nak ke mana2..yg tak bestnya ada tunas manja n mydin jelah..nak beli baju raya kena pergi Kuantan..

raya balik Pekan tak??

 
On 17 Jul 2010, 18.39.00 , zazizu mengatakan...

mestilah..
kazen2 dah byk repot kt parentz dorg rindu ak tu..
tak bek mengecewakan hati kecik dorang..
ahakzz..
ala takat pekan-kuantan x smpy 45 minit je pun, tu blum masuk pecut lg..

 
On 23 Jul 2010, 18.57.00 , duha mengatakan...

assalamualaikum..

hurm..sejarah pekan?'-___-
sejarah kat skolah lg best.. :p

 
On 24 Jul 2010, 04.15.00 , haikal ambri mengatakan...

wasalam..

di mana bumi dipijak, disitu langit di junjung..haha.. bila lagi nak promote tempat tumpah darah..hehe

sejarah sekolah?? -__-

 
On 3 Agu 2010, 19.17.00 , adi amz mengatakan...

Pasal Murtabak Mengkasar tu memang yang kat Pekan dah lari dia punya rasa. tapi yang di cawangan Sri Rampai masih ok, berbanding yang di Pekan sekarang ni.

 
On 3 Agu 2010, 19.24.00 , haikal ambri mengatakan...

betul3.. selalu gak makan sebab umah kat Kg.Mengkasar..sekarang kalau nak makan murtabak best selalu order kat kedai Mawar atau murtabak Ismaliza..best juga..

tak sabar nak balik Pekan ni..13 ogos baru dapat balik ke Malaysia tercinta =)